wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PROSES LULUHAWA

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan luluhawa?

a)

Pergerakan batuan

b)

Pemecahan batuan

c)

Pembesaran batuan

d)

Pembentukan batuan

2.

Apakah agen luluh hawa biologi?

a)

Air

b)

Angin

c)

Bakteria

d)

Asid karbonik

3.

Proses-proses luluhawa fizikal adalah :

a)

Pengembagan & Pengecutan

b)

Pengelupasan

c)

Pembasahan Dan Pengeringan

d)

Tindakan Ibun

e)

Penghabluran Garam

4.

Nyatakan agen utama luluhawa kimia

a)

Hujan & Angin

b)

Kelembapan & Suhu

c)

Suhu & Hujan

d)

Suhu & Angin

5.

Senaraikan 3 proses luluhawa kimia ;

a)

Penghabluran Garam

b)

Pengoksidaan

c)

Pengkarbonan

d)

Pembasahan

e)

Larutan

6.

Antara berikut, yang manakah proses luluh hawa?

a)

Tanah runtuh

b)

Banjir

c)

Tindakan fros

d)

Kemarau

7.

Apakah proses luluh hawa yang terlibat bagi menghasilkan pandang darat di Foto ?

a)

Hidrolisis

b)

Pengkarbonan

c)

Penghidratan

d)

Pengoksidaan

8.

Kombinasi manakah yang benar tentang luluh hawa dan prosesnya?

a)

Fizikal (Pengkarbonan)

b)

Kimia (Penyepaian berbutir)

c)

Biologi (Perubahan suhu ekstrem)

d)

Fizikal (Pemecahan bongkah)

9.

Proses tindak balas antara kalsium karbonat dengan asid karbonik.


Maklumat berikut merujuk kepada proses yang berlaku di kawasan.

a)

Batu Caves (Selangor)

b)

Gua Niah (Sarawak)

c)

Tanjung Aru (Sabah)

d)

Gunung Tahan (Pahang)

10.

• Pembinaan • Pengkuarian • Perlombongan


Manakah yang berikut merupakan faktor luluh hawa yang berkaitan dengan penyataan di bawah?

a)

Masa

b)

Iklim

c)

Biotik

d)

Batuan

11.

Apakah kesan luluh hawa kimia terhadap pandang darat di kawasan tropika lembap?

a)

Kaolin

b)

Talus

c)

Bornhard

d)

Gurun batu

12.

Luluhawa fizikal bermaksud proses..................batuan secara in-situ oleh unsur iklim dan cuaca

a)

Pemecahan & Penguraian

b)

Peleburan & Pembentukan

13.

Mengapakah luluhawa fizikal sangat aktif di gurun panas? :

a)

Hujan Yang Tinggi

b)

Perubahan Suhu yang Tinggi

c)

Kelembapan Yang Tinggi

d)

Suhu Sejuk Melampau

14.

Luluhawa kimia sangat aktif di kawasan :

a)

Tropika Kering

b)

Hawa Sederhana

c)

Tropika Lembap

d)

Gurun Panas

15.

Berikut faktor-faktor yang mempengaruhi luluhawa kimia kecuali :

a)

Iklim

b)

Biotik

c)

Bakteria

d)

Angin

16.

Senarai 2 bentuk muka bumi hasil luluhawa kimia ;

a)

Pandang Darat Fizikal

b)

Pandang Darat Karst

c)

Bukit

d)

Tors

17.

Berikut kepentingan luluhawa kimia terhadap manusia kecuali :

a)

Pertanian

b)

Perlombongan

c)

Sosial

d)

Pelancongan

18.

Luluhawa fizikal juga dikenali sebagai luluhawa _____________.

a)

Luaran / Mekanikal

b)

Dalaman / Geologi

19.

Antara berikut, yang manakah dapat dikaitkan dengan luluh hawa fizikal?

a)

Larutan

b)

Hidrolisis

c)

Pengkarbonan

d)

Penghabluran garam

20.

