NEW
Font size
WorksheetsBM STPM SEM 2- SET 1
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
1. Yang manakah pernyataan yang benar tentang morfologi?
I Bidang yang mengkaji pembentukan kata
II Bidang yang mengkaji bunyi dan makna kata
II Bidang yang mengkaji fonem, morfem, dan makna kata
IV Bidang yang mengkaji bentuk, struktur, dan golongan kata
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
2. Yang manakah pernyataan yang benar tentang morfem terikat?
A Unit tatabahasa terkecil yang menjadi unsur ayat.
B Imbuhan dalam bentuk awalan dan akhiran pada kata akar.
C Tidak dapat berdiri sendiri tetapi mempunyai fungsi tatabahasa.
D Perlu dicantumkan dengan morfem bebas untuk membentuk kata dasar.
3. Yang manakah frasa yang mengandungi perkataan yang menggunakan morfem terikat?
I Orang asli III Hutan simpan
II Petani moden IV Pantai terbersih
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
4. Yang manakah tergolong sebagai bentuk kata?
A Kata tugas
B Kata nama
C Kata tunggal
D Kata adjektif
5. Antara yang berikut, yang manakah terhasil daripada penambahan imbuhan?
A Kata ganda
B Kata majmuk
C Kata tunggal
D Kata terbitan
6. Kata yang terbit daripada proses mencantumkan huruf, suku kata, bahagian kata tertentu dan kata penuh ialah
A kata terbitan
B kata akronim
C kata tunggal
D kata majmuk
7. Yang manakah yang berikut bukan akronim?
A Komsas
B Telapak
C Bernama
D Perhilitan
8. Ciri yang membezakan akronim daripada kata singkatan ialah
A dapat diucapkan sebagai satu kata
B diringkaskan daripada beberapa kata asal
C lebih ringkas daripada rangkaian kata asal
D penggabungannya menggunakan huruf awal kata sahaja
NO.9
A
B
C
D
10. Yang manakah semuanya terdiri daripada kata ganda separa?
A Bebola, terlari-lari, hantar-menghantar
B Gunung-ganang, kekura, lintang-pukang
C Biri-biri, kanak-kanak, pelaporan-pelaporan
D Cabar-mencabar, kertas-kertas, kunang-kunang
11. Yang manakah hasil daripada proses pengimbuhan?
A Kata ganda
B Kata terbitan
C Kata adjektif
D Kata majmuk
12. Daripada senarai yang berikut, yang manakah bukan bentuk kata?
A Kata ganda
B Kata terbitan
C Kata majmuk
D Kata adjektif
13. Yang berikut ialah kata majmuk kiasan kecuali
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
14. Yang manakah antara kata terbitan di atas merupakan kata nama?
A II
B IV
C I dan III
D II dan IV
15. Yang manakah benar tentang kata ganda?
A Kata yang mengalami pengulangan kata dasar
B Kata yang mengalami proses penambahan imbuhan
C Kata yang dicantumkan dan membentuk kata yang membawa makna khusus
D Kata yang menggabungkan huruf dan suku akta tertentu untuk membentuk kata tunggal
16.
I dan II
II dan III
I dan IV
III dan IV
17. Antara yang berikut, rangkai kata yang manakah mempunyai akronim?
A Universiti Perguruan Sultan Idris
B Universiti Putra Malaysia
C Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
D Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
18. Kumpulan yang manakah semua kata tunggalnya terdiri daripada tiga suku kata?
A Keropok, tuan, sempurna
B Kepompong, ketara, jawab
C Kepialu, selamat, tempurung
D Jembalang, sempadan, cempaka
19
A
B
C
D
20. Antara yang berikut, yang manakah merupakan kata kerja terbitan?
A Hantar
B Hantaran
C Menghantar
D Penghantaran
