wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

REKA BENTUK DALAMAN TING.4

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Manakah antara berikut termasuk dalam reka bentuk hiasan dalaman?

a)

reka bentuk bilik tidur

b)

reka bentuk ruang tamu

c)

reka bentuk anjung rumah

d)

reka bentuk ruang belajar

2.

Apakah jenis pencahayaan bagi ruang utama di rumah?

a)

Pencahayaan terus

b)

Pencahayaan kabur

c)

Pencahayaan terbalik

d)

Pencahayaan tidak langsung

3.

Manakah antara berikut memainkan peranan dalam pengudaraan semula jadi??

a)

Tingkap

b)

Dinding

c)

Pintu

d)

Atap

4.

Bagi mendapatkan ruang tamu yang kelihatan lapang, kain langsir perlulah...

a)

gelap dan tebal

b)

cerah dan tebal

c)

cerah dan nipis

d)

berwarna-warni dan tebal

5.

Sebuah bilik yang sempit boleh menjadi luas dan selesa dengan cara...

a)

meletakkan perabot mini

b)

tidak meletakkan perabot

c)

meminimumkan bilangan penghuni

d)

mengecat dinding dengan warna cerah

6.

Set sofa berikut sesuai diletakkan di ruang tamu yang...

a)

luas

b)

sempit

c)

rumah terbiar

d)

rumah moden

7.

Reka bentuk ruang tamu berikut adalah jenis...

a)

ruang tamu moden

b)

ruang tamu pejabat

c)

ruang tamu tradisional

d)

ruang tamu rumah kos rendah

8.

Set sofa berikut sesuai diletakkan di ruang tamu yang...

a)

luas

b)

sempit

c)

terbuka

d)

tertutup

9.

Susunan bentuk H, I, L dan U dalam reka bentuk dalaman merupakan...

a)

pencahayaan ruang

b)

susun atur ruang

c)

bentuk perabot

d)

saiz ruang

10.

Reka bentuk dapur berikut menggunakan susunan bentuk...

a)

H

b)

I

c)

U

d)

L

11.

Antropometrik dalam perekaan membawa pengertian...

a)

kesesuaian benda dihasilkan dengan kemampuan pengguna

b)

kesesuaian kadar banding pengguna dengan benda yang digunakan

c)

kemampuan pengguna mendapatkan benda yang dihasilkan

d)

keselamatan benda dihasilkan dengan cara penggunaan

12.

Kaedah pengudaraan berkait rapat dengan aspek__________

a)

saiz pintu dan tingkap

b)

warna dinding

c)

susunan perabot

d)

sistem bukaan pintu dan tingkap

13.

Apakah kemahiran dan pengetahuan yang perlu diketahui oleh pereka bentuk hiasan dalaman?

a)

Teknologi dan keselamatan

b)

Teknologi dan bahan kemasan

c)

Keselamatan dan kejuruteraan

d)

Kejuruteraan dan bahan kemasan

14.

Maklumat di bawah menerangkan tentang kerjaya pereka bentuk dalaman:

Skop kerjaya meliputi penyediaan lukisan teknikal dan spesifikasi, menyemak lukisan perunding, merekod serta penyelenggaraan lukisan.

Apakah bidang kerjaya tersebut?

a)

Pelukis pelan

b)

Perunding bahan

c)

Pereka Set Pentas

d)

Kontraktor Hiasan Dalaman

15.

Nyatakan fungsi alat tersebut dalam menghasilkan pelan hiasan dalaman berdasarkan gambar di bawah.

a)

Alat pembahagi ruang dalaman

b)

Menghasilkan ukuran dalam sudut tepat

c)

Menghasilkan ukuran mengikut nisbah (skala)

d)

Memudahkan dalam penghasilan lukisan perabot

16.

Pilih pernyataan yang betul berkaitan kerjaya berikut.

a)

Pelukis pelan: Menyediakan lukisan teknikal

b)

Perunding warna: Menyediakan prototaip ruang pameran

c)

Pereka ruang pameran: Memberikan khidmat nasihat

d)

Pereka set: Mengkomersialkan inovasi produk

17.

Apakah kerjaya yang dimaksudkan oleh pernyataan di bawah?

Bertanggungjawab memberi khidmat nasihat berkaitan warna dan bahan kemasan berdasarkan konsep dan tema yang dipilih.

a)

Pelukis set

b)

Pereka pelan

c)

Pereka ruang pameran

d)

Perunding warna dan bahan kemasan

18.

