wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan Pengesanan PBD Secara Dalam Talian Geografi T2

Total questions: 40

Worksheet time: 3600secs

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan skala?

a)

Nisbah jarak di atas peta yang mewakili jarak sebenar di atas permukaan bumi

b)

Ukuran jauh di antara satu tempat dengan tempat yang lain

c)

Menunjukkan keadaan muka bumi sesuatu kawasan

2.

Antara berikut, yang manakah merupakan jenis-jenis skala?

a)

Pecahan wakilan

b)

Skala lurus

c)

Jarak mutlak

d)

Jarak relatif

3.

Tukarkan skala penyata di bawah kepada pecahan wakilan.


'1 cm di atas peta mewakili 2 km di atas permukaan bumi'

a)

1 : 200 000

b)

1 : 20 000

c)

1 : 2 000

d)

1 : 200

4.

Jarak mutlak dinyatakan dalam unit seperti ............. dan ............. .

a)

meter (m)

b)

kilometer (km)

c)

masa

d)

kos

5.

Jarak relatif adalah berdasarkan ................ dan ................ .

a)

Kos

b)

Masa

c)

Meter (m)

d)

Kilometer (km)

6.

Alatan yang sesuai digunakan untuk mengukur jarak melengkung adalah seperti .................... .

a)

pembaris

b)

jangka tolok

c)

benang putih

d)

Jalur kertas

7.

Waktu persekolahan bagi sesi pagi bermula pada jam 7.25 pagi. Andaikan Karthik berbasikal dengan kelajuan 6 minit bagi setiap satu kilometer. Pada pukul berapakah Karthik perlu bertolak dari rumahnya untuk sampai ke sekolah sekiranya jarak dari rumah Karthik ke sekolah adalah 3 kilometer.

a)

7.10 pagi

b)

7.09 pagi

c)

7.07 pagi

d)

7.05 pagi

8.

Apakah yang dimaksudkan dengan Peta Topografi?

a)

Nisbah jarak di atas peta yang mewakili jarak sebenar di atas permukaan bumi

b)

Ukuran jauh di antara satu tempat dengan tempat yang lain

c)

Menunjukkan keadaan muka bumi sesuatu kawasan

9.

Nyatakan saling kaitan pandang darat fizikal dan pandang darat budaya yang betul.

a)

Tanah pamah - Pembinaan empangan

b)

Saliran - Petempatan

c)

Tanah Tinggi - Pelancongan

d)

Pinggir laut - Kemudahan sosial

10.

Pergerakan bumi dalam sistem suria berlaku melalui dua cara, iaitu

a)

putaran bumi pada paksinya

b)

putaran bumi mengeliling bulan

c)

peredaran bumi dan matahari mengikut orbit

d)

peredaran bumi mengelilingi matahari mengikut orbitnya

11.

Rajah menunjukkan pergerakan bumi dalam sistem suria. Yang manakah menunjukkan peredaran bumi?

a)

P

b)

Q

c)

R

d)

S

12.

Rajah menunjukkan pergerakan bumi pada paksinya. Apakah kesan pergerakan bumi tersebut terhadap cuaca dan iklim?

a)

Kejadian pasang surut

b)

Kejadian siang dan malam

c)

Fenomena gerhana matahari

d)

Kedudukan matahari tengah hari berubah-ubah

13.

Antara berikut, pernyataan yang manakah benar tentang putaran bumi?

a)

Putaran bumi adalah arah timur ke barat

b)

Putaran bumi adalah mengikut arah pusingan jam

c)

Bumi mengambil masa selama 24 bulan untuk melengkapkan satu putaran

d)

Bumi berputar pada paksinya yang berkecondongan 23½° pada satah tegak

14.

Rajah menunjukkan salah satu kesan putaran bumi pada paksinya. Bahagian bumi yang menghadap matahari akan mengalami ........

a)

waktu siang

b)

musim panas

c)

gerhana matahari

d)

waktu siang 24 jam

15.

Pernyataan berikut menunjukkan perbezaan waktu di ibu kota 2 buah negara pada hari yang sama.


' Kuala Lumpur - Jumaat, 28 Feb 2020 - 5.15 petang'


'London - Jumaat, 28 Feb 2020 - 9.15 pagi'


Mengapakah perbezaan ini wujud?

a)

Kesan putaran bumi dari barat ke timur

b)

Kesan pemesongan arah tiupan angin lazim

c)

Kesan peredaran bumi mengelilingi matahari

d)

Kesan tarikan graviti antara bumi dengan bulan

16.

