wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH BAB 6 TINGKATAN 1

Total questions: 20

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

1) Maklumat berikut berkaitan masyarakat Tamadun Yunani.

· Penduduk Yunani terkenal sebagai pelayar yang handal.

Mengapakah penduduk Yunani terkenal sebagai pelayar yang handal?

a)

Kedudukan Tamadun Yunani berhampiran dengan laut

b)

Mereka mahir dalam membina kapal layar

c)

Mereka mahir dalam ilmu kelautan

d)

Mereka dilatih sejak dari kecil

2.

2) Tamadun Yunani terkenal dengan negara kota atau polis. Apakah ciri utama polis?

a)

Keluasan wilayah

b)

Kedudukan strategik

c)

Ketinggian bangunan

d)

Kehebatan pemerintah

3.

3) Pernyataan manakah yang betul tentang negara kota Athens dalam Tamadun Yunani?

a)

Kota paling ramai penduduk

b)

Pusat pertanian utama

c)

Terdapat rumah ibadat

d)

Penduduk seramai 16,000 orang

4.

4) Jadual berikut menunjukkan sistem pemerintahan yang pernah diamalkan dalam Tamadun Yunani.

Apakah X?

a)

Tirani

b)

Oligarki

c)

Monarki

d)

Demokrasi

5.

5) Apakah ciri persamaan antara sistem demokrasi yang diamalkan oleh kedua-dua kerajaan berikut?


Malaysia

a)

Rakyat memilih ketua negara

b)

Raja merupakan ketua kerajaan

c)

Raja memerintah secara mutlak

d)

Rakyat terlibat dalam pemerintahan

6.

6) Apakah persamaan kedua-dua tokoh berikut?

· Solon

· Pericles

a)

Membina sistem pengairan

b)

Menggubal undang-undang

c)

Menindas golongan bawahan

d)

Memperkenalkan sistem demokrasi

7.

7) Maklumat berikut berkaitan Dewan Perhimpunan di Athens.


Dewan Perhimpunan ialah badan pentadbiran yang paling tinggi.


 Apakah fungsi Dewan Perhimpunan?

a)

Berperanan melantik Ahli Majlis

b)

Membincangkan kebajikan masyarakat Athens

c)

Menggubal udang-undang

d)

Mengawasi urusan Dewan Perhimpunan

8.

8) Dalam sistem demokrasi Athens, Majlis dianggotai oleh 500 orang dan dikenal sebagai Majlis 500. Apakah peranan Majlis?

a)

Melantik ahli Dewan Perhimpunan

b)

Mengawasi urusan Dewan Perhimpunan

c)

Membuat aduan kepada Dewan Perhimpunan

d)

Melaksana keputusan Dewan Perhimpunan

9.

Maklumat berikut berkaitan dengan badan pemerintahan dan pentadbiran di Tamadun Yunani

i ) Merupakan kakitangan awam

ii) Melaksanakan segala dasar

iii) Mengurus hal-ehwal pendidikan dan percukaian

Apakah badan pemerintahan dan pentadbiran tersebut?

a)

Juri

b)

Majlis

c)

Konsul

d)

Majistret

10.

10) Mengapakah Sparta mempunyai dua orang raja?

a)

Memudahkan perluasan empayar

b)

Mengukuhkan hubungan luar

c)

Memilih pemimpin berwibawa

d)

Mengelak kekejaman pentadbiran

11.

11) Rajah berikut menunjukkan perkembangan Tamadun Rom yang dibahagikan kepada tiga zaman.

Apakah zaman yang mewakili X?

a)

Zaman Republik

b)

Zaman Diktator

c)

Zaman Demokrasi

d)

Zaman Pax Romana

12.

12) Tamadun Rom mencapai zaman kegemilangannya pada era Pax Romana (27 M - 180M).

Apakah pencapaian Tamadun Rom pada era tersebut?

a)

Keamanan empayar

b)

Pembentukan republik

c)

Pertambahan penduduk

d)

Kehidupan beradab

13.

13) Apakah kelompok masyarakat Plebian dalam tamadun Rom?

a)

Raja

b)

Anak Raja

c)

Hamba

d)

Pembesar

14.

14) Mengapakah masyarakat Rom mementingkan aplikasi praktikal dalam sistem pendidikan?

a)

Memperkukuhkan jati diri masyarakat

b)

Membentuk masyarakat cemerlang

c)

Meningkatkan semangat patriotik

d)

Melahirkan rakyat yang mahir dalam pelbagai bidang

15.

15) Apakah sumbangan tokoh-tokoh berikut terhadap Tamadun Rom ?


i) Marco Vitruvius


ii) Marcus Visanius Agrippa

a)

Seni bina

b)

Perubatan

c)

Matematik

d)

Ilmu falsafah

16.

16) Maklumat berikut berkaitan seni bina di Rom.

· Lokasi menjalankan acara gladiator

· Dibina oleh Maharaja Vespian


Apakah binaan tersebut?

a)

Pantheon

b)

Amfiteater

c)

Collosseum

d)

Akueduk

17.

17) Gambar berikut merupakan binaan Tamadun Rom.


Mengapakah puncak binaan tersebut mempunyai ruang terbuka?

a)

Membekalkan bekalan air

b)

Mengatasi masalah banjir

c)

Membolehkan cahaya masuk

d)

Memudahkan pengaliran udara

18.

18) Apakah fungsi akueduk?

a)

Membekalkan air ke kawasan pertanian

b)

Membekalkan air ke rumah kediaman

c)

Lambang keagungan Tamadun Rom

d)

Sebagai tempat beribadat

19.

19) Senarai berikut merupakan binaan Tamadun Rom yang terkemuka di dunia.

· Colosseum

· Pantheon

· Akueduk


Apakah iktibar yang boleh diperoleh daripada kejayaan masyarakat Tamadun Rom?

a)

Kepakaran dalam seni bina

b)

Kekuatan angkatan tentera

c)

Kezaliman sistem pemerintahan

d)

Sistem pendidikan yang terhad

20.

20) Apakah manfaat pembinaan jalan raya kepada masyarakat dalam Tamadun Rom?

a)

Menghubungkan bandar-bandar utama

b)

Untuk tujuan pertanian

c)

Sistem pengangkutan

d)

Kegunaan pelancong