Apakah ciri-ciri kontemporari yang terdapat pada hiasan dalaman di bawah?

a)

Keringkasan perabot dan hiasan ; Gabungan binaan logam dan kaca

b)

Keringkasan perabot dan hiasan ; Gabungan perabot dan dinding yang pelbagai

c)

Gabungan binaan logam dan kaca; Warna sofa harmoni dengan persekitaran

d)

Warna sofa harmoni dengan persekitaran ; Gabungan perabot dan dinding yang pelbagai

19.

Bagaimanakah cara mendapatkan kesan cahaya yang kreatif dalam hiasan dalaman?

a)

Kesan cahaya tenaga solar

b)

Cahaya menerangi terus pada ruang

c)

Menggunakan lampu berwarna-warni

d)

Pantulan cahaya lampu ke dinding atau syiling

20.

Mengapakah kerjaya Pereka Hiasan Dalaman mempunyai masa depan yang cerah di Malaysia?

a)

Perkembangan ruang kediaman, ruang komersial dan sebagainya ; Pertambahan bilangan penduduk di Malaysia

b)

Perkembangan ruang kediaman, ruang komersial dan sebagainya ; Cita rasa pengguna semakin berkembang

c)

Pertambahan bilangan penduduk di Malaysia ; Peralatan hiasan dalaman semakin murah

d)

Peralatan hiasan dalaman semakin murah ; Cita rasa pengguna semakin berkembang

21.

Apakah prinsip yang ditekankan pada reka bentuk hiasan dalaman kontemporari di bawah?

a)

Harmoni dan penegasan

b)

Kontra dan imbangan asimetri

c)

Kepelbagaian dan pergerakan

d)

Kesatuan dan imbangan simetri

22.

Himpunan data berkaitan dengan ciri-ciri fizikal tubuh manusia, ukuran, bentuk dan kekuatan.

Dalam penghasilan reka bentuk hiasan dalaman, maklumat di atas merujuk tentang

a)

antropometrik

b)

aerodinamik

c)

designomik

d)

ergonomik

23.

Berikan definisi paling tepat tentang reka bentuk hiasan dalaman berkonsep kontemporari.

a)

Reka bentuk moden

b)

Reka bentuk tahun 90-an

c)

Reka bentuk lama dan baharu

d)

Reka bentuk berkonsepkan masa kini

24.

Susun semula proses menghasilkan reka bentuk dalaman mengikut urutan yang betul .

I Lukisan plan dengan skala

II Menghasilkan model

III Menentukan konsep

IV Membuat lakaran idea

a)

I, II, IV, III

b)

III, IV, I, II

c)

II, I, III, IV

d)

IV, III, I, II

25.

Jika sebuah produksi filem ingin menghasilkan sebuah set pentas, siapakah sepatutnya dihubungi ?

a)

Pereka set

b)

Pelukis pelan

c)

Pereka Bentuk dalaman

d)

Pereka Ruang Pameran

26.

Gambar rajah di bawah menunjukkan satu jenis susun atur reka bentuk dalaman.

Apakah jenis susunan tersebut ?

a)

Bentuk U

b)

Bentuk G

c)

Bentuk H

d)

Bentuk pulau

27.

Mengapakah konsep kontemporari menjadi satu keperluan dalam menghasilkan ruang dalaman pada masa kini ?

I Ruang yang semakin terhad

II Mudah menghasilkan pelan

III Bahan mudah diperolehi

IV Memudahkan penyelenggaraan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

28.

Maklumat di bawah tentang pelan hiasan dalaman .


Kadar jarak pada pelan mewakili

jarak sebenar pada ruang dalaman

Pernyataan di atas merujuk kepada ______________

a)

skala

b)

simbol

c)

konsep

d)

komposisi

29.

Apakah pertubuhan yang mewakili pereka bentuk dalaman di Malaysia ?

a)

Persatuan Pereka Bentuk Malaysia

b)

Pertubuhan Pereka Bentuk Malaysia

c)

Institut Pereka Bentuk Dalaman Malaysia

d)

Pertubuhan Pereka Bentuk Dalaman Malaysia

30.

Selain aspek susun atur dan pengudaraan, apakah aspek – aspek lain yang diperlukan dalam menghasilkan reka bentuk hiasan dalaman ?


I Pencahayaan

II Jenis bahan

III Arah mata angin

IV Antropometrik

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV