wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENTAKSIRAN PDPR BM TING 3

Total questions: 60

Worksheet time: 1hrs 10mins

Name
Class
Date
1.

“ Cikgu, bolehkah _______ pergi ke perpustakaan?” tanya Wei Mang dan Rajan.

a)

kami

b)

kamu

c)

aku

d)

kita

2.

Para pekerja sedang _______ jalan menghala ke sekolah itu dengan tar dan bitumen agar lebih kukuh.

a)

menerap

b)

menorah

c)

menuras

d)

menurap

3.

Pak Abu sedang memasang _______ kawat mata punai di sekeliling reban ayamnya.

a)

segelung

b)

selembar

c)

serawan

d)

secebis

4.

“ Walaupun _______ yang mendapat hadiah, kemenangan ini tetap kemenangan _______ bersama,” ujar Rizqi ketika berucap kepada rakan dan guru sekolahnya.

a)

anda…kami

b)

saya…kita

c)

kita…kalian

d)

mereka…kamu

5.

Sambutan ibubapa terhadap program gotong-royong pada kali ini amat menggalakkan kerana _______ sahaja yang tidak dapat hadir.


a)

separuh

b)

segelintir

c)

sebahagian

d)

seperempat

6.

9 Selain haiwan, angin juga merupakan ejen _______ biji benih yang sangat berkesan.


a)

pertumbuhan

b)

penebaran

c)

penyebaran

d)

pembentukan

7.

“Berehatlah dahulu di pondok ______________ yang serba kekurangan ini,” kata Damak kepada Hang Nadim.

a)

hamba

b)

patik

c)

beta

d)

baginda

8.

Bola yang ditendang oleh Jemat berjaya _____________ gawang gol pasukan lawan.

a)

melalui

b)

melepasi

c)

merentangi

d)

membolosi

9.

Cikgu Rosnah sedang _______ murid kelas Enam Murni cara-cara menulis karangan Bahasa Melayu.

a)

mengajari

b)

mengajarkan

c)

mempelajari

d)

mengajar

10.

Guruh mulai _______ di langit. Akan tetapi, hujan yang diharapkan tidak juga turun.

a)

gegak-gempita

b)

memancar-mancar

c)

sabung-menyabung

d)

berdentam-dentum

11.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


Puan Salwa memaklumkan bahawa pertandingan masakan ini diadakan khas untuk kaum wanita.

a)

“Kaum wanita perlu tahu bahawa pertandingan masakan khas telah diadakan,” kata PuanSalwa.

b)

Kata Puan Salwa, “Pertandingan memasak ini diadakan khas untuk kaum wanita.”

c)

"Kaum wanita akan menyertai sesuatu pertandingan masakan khas,” kata Puan Salwa.

d)

“Pertandingan memasak ini diadakan khas untuk Puan Salwa,” kata kaum wanita.

12.

Encik Salim menghadiahkan _____________ cincin kepada isterinya sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang kedua.

a)

sebilah

b)

sebutir

c)

sebentuk

d)

seutas

13.

Kerepek pisang itu perlu disimpan di dalam tin yang kedap udara supaya tidak

a)

lembik

b)

lembut

c)

empuk

d)

lemau

14.

Pilih ayat yang betul.

a)

Tiket pameran sejarah itu bukan mahal sangat.

b)

Kebanyakan bahan yang dipamerkan itu berasal daripada Sarawak.

c)

Setengah pengunjung yang datang ke pameran itu membawa anggota keluarga masing-masing.

d)

Sila dapatkan risalah tentang pameran ini di kaunter pertanyaan.

15.

Pilih ayat yang betul.

i.Saya mengucapkan terima kasih di atas kesudian tuan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

ii.Persahabatan di antara Malaysia dan Indonesia memang telah lama terjalin.

iii.Perbuatan adik saya menyorok di dalam almari memang berbahaya.

iv.Burung helang itu bersarang di celah dahan yang tinggi.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

16.

Para pekerja di kilang itu akan terus berpiket _____________ tuntutan mereka tidak dipenuhi.

a)

sementara

b)

selagi

c)

selama

d)

sebelum

17.

