wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 7: PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN T3

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah sebab masyarakat tempatan menentang peraturan baharu yang diperkenalkan oleh British?

a)

Menyulitkan kehidupan rakyat

b)

Menjejaskan adat resam tempatan

c)

Mengekalkan pentadbiran tradisional

d)

Mengukuhkan kedudukan pemerintah

2.

Siapakah tokoh yang digelar sebagai ‘Raja Darat’ dan ‘Penggoncang Dunia’?

a)

Mat Saleh

b)

Dato Bahaman

c)

Dol Said

d)

Rentap

3.

Penentangan terhadap British di Naning dilakukan oleh Penghulu Dol Said pada tahun 1831-1833.

Mengapakah berlaku penentangan tersebut?

a)

Penubuhan balai polis

b)

Pelaksanaan cukai kepala

c)

Paksaan bayaran cukai

d)

Penghapusan orang suruhan

4.

Mengapakah British menggunakan nama Sultan Kelantan untuk mematahkan kebangkitan Tok Janggut pada tahun 1915?

a)

Menghormati sultan

b)

Kuasa mutlak sultan

c)

Mengekalkan kuasa sultan

d)

Kesetiaan rakyat kepada sultan.

5.

Bagaimanakah strategi Sharif Masahor untuk menggulingkan Dinasti Brooke?

a)

Mewujudkan tipu helah

b)

Mewujudkan manipulasi

c)

Mengadakan pakatan sulit

d)

Menandatangani perjanjian

6.

Sharif Masahor dan Dato’ Patinggi Abdul Gapur merupakan tokoh penentangan di Sarawak. Apakah tindakan Dinasti Brooke terhadap keduadua tokoh berikut?

a)

Dipenjarakan

b)

Dibuang negeri

c)

Dihukum gantung

d)

Dilucutkan jawatan

7.

Kebangkitan Tani merupakan kebangkitan petani menentang British. Siapakah yang mengetuai penentangan tersebut?

a)

Tok Janggut

b)

Haji Abdul Rahman Limbong

c)

Yamtuan Antah

d)

Dato Bahaman

8.

Apakah tujuan Mat Sator membina kubu di Kampung Kapayan Lama Tambunan? .

a)

Mengugut menentang SBUB

b)

Melambatkan serangan British

c)

Menjatuhkan British dari arah Barat

d)

Merancang menyerang Pulau Gaya

9.

Apakah tujuan Sultan Abdullah dan pembesar Perak mengupah R.C. Woods, peguam dari Pulau Pinang?

a)

Menubuhkan Jabatan Kehakiman

b)

Membatalkan hak pemungut cukai

c)

Memansuhkan Perjanjian Pangkor

d)

Menggubal undang-undang negeri.

10.

Sekiranya anda adalah rakyat Terengganu, apakah dokumen yang diperlukan untuk mengambil hasil hutan dan membuka tanah?

a)

Surat Rujukan

b)

Surat Pajakan

c)

Surat kelulusan

d)

Surat kebenaran

11.

.British telah menempatkan pegawai Barat untuk menguasai kawasan berikut di Negeri Sembilan.

• Rembau

• Jelebu

• Seri Menanti

Siapakah pegawai Barat tersebut?

I. Majistret

II. Residen British

III. Pemungut Hasil

IV. Pegawai Majistret

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

12.

.Barangan mewah orang Iban telah dirampas oleh pegawai British apabila gagal membayar cukai. Apakah barang mewah tersebut? .

a)

Mutiara

b)

Kain Pua

c)

Tempayan

d)

Batu Permata

13.

Maklumat berikut berkaitan tindakan SBUB terhadap orang Murut di Sabah

# Mereka dilarang membuka tanah baharu untuk pertanian pindah atau penempatan.

Apakah kesan tindakan SBUB tersebut terhadap orang Murut?

a)

Menyebabkan kehilangan pekerjaan

b)

Menerima campur tangan pihak luar

c)

Mengalami kekurangan bekalan beras

d)

Melakukan penghijrahan ke hulu sungai

14.

Sultan dan pembesar Perak telah bersumpah merahsiakan pakatan sulit untuk membunuh J.W.W. Birch. Bagaimanakah mereka mengikat taat setia merahsiakan pakatan sulit tersebut?

a)

Menepuk bahu kiri

b)

Meminum air keris

c)

Memakai baju putih

d)

Memakan sirih pinang

15.

Apakah faktor Rentap berjaya mematahkan serangan Dinasti Brooke sebanyak dua kali?

a)

Keutuhan kubu Bukit Sadok

b)

Kekuatan meriam Bujang Sadok

c)

Kesungguhan sokongan dari Acheh

d)

Kerjasama daripada semua pembesar

16.

Apakah faktor Yamtuan Antah gagal dalam penentangan terhadap British di Negeri Sembilan?

I. Kehabisan peluru

II. Kekurangan ubat bedil

III. Kehabisan makanan

IV. Kerosakan meriam tembaga .

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

17.

Apakah kesan Rundingan Perdamaian Menggatal pada tahun 1898 terhadap Mat Saleh di Sabah?

a)

Membenarkan mentadbir Tambunan

b)

Merampas kawasan pentadbirannya

c)

Menjatuhi hukuman buang negeri

d)

Menempatkan Residen Jeneral

18.

Antara berikut yang manakah strategi British untuk menggagalkan tentangan masyarakat tempatan di Tanah Melayu?

I. Memberi rasuah

II. Menangkap pembesar

III. Menggunakan istana

IV. Memecahbelahkan pakatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

19.

Apakah tujuan British menubuhkan Perkhidmatan Tadbir Melayu (MAS) di Tanah Melayu?

a)

Melantik pegawai British dalam pentadbiran

b)

Memecahkan orang Melayu sebagai pembesar

c)

Mengurangkan kuasa sultan sebagai pemimpin

d)

Melibatkan orang Melayu dalam sektor kerajaan

20.

Mengapakah Durbar diperkenalkan oleh British?

a)

Menjamin kedudukan Raja dan Pembesar Melayu

b)

Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi

c)

Memantapkan kuasa British di Tanah Melayu

d)

Mengurangkan kuasa pemimpin tempatan