Perbezaan waktu tempatan di antara bandar raya Kuala Lumpur dengan Los Angeles ialah 16 jam. Andaikan Amin, seorang murid tingkatan 2 yang berada di Kuala Lumpur sedang menikmati makan malam pada jam 8.00 malam bersama keluarganya pada Isnin 2 Mac 2020. Apakah aktiviti yang mungkin sedang dilakukan ketika itu oleh rakan sebayanya, Wilson yang tinggal di Los Angeles?

a)

Sedang beriadah

b)

Sedang tidur nyenyak

c)

Sedang belajar di dalam kelas

d)

Sedang menikmati makan malam

17.

Rajah menunjukkan fenomena pasang surut. Kawasan yang manakah akan mengalami peningkatan aras air laut?

a)

A dan B

b)

A dan C

c)

B dan C

d)

B dan D

18.

Rajah di atas menunjukkan peredaran bumi mengelilingi matahari. Apakah kesan pergerakan bumi tersebut?

a)

Fenomena gerhana

b)

Kejadian pasang surut

c)

Kejadian siang dan malam

d)

Kejadian fenomena ekuinoks dan solstis

19.

Apakah fenomena yang berlaku apabila matahari tengah hari tegak di Garisan Khatulistiwa pada 23 september?

a)

Solstis musim sejuk

b)

Solstis musim panas

c)

Ekuinoks musim luruh

d)

Ekuinoks musim panas

20.

Rajah menunjukkan kejadian empat musim. Antara berikut yang manakah benar tentang fenomena di atas?

a)

P : Berlaku pada 21 Jun

b)

Q : Matahari tengah hari tegak di Garisan Sartan

c)

R : Hemisfera selatan mengalami musim bunga

d)

S : Kutub Selatan mengalami 24 jam malam

21.

Antara berikut, yang manakah boleh dikaitkan dengan ciri-ciri iklim khatulistiwa?

a)

Panas dan lembap sepanjang tahun

b)

Min suhu tahunan tinggi iaitu 27°c

c)

Suhu rendah dan tidak sekata sepanjang tahun

d)

Jumlah hujan tahunan kurang daripada 2 600 mm setahun

22.

Apakah jenis hujan yang lazimnya turun pada lewat petang sertai disertai dengan kilat dan petir?

a)

Hujan bukit

b)

Hujan perolakan

c)

Hujan cerun bukit

d)

Hujan Kumulonimbus

23.

Peta menunjukkan pembentukan angin monsun. Apakah ciri-ciri angin tersebut?

a)

Berasal dari Benua Asia

b)

Merentasi Laut China Selatan

c)

Membawa hujan sederhana lebat ke Malaysia

d)

Bertiup dari pertengahan Mei hingga akhir September

24.

Foto menunjukkan satu hasil tanaman. Apakah ciri-ciri iklim yang sesuai untuk tanaman tersebut?

a)

Jumlah hujan yang banyak

b)

Suhu antara 18°c hingga 21°c

c)

Panas dan lembap sepanjang tahun

d)

Terletak di kawasan lindungan hujan

25.

Foto menunjukkan aktiviti nelayan di pantai timur Semenanjung Malaysia ketika musim tertentu. Mengapakah nelayan tidak dapat turun ke laut pada musim tersebut?

a)

Keadaan Laut China Selatan bergelora

b)

Hasil tangkapan kurang pada musim tersebut

c)

Angin Monsun Barat Daya sedang melanda pantai timur

d)

Nelayan Pantai Timur ingin berehat pada musim tersebut

26.

Fenomena yang ditunjukkan dalam rajah terhasil akibat kegiatan manusia. Apakah kesan fenomena tersebut?

a)

Meningkatkan suhu bumi

b)

Menghakis dinding bangunan

c)

Menjejaskan aktiviti pengangkutan

d)

Menyebabkan kepupusan hidupan akuatik

27.

Apakah punca yang menyebabkan keadaan di bawah berlaku?


' suhu tinggi di pusat bandar'


'keselesaan penduduk terjejas'

a)

Kegiatan pembalakan

b)

Letusan gunung berapi

c)

Pembinaan bangunan konkrit

d)

Kekurangan tumbuh-tumbuhan

28.