Mulut Jerryson kelihatan ____________ kerana dia sedang menghafal sifir.

a)

kumat-kamit

b)

kusut-masai

c)

mundar-mandir

d)

bongkar-bangkir

18.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

14. Pak Man menggunakan seruas buluh untuk menadah air nira dari pokok kelapa.

a)

Seruas buluh digunakan di atas pokok kelapa untuk menadah air nira.

b)

Seruas buluh digunakan oleh Pak Man untuk menadah air nira dari pokok kelapa.

c)

Seruas buluh di atas pokok kelapa digunakan oleh Pak Man untuk menadah air nira.

d)

Untuk menadah air nira, seruas buluh di atas pokok kelapa digunakan oleh Pak Man

19.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Pak Akob melarang anaknya menebang pokok rambutan yang sudah berbunga Itu.

a)

“Jangan tebang pokok rambutan yang sudah berbunga itu,” kata Pak Akob kepada anaknya.

b)

“Marilah kita tebang pokok rambutan yang sudah berbunga itu,” kata Pak Akob kepada anaknya.

c)

“Ayah akan menebang pokok rambutan yang sudah berbunga itu,” kata Pak Akob kepada anaknya.

d)

“Tebanglah pokok rambutan yang sudah berbunga itu,” kata Pak Akob kepada anaknya.

20.

Pilih ayat yang betul.

a)

Rajesh bukan pandai berenang.

b)

Majalah sekolah itu ada dengan Fikri.

c)

Jemputlah masuk ke rumah saya.

d)

Kerajaan telah membelanjakan berjuta ringgit untuk tujuan pembangunan di kawasan luar bandar.

21.

Pilih ( √ ) bagi ayat yang betul dan ( x ) bagi ayat yang salah.

Semua murid-murid itu disahkan sihat untuk menyertai acara Larian Malaysia.

a)

b)

x

22.

Pilih ( √ ) bagi ayat yang betul dan ( x ) bagi ayat yang salah.

Setiap penumpang kereta dinasihati supaya memakai tali pinggang keledar.

a)

b)

x

23.

Tandakan ( √ ) jika ayat di bawah betul dan ( x ) jika ayat yang salah.

Sebahagian daripada para-para peserta pertandingan memancing itu tidakmematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

a)

b)

x

24.

Pilih (√) jika ayat ini betul atau (x) jika salah.

Beribu-ribu keping borang kemasukan ke institusi pengajian tinggi dihantar kepada pihak Kementerian Pendidikan Tinggi.

a)

b)

x

25.

Kebanyakan barang yang disimpan di dalam stor itu telah rosak _________ tikus.

a)

digerit

b)

digigit

c)

dikesip

d)

diketip

26.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

i. Husin memikul baldi yang berisi air untuk dibawa pulang ke rumahnya kerana bekalan air terputus.

ii. Pihak ibu bapa diseru supaya memikul tanggungjawab mendidik anak-anak mereka dengan sempurna.

iii. Setiap rakyat hendaklah memikul hasrat kerajaan dalam usaha memperkukuh perpaduan kaum.

iv. Pasukan keselamatan memikul senjata semasa acara perbarisan sambutan Hari Pahlawan.

a)

i dan ii sahaja

b)

iii dan iv sahaja

c)

i,ii dan iii sahaja

d)

ii, iii dan iv sahaja

27.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

i. Puan Salmiah suka memakai pakaian berwarna cerah ketika hadir ke majlis rasml.

ii. Menurut Jabatan Meteorologi, cuaca pada hari esok diramal cerah.

iii. Pelajar berdisiplin mempunyai masa depan yang cerah.

iv. Ramai pelajar gemar berkawan dengan Hasan kerana hatinya yang cerah.

a)

i dan ii sahaja

b)

iii dan iv sahaja

c)

i,ii dan iii sahaja

d)

ii,iii dan iv sahaja

28.

Pilih jawapan yang betul.

Halimah ________________ bahawa anaknya tidak terbabit dengan tuduhan jenayah kolar putih.

a)

sungguh percaya benar

b)

teramat percaya benar

c)

sangat percaya benar

d)

percaya benar

29.

Jawatankuasa Paralimpik Asia telah _________________________ negara, Mohamad Ridzuan Puzi sebagai Atlet Para Terbaik Lelaki Asia.

a)

anugerahkan atlet paralimpik

b)

menganugerah atlet paralirnpik

c)

menganugerahi atlet paralimpik

d)

menganugerahkan atlet paralimpik

30.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat ini.

Pencemaran bahasa dapat dielakkan sekiranya semua pihak menggunakan bahasa Melayu dengan betul.

a)

Bahasa Melayu yang digunakan dengan betul dapat mengelakkan pencemaran bahasa.

b)

Penggunaan bahasa Melayu yang betul dapat mengelakkan pencemaran bahasa semua pihak.

c)

Semua pihak menggunakan bahasa Melayu dengan betul sekiranya pencemaran bahasa dapat dielakkan.

d)

Sekiranya semua pihak menggunakan bahasa Melayu dengan betul,pencemaran bahasa dapat dielakkan.

31.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir.

