WorksheetsMutasi Kromosom & Variasi
Total questions: 66
Worksheet time: 34mins
Mutasi adalah ______________ secara spontan pada struktur gen atau kromosom yang boleh mengubah sifat organisma.
Pertukaran
Persilangan
Pertambahan
Perubahan
Mutasi dibahagikan kepada ____________ jenis.
satu
dua
tiga
empat
Tandakan yang manakah merupakan mutasi kromosom.
Sindrom down
Sindom Keradangan
Sindrom Turner
Sindrom kanser
Seorang pesakit lelaki tinggi dan besar mengadu bahawa beliau merasakan testis ( buah zakar) bersair kecil dan mempunyai buah dada.
Apakah kemungkinan SINDROM yang beliau hadapi?
Sindrom Down
Sindrom Turner
Albinisme
Sindrom Klinefelter
Di antara mutasi kromosom yang berikut:
Yang manakah merupakan penyakit mutasi kromosom autosom?
Sindrom Down
Sindrom Turner
Sindrom Klinefelter
Sindrom Turner mempunyai _____________ bilangan kromsom seks.
kurang
lebih
normal
Kromosom bagi pesakit Sindrom Turner adalah :
44 + XX
44 + XXY
44 + XO
45 + XX
Seorang bayi dilahirkan dengan keadaan mata sepet, leher dan jari yang pendek, cataract terbentuk seawal umur 11 tahun. Apabila memasuk tingkatan 3 ( berumur 15 tahun), beliau hanya dapat membaca A,B,C dan kurang bercakap.
Apakah SINDROM yang beliau alami?
Sindrom Klinefelter
Sindrom Down
Sindrom turner
Sindrom kanser
Mutasi gen berlaku kepada gen _____________?
dominan
resesif
gen terangkai seks
Berikut adalah contoh-contoh penyakit yang disebabkan oleh mutasi gen:
anaemia sel sabit
Talesemia
Haemofilia
Buta warna
Pesakit buta warna tidak dapat membezakan warna berikut:
hijau dan kuning
merah dan kuning
hijau dan merah
kuning dan biru
Manakah antara berikut merupakan penyakit mutasi gen resesif Kromosom X?
Buta Warna
Haemophilia
Albinisme
Anaemia Sel Sabit
Talasemia
Seorang pelajar mengadu kerap luka dan darahnya lambat berhenti setelah ditekan..
Apakah kemungkinan pelajar berikut alami?
Talasemia
Anemia Sel Sabit
Haemofilia
Anemia Megaloblastic
Tandakan manakah antara berikut merupakan ciri-ciri pesakit Buta warna?
Lelaki
tidak boleh membezakan warna kuning dan biru
Pesakit mempunyai mata dan rambut berwarna putih
pesakit mengalami mutasi gen resesif kromosom X
Tandakan dua jenis mutasi
Mutasi gen
Mutasi kromatid
Mutasi semulajadi
Mutasi kromosom
Tandakan 3 contoh mutasi kromosom
Sindrom Down
Talasemia
Sindrom Klinefelter
Sindrom Turner
Apakah nama mutasi yang ditunjukkan?
Sindrom Down
Sindrom Turner
Sindrom Klinefelter
Berapakah bilangan kromosom individu ini?
45
46
47
48
Berdasarkan rajah ini, tandakan dua genotip individu yang mempunyai buta warna
XBXb
XbXb
XBY
XbY
Penyakit hemofilia adalah penyakit trait terangkai seks. Jantina apa yang lebih cenderung menghidap hemofilia?
Lelaki
Perempuan
Albinisme........
Mutasi Gen
Mutasi Kromosom
Sindrom Down....
Mutasi Gen
Mutasi Kromosom
Sindrom Turner....
Mutasi Gen
Mutasi Kromosom
Anaemia bulan sabit......
Mutasi Gen
Mutasi Kromosom
Buta warna....
Mutasi Gen
Mutasi Kromosom
Hemofilia....
Mutasi Gen
Mutasi Kromosom
Manakah Mutasi Gen....
Mutasi kromosom....
Mutasi adalah
perubahan rawak pada gen atau kromosom yang boleh mengubah ciri organisma tertentu
perubahan sekata pada gen atau kromosom yang boleh mengubah ciri organisma tertentu
perubahan sedikit demi sedikit pada gen atau kromosom yang boleh mengubah ciri organisma tertentu
perubahan spontan pada gen atau kromosom yang boleh mengubah ciri organisma tertentu
Perubahan spontan terhadap struktur kromosom dalam sesuatu organisma dikenali sebagai
variasi
mutasi
meiosis
mitosis
Berapakah bilangan kromosom seorang lelaki yang menghidap penyakit sindrom Down?
24 + XY
25 + XX
45 + XY
47 + XY
Terdapat berapa jenis mutasi?
1
2
3
4
Anemia sel sabit menyebabkan________________________________.
kekurangan darah merah
keupayaan sel darah merah mengangkut oksigen berkurang
abnormiliti
kecacatan
Mutasi gen seperti rabun warna selalunya berlaku pada ________________.
lelaki
perempuan
Apakah penyakit yang berkait dengan sel darah merah yang dihasilkan oleh badan tidak cukup dan mempunyai jangka hayat yang singkat?
Sindrom Turner
Talasemia
Sindrom Klinefelter
Hemofilia
Individu yang menghidap______________________ mempunyai kulit yang cerah, mata merah jambu dan rambut putih kerana kekurangan pigmen dalam badan
Buta Warna
Hemofilia
Albinisme
Talasemia
Antara yang berikut, yang manakah disebabkan oleh mutasi gen?
