Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kewangan Perniagaan - Uji Kefahaman PdPR 1

Total questions: 15

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Apakah hubungan di antara risiko dan pulangan?

a)

Pengurus kewangan hendaklah bersedia menerima risiko yang lebih besar jika ingin keuntungan atau pulangan yang lebih besar.

b)

Pengurus kewangan hendaklah bersedia menerima risiko yang lebih besar jika ingin mengelakkan kerugian yang lebih besar.

c)

Pengurus kewangan hendaklah bersedia menerima kerugian yang lebih besar jika ingin keuntungan atau pulangan yang lebih besar.

2.

Dalam bidang kewangan, cara mengukur pulangan (return) adalah dengan menggunakan

a)

Dengan merujuk kepada Penyata Untung dan Rugi (Profit & Loss Statement)

b)

Kaedah pengukuran risiko yang lebih bercorak kepada aliran tunai di masa depan (Future - f)

3.

Satu unit pemilikan ekuiti syarikat, di mana pemegang saham biasa mendapat hak untuk memberikan suara dalam keputusan yang melibatkan perkara penting syarikat. Undian sedemikian tersedia untuk setiap pemegang saham biasa sesuai dengan jumlah saham biasa yang dipegang dalam syarikat. Pemegang saham adalah yang terakhir menerima dividen, dan hanya berhak mendapat dana yang tinggal setelah dividen saham pilihan dibayar.


Pernyataan di atas adalah merujuk kepada

a)

Saham biasa (Common Stock)

b)

Saham Keutamaan (Preferred Stock)

c)

Saham Bursa (Exchange Stock)

4.

Saham ini mengandungi ciri ekuiti dan hutang kerana pembayaran dividen kepada pemegang saham.


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Saham Bursa (Exchange Stock)

b)

Saham Biasa (Common Stock)

c)

Saham Keutamaan (Preferred Stock)

5.

Andaikan bahawa pelaburan A menghasilkan pulangan pelaburan sebanyak 15% selama 2 tahun dari 10 tahun tersebut, pulangan 10% selama 5 tahun dari 10 tahun tersebut, dan mengalami kerugian 5% selama 3 tahun dari 10 tahun tersebut. Kirakan Jangkaan Pulangan Pelaburan A menggunakan formula  

 R = ΣRi P (Ri) R\ =\ \Sigma Ri\ P\ \left(Ri\right)\  

di mana i=1

a)

9.5%

b)

6.5%

c)

7.7%

d)

4.5%

6.

 CV =  σRCV\ =\ \frac{\ \sigma}{R}  adalah formula untuk mengira

a)

Perbezaan Sisihan Piawai (Standard Deviation)

b)

Kadar Pulangan Dijangka (Expected Rate Of Return)

c)

Ko-Varians (Coefficient Variation)

7.

Kirakan nilai CV berdasarkan maklumat yang telah diberikan.Kadar Pulangan Dijangka = 14.2%Sisihan Piawai = 1.46%

Gunakan rumus 

  
 


a)

0.2028

b)

0.1028

c)

9.726

d)

9.826

8.

⊕ Ia adalah output utama proses perakaunan.

⊕ Ia menyampaikan maklumat tentang syarikat kepada para pelabur untuk membuat keputusan.


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Penyata - penyata kewangan.

b)

Profil syarikat.

c)

Kad perniagaan syarikat.

9.

Terdapat tiga (3) keadaan untuk membandingkan data kewangan firma. Yang manakah berikut BUKAN keadaan dan tujuan tersebut dalam membuat analisis nisbah dan perbandingan kewangan firma - firma.

a)

Membandingkan nisbah firma dengan purata industri yang sama.

b)

Membandingkan pengiraan inventori dan susut nilai firma.

c)

Membandingkan nisbah firma dengan firma yang lain.

d)

Menilai nisbah firma untuk mengenalpasti corak dan arah firma.

10.

Nisbah ini adalah untuk mengukur sejauh mana sesuatu aset boleh ditukarkan kepada tunai dalam tempoh setahun.


Pernyataan ini adalah merujuk kepada

a)

Nisbah kecairan (Liquidity Ratio)

b)

Nisbah kecekapan aktiviti (Efficiency Activity Ratio)

c)

Nisbah Leveraj (Leverage Ratio)

d)

Nisbah keberuntungan (Profitability Ratio)

11.

∼ Pusing Ganti Inventori (Inventori Turnover)

∼ Purata Pungutan Masa (Average Collection Period)

∼ Jumlah Pusingan Ganti Aset (Total Aset Turnover)

∼ Pusing Ganti Aset Tetap (Fixed Asset Turnover)

∼ Pusing Ganti Akaun Belum Terima (Account Receiveable Turnover)


Pernyataan di atas adalah analisis - analisis yang dibuat dalam nisbah

a)

Nisbah kecairan (Liquidity Ratio)

b)

Nisbah kecekapan aktiviti (Efficiency Activity Ratio)

c)

Nisbah leveraj (Leverage Ratio)

d)

Nisbah keberuntungan (Profitable Ratio)

12.

Pulangan atas Pemilik Ekuiti (ROE) - Return On Owner's Equity adalah

a)

Memberi gambaran perkaitan antara pendapatan selepas cukai kepada jumlah aset firma.

b)

Menunjukkan margin untung bersih selepas cukai firma sebagai peratusan jualan.

c)

Pendapatan bersih setelah ditolak dividen saham terutama firma.

d)

Membandingkan untung kasar kepada jualan dan menerangkan sebanyak mana setiap ringgit jualan menghasilkan untung kasar.

13.

Nisbah Margin Untung Kasar (Gross Profit Margin Ratio) adalah bertujuan untuk

a)

Membandingkan untung kasar kepada jualan dan menerangkan sebanyak mana setiap ringgit jualan menghasilkan untung kasar.

b)

Menunjukkan belanja operasi firma dan kos barang dijual.

c)

Nisbah ini menunjukkan sejauh mana firma menggunakan pinjaman jangka panjang dalam pembiayaan kekalnya.

14.

Secara ringkasnya untuk mengukur Modul Kerja Bersih adalah

a)

Modal Kerja Bersih = Aset Semasa / Liabiliti Semasa

b)

Modal Kerja Bersih = Aset Semasa + Liabiliti Semasa

c)

Modal Kerja Bersih = Aset Semasa - Liabliti Semasa

d)

Modal Kerja Bersih = Liabiliti Semasa - Aset Semasa

15.

Pendekatan Hedging adalah salah satu pendekatan dalam menilai tahap - tahap modal kerja. Apakah yang dimaksudkan dengan pendekatan Hedging ini.

a)

Pendekatan sumber pembiayaan kekal dan spontan untuk membiayai semau pelaburan ke atas aset kekal.

b)

Pembiayaan sementara yang melebihi aset sementara.

c)

Melibatkan penggunaan seumber pembiayaan kekal yang melebihi aset kekal.