Sebagai warganegara Malaysia, kita perlu berpegang teguh pada Prinsip Rukun Negara agar keamanan dan kemakmuran tanah air dapat dikekalkan

a)

Keamanan dan kemakmuran tanah air dapat dikekalkan dengan adanya prinsip teguh Rukun Negara.

b)

Rukun Negara merupakan pegangan teguh warganegara Malaysia untuk mengekaikan keamanan dan kemakmuran tanah air.

c)

Kita perlu berpegang teguh pada prinsip Rukun Negara sebagai warganegara Malaysia agar keamanan dan kemakmuran tanah air dapat dikekalkan.

d)

Jika kita berpegang pada prinsip Rukun Negara keamanan dan kemakmuran negara mungkin akan dapat dikekalkan.

32.

Pilih ayat-ayat yang betul.

i. Novel Salina karya Sasterawan Negara A. Samad Said telah dibaca oleh saya.

ii. Pak Abu menceritakan tentang pengalamannya menentang komunis.

iii.Layang-layang itu tersangkut di tiang telefon kerana diterbangkan angin.

iv. Pekerja baharu kilang itu mempelajari cara pengendalian mesin daripada ketuanya.

a)

i dan ii sahaja

b)

iii dan iv sahaja

c)

i,ii dan iii sahaja

d)

ii,iii dan iv sahaja

33.

Aril benar-benar berazam untuk memenangi pertandingan itu walaupun menyedari bahawa dia terpaksa bersaing dengan peserta-peserta lain yang hebat.

Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah........................

a)

ada hati

b)

bulat hati

c)

besar hati

d)

berat hati

34.

Walaupun sudah beberapa kali dinasihatkan oleh guru, Aiman tetap malas mengulang kaji pelajarannya.Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah ..........

a)

melepaskan batuk di tangga

b)

mencurah air ke daun keladi

c)

alang-alang berdakwat biar hitam

d)

pendayung sudah di tangan, perahu sudah di air

35.

Permintaan pemilik rumah setinggan terhadap kerajaan itu _____

a)

seperti api dalam sekam

b)

seperti gajah masuk kampung

c)

bagai Belanda meminta tanah

d)

bagai menatang minyak yang penuh

36.

Kamisah dan kawan-kawannya bekerja sambilan di kilang kasut sementara menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia.

Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah

a)

baik berjagung-jagung sementara padi belum masak

b)

belakang parang kalau diasah akan tajam jua

c)

cacing hendak menjadi naga

d)

didengar ada dipakai tidak

37.

Puan Rosma menjemput kami makan di rumahnya sebagai menghargai pertolongan kami.

Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah

a)

orang berbudi kita bahasa, orang memberi kita merasa

b)

lembu punya susu sapi dapat nama

c)

pahit dahulu manis kemudian

d)

ringan tulang berat perut

38.

Gunalan tiba-tiba berasa resah dan berpeluh-peluh apabila kami memperkatakan tentang kehilangan jam tangan Devi.Peribahasa yang sesuai dengan peribahasa di atas ialah.............................

a)

siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya

b)

terapung sama hanyut, terendam sama basah

c)

berdiri sama tinggi, duduk sama rendah

d)

sekali air bah sekali pantai berubah

39.

Berikut merupakan persoalan yang terdapat dalam novel Tawanan Komander Caucasus kecuali :

a)

Persoalan tentang kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak

b)

Persoalan tentang kepatuhan dan kesetiaan pengikut terhadap ketua

c)

Persoalan tentang kebijaksanaan tentang merancang masa depan.

d)

Persoalan tentang tanggungjawab murid dalam menyempurnakan tugasan

40.

Berikut merupakan watak-watak yang terdapat dalam novel Tawanan Komander Caucasus kecuali :

a)

Maharaja Tanduk

b)

Devnath

c)

Chen May

d)

Haikal

41.

Farhani merupakan murid :

a)

Tingkatan Satu Bestari

b)

Tingkatan Tiga Khaldun

c)

Tingkatan Tiga Arif

d)

Tingkatan Satu Arif

42.

Komander Caucasus berasal daripada kumbang spesies :

a)

Megasoma Caucasus

b)

Chalcosoma Caucasus

c)

Rhinotia Caucasus

d)

Chondropgya Caucasus

43.

Siapakah nama watak yang meminati kumbang dan memiliki sebuah zoo mini di pekarangan rumahnya?

a)

Haikal

b)

Chia mei

c)

Farhani

d)

Kim Yong

44.

Nyatakan tema drama Tenang-tenang air di tasik

a)

Sikap prejudis segelintir masyarakat terhadap golongan kelainan upaya

b)

Sikap menghormati segelintir masyarakat terhadap golongan kelainan upaya

c)

Sikap benci segelintir masyarakat terhadap golongan kelainan upaya

d)

Sikap menyayangi segelintir masyarakat terhadap golongan kelainan upaya

45.

