Font size
WorksheetsKUIZ: PAHLAWAN TEMPATAN SEJ. TAHUN 5
Total questions: 21
Worksheet time: 11mins
British mendakwa Naning ialah jajahannya.
Tokoh A menyerang British, namun beliau dikalahkan.
Siapakah Tokoh A yang dimaksudkan?
Mat Salleh
Antenom
Tok Janggut
Dol Said
'SBUB' merujuk kepada ________________ .
Syarikat Bersatu Ummah Berhad
Syarikat Borneo Utama British
Syarikat Borneo Utara British
Syarikat Berani Untuk Bersatu
◆ James Brooke menghapuskan petempatan orang Iban di Nanga Skrang.
◆ James Brooke menganggap orang Iban sebagai lanun.
Tokoh B mengetuai penentangan terhadap James Brooke ini di Nanga Skrang.
Siapakah Tokoh B yang dimaksudkan?
Dato' Maharaja Lela
Yamtuan Antah
Mat Salleh
Rentap
Tandakan (/) maklumat berkaitan Mat Salleh yang betul.
SBUB menjadikan kaum Murut sebagai buruh paksa untuk membina jalan.
SBUB tidak menghiraukan adat dan kepercayaan penduduk dengan menceroboh kawasan hutan yang dianggap mengganggu roh nenek moyang mereka.
Menentang SBUB kerana tidak mengiktiraf kedudukannya sebagai pemerintah di Sandakan, Menggatal, Inanam dan Pulau Gaya.
SBUB mengambil alih hak memungut cukai dan mengadakan peraturan baharu yang membebankan rakyat.
◆ Pada tahun 1915, Tokoh C menyerang dan berjaya menguasai Pasir Puteh.
◆ British menyerang balas Tokoh C yang berkubu di Kampung Dalam Pupuh.
◆ Tokoh C terkorban dalam pertempuran itu.
Tulis dalam ruangan di bawah Tokoh C yang dimaksudkan itu.
(a)
Berikut merupakan maklumat sebenar tentang Antenom KECUALI
Nama sebenar Ontoros bin Buyusan.
Perjuangan beliau diteruskan oleh Mat Sator yang berpusat di Kampung Kapayan Lama, Tambunan.
Dilahirkan pada tahun 1873 di Silar Pinikit Salangit, Ulu Sungai Tahol, Pensiangan, Sabah.
Mengetuai pahlawan Murut untuk menentang SBUB dan membina kubu di Silar Pinikit, Salangit, Ulu Sungai Tahol, Pensiangan.
Tandakan (/) untuk maklumat Haji Abdul Rahman Limbong yang betul.
Nama sebenar beliau ialah Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid.
Beliau dilahirkan pada tahun 1868 dan meninggal dunia pada tahun 1929 di Mekah.
Pada tahun 1922, Haji Abdul Rahman Limbong bertindak sebagai peguam di mahkamah dan berjaya membela petani yang ditangkap kerana menentang peraturan baharu di Kuala Telemong.
Beliau bersetuju mengambil tanggungjawab untuk membunuh Residen British, iaitu J.W.W. Birch di Sungai Perak, Pasir Salak pada September 1875.
Tandakan (/) bagi tokoh-tokoh pahlawan tempat di negara kita.
Malcom X
Mat Salleh
Nelson Mandela
Rentap
✿ Menentang kerana James Brooke menguasai Sarikei.
✿ Tokoh D menyerang kubu Brooke di Kanowit.
Tokoh D merujuk kepada _______________ .
Tok Janggut
Dol Said
Sharif Masahor
Rentap
Peta di atas menunjukkan salah satu wilayah yang dikuasai oleh British melalui SBUB.
Nyatakan nama wilayah tersebut setelah diberi kemerdekaan bersama Tanah Melayu (Malaya)?
Sarawak
Singapura
Brunei
Sabah
Pejuang tempatan bernama Dato' Maharaja Lela dikaitkan dengan negeri
Johor
Perak
Selangor
Pahang
Dol Said menentang pihak British bagi mempertahankan kedaulatan
Muar
Sungai Ujong
Naning
Seri Menanti
Di manakah Tok Janggut telah terkorban dalam pertempuran dengan pihak British?
Pasir Salak
Kampung Saring
Jeram Ampai
Seri Menanti
Antara yang berikut, tokoh manakah yang tidak menentang British di Pahang?
Tok Janggut
Tok Gajah
Dato' Bahaman
Mat Kilau
Di manakah lokasi kubu James Brooke yang telah diserang oleh Rentap?
Bukit Sadok
Pensiangan
Nanga Skrang
Sungai Selangit
Padanan manakah yang salah?
Dol Said - Naning
Tok Janggut - Pasir Putih
Dato' Maharaja Lela - Pasir Salak
Yamtuan Antah - Sungai Selangit
Pernyataan manakah yang tidak benar mengenai Tok Janggut?
Tok Janggut menentang British disebabkan cukai dan peraturan tanah
Pada tahun 1915, Tok Janggut telah menyerang Pasir Puteh
Pihak British bertindak menyerang Tok Janggut yang berkubu di Kampung Saring
Beliau dijatuhi hukuman buang negeri ke Mekah
Beliau menentang penjajahan British di Kuala Berang, Terengganu.
Antanom
Mat Salleh
Yamtuan Antah
Haji Abdul Rahman Limbong
Beliau menentang penjajahan British di Kelantan.
Dol Said
Tok Janggut
Sharif Masahor
Dato' Bahaman
Beliau seorang Iban yang menentang penjajahan British di Sarawak.
Antanom
Rentap
Mat Salleh
Sharif Masahor
Tokoh manakah yang terlibat menentang James Brooke?
Rentap
Dato' Maharaja Lela
Sharif Masahor
Mat Salleh
