wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ MINGGU BAHASA MELAYU TAHUN 2

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Pak Ali ke tebing sungai sambil ________ sebatang joran

a)

memjaja

b)

membawa

c)

memakai

2.

Suriati keluar dari kedai itu sambil _______ beg plastik.

a)

memjaja

b)

menjinjit

c)

memakai

3.

Kamil __________ kerusi itu untuk diletakkan di atas meja.

a)

mengangkat

b)

menjinjit

c)

memakai

4.

Kakak _________ anak pokok bunga itu ke dalam pasu

a)

mengangkat

b)

menjinjit

c)

mengalihkan

5.

Puan Seha sedang ________ buah jambu di belakang rumahnya.

a)

mengangkat

b)

memetik

c)

mengalihkan

6.

Encik Adrian menggunakan gergaji tangan untuk ________ papan itu.

a)

mematahkan

b)

memotong

c)

mengalihkan

7.

Pak Uda ____________ ranting pokok yang merintangi laluannya.

a)

mematahkan

b)

memotong

c)

mencantas

8.

Dia _______ pokok itu dengan berhati-hati kerana boleh mengundang kecelakaan.

a)

menebang

b)

memotong

c)

mencantas

9.

Pagi-pagi lagi, Pak Seman sudah berada di kebunnya untuk ________ pokok getah.

a)

menebang

b)

memotong

c)

menoreh

10.

Sebilah kapak digunakan untuk _______ kayu api itu.

a)

menebang

b)

membelah

c)

menoreh

11.

Tok Seman ________ buluh itu untuk dibuat bingkai layang-layang.

a)

menebang

b)

membelah

c)

meraut

12.

Ibu ________ ikan yang baru sahaja dipancing oleh ayah.

a)

memancung

b)

menyiang

c)

mengelar

13.

Masliza duduk di kerusi sambil ________ buah mempelam.

a)

mengupas

b)

menyiang

c)

mengelar

14.

Kakak Haslina __________ nasi dengan menggunakan dapur elektrik.

a)

mengupas

b)

menanak

c)

menjerang

15.

Abang Yusuff _________ air yang diisi di dalam cerek itu.

a)

menyangai

b)

menanak

c)

menjerang

16.

Ibu __________ ikan di atas bara api.

a)

memanggang

b)

menanak

c)

mengoreng

17.

Rahim baru sahaja _________ sampah yang disapunya tadi.

a)

memanggang

b)

membakar

c)

mengoreng

18.

Pemuda itu _________ jalanya pada permukaan sungai berarus tenang itu.

a)

menolak

b)

menebar

c)

mencampak

19.

Pak Malim menggunakan alu untuk _______ padi di dalam lesung tangan itu.

a)

menimbuk

b)

menumbuk

c)

menghunus

20.

Nenek Jah mengambil upah ____________ tikar untuk menambah pendapatannya.

a)

menjahit

b)

menganyam

c)

menenun