Berikut merupakan watak Muzaffar kecuali:

a)

Anak tunggal dalam keluarga.

b)

Amanah dan bertanggungjawab

c)

Rasional dan tidak berpendirian tegas dalam membuat keputusan.

d)

Dia mempunyai wajah dan perawakan yang seiras dengan Muzamir

46.

Berikut merupakan perwatakan Ibu Muzafar kecuali?

a)

Balu yang kematian suami.

b)

Tidak pandai menyimpan rahsia.

c)

Mantan pegawai dan kini bergiat aktif dalam pertubuhan sukarela Jawatankuasa Kaum Ibu.

d)

memilih kasih antara anak-anaknya

47.

Berikut merupakan latar tempat drama kecuali...

a)

Rumah batu mewah

b)

di Kelantan

c)

Tasik Permai.

d)

Pekarangan Permai Resort.

48.

Mengapakah Parjo digelar ' Parjo Tapai'?

a)

kerana setiap hari Parjo menjinjit tapai ke kantin sekolah

b)

kerana setiap hari Parjo makan tapai keluarganya

c)

kerana setiap hari Parjo mengangkat tapai

d)

kerana setiap hari Parjo menghasilkan tapai

49.

Siapakah yang mencadangkan 'projek tapai ubi'?

a)

Profesor Haidar

b)

Profesor Hiadar

c)

Profesor Haidarr

d)

Profesor Haikal

50.

Mengapakah profesor mencadangkan projek tapai ubi?

a)

kerana terdapat kajian mengenai penawar selesema

b)

kerana terdapat kajian mengenai mengurangkan serangan angin ahmar

c)

kerana terdapat kajian mengenai mengurangkan demam

d)

kerana terdapat kajian mengenai mengurangkan serangan kanser

51.

Puteri Coleoptera merupakan :

a)

sepupu Maharaja Tanduk

b)

anak saudara Maharaja Tanduk

c)

adik tiri Maharaja Tanduk

d)

isteri Maharaja Tanduk

52.

Siapakah nama watak yang gemar menyakat kawannya mengenai kewujudan makhluk halus dan hantu?

a)

Haikal

b)

Wei

c)

Farhani

d)

Kim Yong

53.

Nyatakan latar tempat di mana Farhani menunggu kedatangan dua orang rakannya iaitu Mira dan Chea Mei yang akan bersama-sama mencari kumbang?

a)

Makmal sekolah

b)

Rumah usang

c)

Pinggir dusun datuk Farhani

d)

Kelas Farhani

54.

Di manakah latar tempat Haikal menjumpai sehelai sapu tangan berwarna merah jambu milik Farhani?

a)

Gerbang maya

b)

Ruangan bawah tanah rumah usang

c)

Kota kerajaan kumbang

d)

Terowong gelap bercabang-cabang

55.

Bilakah Haikal bergerak turun dari rumahnya untuk berjumpa dengan Devnath dan Wei yang telah menunggunya untuk sama-sama menjejaki kehilangan Farhani di rumah usang?

a)

Waktu tengah malam

b)

Waktu petang

c)

Selepas solat Isyak

d)

Waktu malam

56.

Bahagian klimaks cerita novel Tawanan Komander Caucasus ialah :

a)

Haikal, Devnath dan Wei telah ditangkap sekali lagi dan ditawan oleh tentera Komander Caucasus

b)

Farhani tersilap melangkah masuk ke alam dimensi kumbang

c)

Bara dan Dara Bintik telah membawa Farhani dan Kim Yong menghadap Puteri Coleoptera

d)

Puteri Coleoptera telah ditabalkan menjadi pemerintah kerajaan kumbang yang baharu

57.

Nyatakan teknik plot bagi petikan di bawah.

"Hmm ... anak renjer hutan bukan penakut" Dia berbisik sendiri memujuk diri..

a)

Teknik Dialog

b)

Teknik Monolog

c)

Teknik Suspen

d)

Teknik Kejutan

58.

Farhani membayangkan tindakan Komander Caucasus yang akan meratah mentah-mentah dagingnya dan Kim Yong sekiranya misi yang diketuai oleh Bara itu menemui kegagalan dan mereka berjaya ditawan sekali lagi oleh Komander Caucasus itu.

a)

Teknik Imbas Muka

b)

Teknik Monolg

c)

Teknik Imbas kembali

d)

Teknik Monolog Dalaman

59.

Nyatakan gaya bahasa yang terdapat dalam petikan dibawah?

Tiada istilah takut dalam kamus hidupnya.

a)

Hiperbola

b)

Metafora

c)

Simile

d)

Personifikasi

60.

Nyatakan gaya bahasa yang terdapat dalam petikan dibawah?

Perasaan gementar tiba-tiba sahaja menyelinap dalam hati.

a)

Metafora

b)

Diksi

c)

Hiperbola

d)

Personifikasi