Sindrom Down
Buta warna
Sindrom Turner
Sindrom Klinefelter
Apakah maksud mutagen?
hasil mutasi
kebaikan mutasi
keburukan mutasi
faktor penyebab mutasi
Seseorang akan mempunyai bentuk sel darah merah yang tidak normal dan berbentuk sabit. Apakah penyakit ini?
buta warna
albino
talasemia
Anemia sel sabit
Apakah keburukan mutasi? Boleh menyebabkan .....
penyakit jantung
penyakit kulit
penyakit baka
penyakit kanser
Apakah kebaikan mutasi?
kemandirian spesies
kecantikan spesies
kekuatan spesies
kerosakan spesies
Yang berikut adalah faktor mutasi kecuali
Sinaran X
Radiasi sinaran gama
Natrium klorida
Bahan kimia seperti nikotina dan pestisid
Faktor luaran yang menyebabkan mutasi adalah seperti berikut kecuali
Sinar X
Sinar ultra ungu
Karsinogen
kehamilan
Yang berikut adalah faktor mutasi kecuali
Sinaran X
Radiasi sinaran gama
Natrium klorida
Bahan kimia seperti nikotina dan pestisid
Kejuruteraan genetik berfungsi mencipta satu baka baharu. Baka baharu ini terhasil daripada gabungan beberapa ciri yang dikehendaki.
Apakah proses yang dijalankan bagi mendapatkan baka baharu ini?
Gen sesuatu organisma dikurangkan atau ditambah
Nukleus organisma dipindahkan ke dalam sel yang baharu
Memindahkan sebahagian gen organisma yang dikehendaki kepada organisma lain
Mencantumkan organisma yang berbeza bagi mendapatkan organisma baharu
Antara berikut merupakan aplikasi penyelidikkan genetik dalam meningkatkan kualiti kehidupan kecuali
Sains Forensik
Terapi gen
Genealogi Genetik
Pengklonan
Seorang pegawai forensik telah tiba di lokasi rompakan. Pegawai forensik itu menjalankan analisis di tempat kejadian bagi mengenal pasti siapakah perompaknya. Cara apakah yang paling sesuai digunakan oleh pegawai forensik tersebut bagi membantu pihak polis?
Profil DNA
Mengesan cap jari
Kumpulan darah
Kumpulan DNA
Variasi yang menunjukkan perbezaan yang tidak ketara atau tidak jelas antara individu dalam populasi yang sama dikenali sebagai?
Variasi selanjar
Variasi tidak selanjar
Pilih dua contoh variasi selanjar?
Jisim badan
Ketinggian
Kumpulan darah
Kebolehan menggulung lidah
Apakah jenis variasi yang ditunjukkan oleh graf ini?r
Variasi selanjar
Variasi tak selanjar
Variasi yang menunjukkan perbezaan yang ketara dan sangat jelas antara individu dalam populasi yang sama dikenali sebagai
Variasi selanjar
Variasi tak selanjar
Rajah menunjukkan contoh variasi apa?
Variasi selanjar
Variasi tak selanjar
Apakah contoh variasi yang mempunyai bentuk graf yang sama seperti dalam rajah?
Tandakan faktor yang mempengaruhi variasi yang ditunjukkan
Faktor genetik
Faktor persekitaran
Bunga hyrangea sp. berwarna biru jika ditanam di tanah berasid dan berwarna merah jambu jika ditanam di tanah beralkali. Apakah faktor yang mempengaruhi perbezaan warna bunga ini?
Faktor genetik
Faktor persekitaran
Variasi selanjar adalah variasi yang menunjukkan perbezaan yang ____________ antara individu dalam populasi yang sama.
tidak ketara
ketara
jelas
kurang jelas
Variasi tak selanjar tidak menunjukkan sifat perantaraan, bersifat ________________ dan dikawal hanya oleh beberapa gen sahaja.
kuantitatif
kualitatif
Berikut merupakan contoh-contoh variasi selanjar:
ketinggian
jisim badan
saiz tapak kaki
corak cap jari
kepintaran
Berikut merupakan contoh-contoh variasi tak selanjar:
kumpulan darah manusia
bentuk cuping telinga
kehadiran lesung pipit
saiz pinggang
kebolehan menggulung lidah
Variasi selanjar dipengaruhi oleh faktor berikut:
faktor genetik
faktor persekitaran
Variasi tak selanjar dipengaruhi oleh faktor berikut:
faktor genetik
faktor persekitaran
Suhu, cahaya matahari, nilai pH, iklim dan tabiat pemakanan adalah merupakan contoh faktor-faktor persekitaran yang boleh mempengaruhi variasi selanjar.
Betul
Salah
Pindah silang dan persenyawaan rawak adalah antara faktor genetik yang mempengaruhi variasi tak selajar sahaja.
Betul
Salah
Berikut adalah kepentingan-kepentingan variasi:
Menyebabkan spesies baru gagal menyesuaikan diri kepada perubahan alam sekitar.
Membenarkan pembiakan silang antara spesies untuk membentuk spesies baru.
Spesies boleh tidak dapat dibezakan diantara satu sama lain.
Risiko kepupusan spesies dapat dikurangkan.
Membolehkan berlakunya pemilihan variasi yang baik atau menyingkirkan variasi yang kurang baik secara beransur-ansur melalui proses evolusi.
Variasi (a) dapat ditentukan dengan graf histogram ini.
Variasi (a) dapat ditentukan dengan carta palang (bar).