Foto di sebelah dapat dikaitkan dengan ...

a)

pelepasan tekanan

b)

tindakan akar

c)

penghabluran garam

d)

perubahan suhu ekstrem

21.

Luluh hawa fizikal begitu dominan di kawasan gurun kerana...

a)

akar tumbuhan yang panjang

b)

proses kembang kecut berlaku secara giat

c)

larutan air bercampur dengan asid karbonik

d)

pelepasan tekanan berlaku dari dasar tanah

22.

Apakah faktor yang mempengaruhi proses pengkarbonan di kawasan gua batu kapur?

a)

Haiwan pengorek tanah

b)

Pelepasan batuan granit

c)

Air laut yang bercampur garam

d)

Taburan air hujan yang banyak

23.

Bagaimanakah aktiviti manusia boleh menyebabkan proses luluh hawa giat berlaku?

a)

Ekopelancongan

b)

perikanan air tawar

c)

pengkuarian di bukit

d)

pembinaan empangan

24.

Apakah jenis luluh hawa yang giat berlaku di kawasan tropika?

a)

Luluh hawa fizikal

b)

Luluh hawa kimia

c)

Luluh hawa biologi

d)

Luluh hawa mekanikal

25.

Antara berikut, luluh hawa yang manakah paling dominan di Malaysia?

a)

Larutan

b)

Tindakan fros

c)

Pengkarbonan

d)

Penghabluran garam

26.

Apakah bentuk muka bumi yang terbentuk di kawasan pandang darat karst?

a)

Tor

b)

Talus

c)

Kaolin

d)

Stalaktit

27.

Proses penghabluran garam giat berlaku di kawasan...

a)

Dataran Tinggi Colorado, Amerika

b)

Cerun bukit di utara Scotland

c)

Gua Tempurung, Malaysia

d)

Gurun Sahara., Utara Afrika

28.

Apakah kepentingan pandang darat karst kepada pembangunan ekonomi Malaysia?

a)

Pusat penyelidikan

b)

Kawasan petempatan

c)

Kawasan perindustrian

d)

Memajukan ekopelancongan

29.

Apakah yang menyebabkan luluh hawa daripada aktiviti manusia menjadi semakin dominan di kawasan lereng-lereng bukit?

a)

Tenaga buruh yang ramai

b)

Penggunaan jentera berat

c)

Aktiviti pertanian yang giat

d)

Aktiviti rekreasi mendaki bukit

30.

Pemecahan batuan seperti dalam Rajah sebelah disebabkan proses... (SPM 2006)

a)

Tindakan ibun

b)

Kembang kecut

c)

Pelepasan tekanan

d)

Penghabluran garam

31.

Apakah jenis luluhawa kimia yang membentuk pandang darat fizikal dalam foto di sebelah? (SPM 2017)

a)

Larutan

b)

Hidrolisis

c)

Pengoksidaan

d)

Pengkarbonan

32.

Apakah kepentingan luluhawa kimia kepada ekonomi Malaysia?

a)

Menghasilkan batu granit untuk sektor pembinaan

b)

Membentuk gua batu kapur sebagai lokasi pelancongan

c)

Menghasilkan garam akibat penghabluran garam

d)

Mempercepatkan aktiviti kuari dengan pemecahan bongkah

33.

Talus dan skri merupakan kesan daripada proses...

a)

tindakan fros

b)

pelepasan tekanan

c)

penghabluran garam

d)

perubahan suhu ekstrem

34.

Antara berikut yang manakah merupakan proses luluh hawa fizikal?

a)

Tindakan akar

b)

Tindakan fros

c)

Pengkarbonan

d)

Larutan

35.

Proses luluhawa fizikal dalam rajah diatas mungkin sekali dapat dikaitkan dengan

a)

Pelepasan tekanan

b)

Basah kering batuan

c)

Tindakan ibun

d)

Suhu yang ekstrem

36.

