wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kimia T4 [Bab 4: Jadual Berkala Unsur]

Total questions: 13

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, yang manakah betul mengenai perubahan sifat unsur merentasi kala dalam Jadual Berkala Unsur?

a)

Jejari atom meningkat

b)

Jisim atom relatif berkurang

c)

Bilangan proton dalam setiap atom meningkat

d)

Bilangan elektron valens dalam setiap atom berkurang

2.

Apakah yang dimaksudkan dengan keelektronegatifan?

a)

Keupayaan ion untuk menerima elektron

b)

Keupayaan ion untuk membebaskan elektron

c)

Keupayaan atom untuk membebaskan elektron

d)

Keupayaan atom untuk menerima elektron

3.

Jadual menunjukkan nombor proton bagi unsur W, X, Y dan Z. Susunan manakah menunjukkan saiz atom unsur-unsur dalam tertib menaik?

a)

Z, Y, X, W

b)

W, X. Y, Z

c)

X, W, Z, Y

d)

Y, Z, W, X

4.

Maklumat berikut adalah mengenai atom Q dan atom P. Rajah manakah yang menunjukkan susunan elektron bagi atom Q?

a)
b)
c)
d)
5.

Persamaan kimia manakah yang mewakili tindak balas antara logam natrium dan gas oksigen?

a)

Na + O2 → NaO2

b)

Na + O2 → Na2O

c)

2Na + O2 → Na2O

d)

4Na + O2 → 2Na2O

6.

Y terletak dalam kumpulan yang sama degan argon dalam Jadual Berkala Unsur. Antara yang berikut, pilih DUA ciri bagi Y.

a)

Zarah monoatom

b)

Cecair pada suhu bilik

c)

Mengkonduksi elektrik

d)

Lengai secara kimia

7.

Antara berikut, yang manakah adalah satu gas monoatom?

a)

Oksigen

b)

Fluorin

c)

Helium

d)

Nitrogen

8.

Suatu oksida unsur X larut dalam air untuk menghasilkan suatu larutan. Penunjuk fenolftalein bertukar daripada tidak berwarna menjadi merah jambu apabila ia dititiskan ke dalam larutan itu. Apakah X?

a)

Karbon

b)

Sulfur

c)

Natrium

d)

Kuprum

9.

Rajah menunjukkan kaedah menyimpan satu unsur. Antara yang berikut, yang manakah merupakan sebab kaedah ini digunakan?

a)

Untuk mengelakkan daripada tindak balas dengan cahaya matahari

b)

Unsur itu adalah toksik

c)

Unsur itu adalah reaktif dan mudah meruap

d)

Untuk mengelakkan tindak balas dengan oksigen dalam udara

10.

Unsur Y terletak dalam kumpulan yang sama dengan klorin dalam Jadual Berkala Unsur. Antara yang berikut, yang manakah betul tentang Y?

a)

Membentuk ion Y+

b)

Membentuk oksida bes

c)

Wujud sebagai monoatom

d)

Mempunyai tujuh elektron valens

11.

Ciri manakah yang betul tentang unsur-unsur dalam Kumpulan 17 dalam Jadual Berkala Unsur apabila menuruni kumpulan?

a)

Kereaktifan bertambah

b)

Keamatan warna berkurang

c)

Kecenderungan menerima elektron berkurang

d)

Keadaan fizikal berubah daripada cecair kepada gas

12.

Jadual menunjukkan tiga atom bagi unsur dan susunan elektron masing-masing. Huruf yang digunakan bukan simbol sebenar bagi unsur itu.

Antara yang berikut, yang manakah betul tentang ketiga-tiga unsur itu mengikut urutan P, Q dan R?

a)

Jejari atom berkurang

b)

Takat lebur bertambah

c)

Sifat kelogaman bertambah

d)

Kelektronegatifan berkurang

13.

Unsur yang manakah boleh membentuk sebatian berwarna? Pilih DUA.

a)

Zink

b)

Plumbum

c)

Ferum

d)

Kuprum