Apakah fenomena yang terjadi kesan daripada kegiatan manusia berikut?


'Pembakaran hutan'


'Pembakaran bahan api fosil'

a)

Jerebu

b)

Hujan asid

c)

Pulau Haba

d)

Kesan rumah hijau

29.

Bagaimanakah fenomena jerebu boleh menjejaskan aktiviti pengangkutan?

a)

Melunturkan cat kenderaan

b)

Mengancam kesihatan manusia

c)

Mengurangkan jarak penglihatan

d)

Mengganggu habitat hidupan akuatik

30.

Antara berikut, yang manakah kesan fenomena El Nino terhadap cuaca dan iklim di Malaysia?

a)

Kemarau

b)

Krisis air

c)

Kejadian banjir besar

d)

Hujan lebat luar biasa

31.

Peta menunjukkan jaringan pengangkutan darat. Apakah kepentingan pembinaan jaringan pengangkutan P ke Q tersebut?

a)

Membangunkan sektor pelancongan

b)

Mengurangkan kesesakan jalan raya

c)

Mempercepat dan memudahkan perjalanan

d)

Menggalakkan pembangunan kawasan setempat

32.

Apakah jenis pengangkutan awam yang memerlukan anda membuat pesanan terlebih dahulu melalui telefon pintar sebelum anda menaikinya?

a)

Perkhidmatan teksi

b)

Perkhidmatan e-hailing

c)

Perkhidmatan monorel

d)

Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT)

33.

Foto menunjukkan jaringan pengangkutan darat di Malaysia. Apakah faktor yang menggalakkan pembinaan jaringan pengangkutan tersebut?

a)

Penduduk yang padat

b)

Kawasan tanah pamah

c)

Pusat kegiatan ekonomi

d)

Terdapat sumber bahan mentah

34.

Foto menunjukkan sejenis alat pengangkutan. Apakah kepentingan alat pengangkutan tersebut kepada pembangunan sosial Malaysia?

a)

Menjimatkan masa perjalanan

b)

Menggalakkan pelaburan asing

c)

Menggalakkan integrasi nasional

d)

Meningkatkan nilai eksport negara

35.

Foto menunjukkan pengangkutan rel bersepadu di Kuala Lumpur. Apakah kepentingan sistem pengangkutan tersebut?

a)

Mengurangkan pencemaran udara

b)

Mengurangkan kesesakan lalu lintas

c)

Membawa penumpang dan barangan

d)

Menghubungkan kawasan pedalaman dengan bandar

36.

Foto menunjukkan kenderaan yang berkonsepkan pengangkutan lestari. Apakah kepentingan penggunaan kenderaan tersebut?

a)

Mengelakkan kesesakan lalu lintas

b)

Memendekkan masa perjalanan yang jauh

c)

Meminimumkan hakisan serta kemusnahan flora dan fauna

d)

Memelihara alam sekitar dengan mengurangkan pembebasan gas karbon monoksida

37.

Apakah perkhidmatan telekomunikasi yang boleh dikaitkan dengan maklumat berikut?


'Mewujudkan kedai atas talian'


"Meluaskan pasaran produk'

a)

e-dagang

b)

e-kerajaan

c)

e-perbankan

d)

e-pendidikan

38.

Apakah sumbangan telekomunikasi kepada pembangunan Malaysia?

a)

Meningkatkan taraf hidup penduduk

b)

Mengurangkan kos sara hidup penduduk

c)

Menyelesaikan permasalahan ekonomi negara

d)

Memajukan sektor perniagaan dan perdagangan negara

39.

Apakah langkah yang perlu diambil untuk melindungi diri anda daripada menjadi mangsa jenayah siber?

a)

Sentiasa melayari media sosial

b)

Berkomunikasi secara berhemah

c)

Menghargai hasil karya orang lain

d)

Tidak mendedahkan hal-hal peribadi kepada umum

40.

Antara berikut, yang manakah etika penggunaan alat telekomunikasi yang betul?

a)

Mengubah suai kandungan maklumat yang diperoleh

b)

Menyekat sistem komunikasi orang yang tidak disenangi

c)

Mengenal pasti kesahihan maklumat sebelum menyebarkannya

d)

Menyentuh isu-isu yang sensitif dan menyinggung perasaan