Maklumat di bawah berkaitan dengan proses luluhawa


Pengelupasan

Pemecahan bongkah


Proses ini berkaitan terutamanya dengan

a)

Tindakan fros

b)

Perubahan suhu ekstrem

c)

Pengoksidaan

d)

Pengkarbonan

37.

Rajah di atas menunjukkan satu proses luluhawa fizikal. Apakah luluhawa fizikal tersebut?

a)

Tindakan ibun

b)

Perubahan suhu ekstrem

c)

Pengoksidaan

d)

Pengkarbonan

38.

Antara berikut yang manakah merupakan proses kembang kecut batuan akibat perubahan suhu ekstrem


I Pengelupasan

II Basah kering batuan

III Pelepasan tekanan

IV Pemecahan bongkah

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

39.

Berikut merupakan contoh luluh hawa fizikal yang mengalami proses kembang kecut telah menyebabkan pemecahan batuan kecuali

a)

Pemecahan bongkah

b)

Pelepasan tekanan

c)

Penyepaian batuan

d)

Pengelupasan

40.

Faktor faktor yang mempengaruhi luluhawa kecuali

a)

Hujan

b)

Gempa Bumi

c)

Angin

d)

Suhu

41.

Berikut adalah jenis jenis luluhawa kecuali

a)

Fizikal

b)

Tektonik

c)

Kimia

d)

Biologi

42.

Proses proses luluhawa fizikal kecuali

a)

Pengoksidaan

b)

Tindakan Ibun

c)

Pelepasan Tekanan

d)

Penghabluran Garam

43.

Tindakan ibun giat di kawasan

a)

Monsun Tropika

b)

Khatulistiwa

c)

Lautan Pasifik

d)

Hawa Sederhana

44.

Pemecahan batuan oleh pengembangan hablur garam efektif di kawasan berikut

a)

Khatulistiwa

b)

Gurun panas

c)

Mediterranean

d)

Monsun Tropika

45.

Proses pelepasan tekanan terjadi di dalam lapisan

a)

Kerak bumi

b)

Mantel

c)

Teras luar

d)

Teras dalam

46.

Batuan yang terkena air akan

a)

Membeku

b)

Mengecut

c)

Mengembang

d)

Mengecil

47.

3 bentuk pecahan batuan akibat perubahan suhu ekstrim kecuali

a)

Batuan mengelupas

b)

Batuan mengecut

c)

Batuan pecah bongkah

d)

Batuan pecah berbutir

48.

Apakah yang dimaksudkan dengan luluh hawa?

a)

Proses pemecahan dan pereputan batuan di sesuatu tempat secara in-situ

b)

Proses pereputan batuan secara in-situ di sesuatu tempat oleh agen-agen luluh hawa.

c)

Proses pemecahan, pereputan dan penguraian batuan di sesuatu tempat secara in-situ oleh agen-agen luluh hawa iaitu air, cahaya, angin, perubahan suhu, tindakan manusia, haiwan dan akar tumbuhan.

d)

Proses penguraian batuan di sesuatu tempat secara in-situ oleh agen-agen luluh hawa iaitu air, cahaya, angin, perubahan suhu, tindakan manusia, haiwan dan akar tumbuhan.

49.

Luluh hawa fizikal ialah....

a)

proses pereputan batuan penyepaian batuan besar kepada serpihan-serpihan kecil mengubah kimia batuan

b)

proses penyepaian dan pemecahan batuan besar kepada serpihan-serpihan kecil dibantu oleh tindakan benda hidup

c)

proses pemecahan dan penyepaian batuan besar kepada serpihan-serpihan kecil tanpa mengubah kimia batuan.

d)

Proses pereputan dan penyepaian batuan besar kepada serpihan-serpihan kecil tanpa mengubah kimia batuan

50.

Proses larutan berlaku apabila air hujan melarutkan mineral dalam batuan, contohnya air hujan mudah melarutkan mineral halit, gipsum dan natrium klorida. Penyataan ini merujuk kepada,

a)

Pengkarbonan

b)

Larutan

c)

Hidrolisis

d)

Celasi