Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU (KATA KERJA)

Total questions: 23

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Pihak polis telah berjaya ________ perompak yang memecah masuk rumah hartawan itu.

a)

mengerat

b)

memberkas

c)

menghalang

d)

memerangkap

2.

Adik __________ kesejukan setelah sejam mandi di air terjun itu.

a)

menggigil

b)

mengeluh

c)

menggeliat

d)

menggeletek

3.

Rumah pangsa itu _________ selama beberapa saat akibat gempa bumi yang berlaku di Sumatera, Indonesia.

a)

berbuai

b)

bergegar

c)

berpusing

d)

bergoncang

4.

Asmah __________ Cikgu Fatimah sejambak bunga ros sempena Hari Guru.

a)

menghadiahi

b)

menghulurkan

c)

menyampaikan

d)

menghadiahkan

5.

Seekor anjing berkeliaran di kawasan itu sambil _________ seketul tulang.

a)

menggigit

b)

membaham

c)

mengunyah

d)

menggonggong

6.

Semasa Saiful tiba di kampung, neneknya sedang ___________ ubi kayu di dapur.

a)

merebus

b)

mereneh

c)

menanak

d)

mengukus

7.

Lim Wah dan Yong Li __________ buluh-buluh itu sehingga halus untuk dibuat layang-layang.

a)

meraut

b)

mematah

c)

menghiris

d)

memotong

8.

Peserta lelaki itu __________ sajak yang bertajuk Negaraku dengan penuh gaya dan bersemangat.

a)

menjelaskan

b)

mempamerkan

c)

mendeklamasikan

d)

mempersembahkan

9.

Jabatan Meteorologi Malaysia __________ bahawa hujan lebat akan turun di beberapa kawasan selatan tanah air.

a)

mengecam

b)

mengatakan

c)

meramalkan

d)

mencadangkan

10.

Ibu menasihati adik agar menutup pili selepas digunakan supaya tidak __________ air.

a)

memboros

b)

membuang

c)

menjimatkan

d)

membazirkan

11.

Penyanyi wanita itu __________ sebuah lagu asli semasa majlis bersama anak-anak yatim.

a)

membacakan

b)

menggayakan

c)

menyampaikan

d)

mendendangkan

12.

Tujuan pertandingan bercerita itu diadakan adalah untuk __________ bakat murid-murid di sekolah.

a)

mendidik

b)

mengajar

c)

mengasuh

d)

mencungkil

13.

Ibu __________ sup ikan di dapur untuk dihidangkan kepada datuk yang kurang sihat sejak semalam.

a)

mereneh

b)

membakar

c)

menjerang

d)

menggoreng

14.

Mereka telah keluar sejak awal pagi untuk_________ persembahan kebudayaan yang diadakan di dewan orang ramai.

a)

menyiasat

b)

menziarahi

c)

menyaksikan

d)

memerhatikan

15.

Lori sampah itu ___________ longgokan sampah sarap yang diletakkan di hadapan setiap rumah di taman perumahan itu.

a)

menarik

b)

mengaut

c)

mengambil

d)

menyangkut

16.

Hani __________ pertandingan deklamasi sajak di sekolah.

a)

memasuki

b)

menyertai

17.

Ibu __________ beberapa cubit garam ke dalam masakan kari ayam.

a)

menuangkan

b)

memasukkan

18.

Kami ke Dataran Merdeka untuk __________ perarakan kereta berhias.

a)

menyaksikan

b)

menengok

19.

Zhuan Li __________ jus tembikai ke dalam gelas untuk kawan-kawannya.

a)

menumpahkan

b)

menuang

20.

Ziana _________ sebuah lagu kesukaannya dalam pertandingan nyanyian.

a)

melagukan

b)

mendendangkan

21.

Pihak bomba berusaha __________ kebakaran di deretan kedai itu.

a)

memadamkan

b)

menyimbahkan

22.

Pakcik Lam ___________ baja pada tanamannya supaya hidup subur.

a)

melempar

b)

menabur

23.

Encik Shamirul __________ bangunan baharu yang dibina di pekan itu.

a)

merasmikan

b)

menamatkan