wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Bab 4 (MALAYAN uNION) Tingkatan 4

Total questions: 23

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Apakah tujuan British Military Administration (BMA) dihantar ke Tanah Melayu pada September 1945?

a)

Menjadi asas sistem pentadbiran

b)

Menguatkuasakan undang-undang

c)

Melatih pegawai perkhidmatan awam

d)

Mengembalikan kesatabilan dan keamanan

2.

British Military

Administration (BMA) di Tanah Melayu merupakan pentadbiran tentera yang

diletakkan di bawah arahan

a)

Lord Mountbatten

b)

George Henry Hall

c)

Mejar Jeneral Ralph Hone

d)

Brigedier Jeneral H.C. Willan

3.

Jadual berikut menerangkan Pentadbiran Tentera

British di Tanah Melayu.

Pentadbiran Tentera British

September 1945 - Mac 1946

Ketua Sir Ralp Hone

Apakah tugas British Military Administration (BMA)?

I. mengembalikan kestabilan

II.menjimatkan perbelanjaan

III. Memberi latihan kepimpinan

IV. memulihkan kepercayaan rakyat.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

4.

Apakah nilai yang boleh dijadikan iktibar daripada kegagalan BMA memulihkan sosioekonomi semasa pendudukan Jepun di negara kita?

a)

Sikap berwaspada

b)

Perpaduan kaum

c)

bekerjasama

d)

Bersatu hati

5.

Apakah muslihat British melaksanakan Malayan Union bagi menggantikan BMA di Tanah Melayu?

a)

Menyekat pengaruh dan campur tangan luar

b)

Mendapatkan sokongan penduduk tempatan

c)

Mengurangkan kemasukan orang dagang

d)

Meningkatkan pelaburan ekonomi

6.

Malayan Union memperkenalkan prinsip kerakyatan Jus soli.

Kerayatan Jus soli berdasarkan

a)

bangsa

b)

ibu bapa

c)

tempat lahir

d)

negara asal

7.

Apakah kesannya terhadap raja-raja Melayu sekiranya Malayan Union dilaksanakan?

a)

Menjadi ketua pentadbir negeri

b)

Kesetiaan rakyat kepada Raja hilang

c)

Hanya menjadi Ahli Majlis Raja-raja sahaja

d)

Hilang kuasa ke atas adat istiadat

8.

Siapakah yang mengetuai pentadbiran Malayan Union

a)

Gabenor

b)

Majlis Eksekutif

c)

Raja-raja Melayu

d)

Majlis Perundangan

9.

Malayan Union memperkenalkan prinsip kerakyatan jus soli. Apakah kesan sekiranya ia dilaksanakan?

a)

Pertahanan negara mantap

b)

Komposisi penduduk seimbang

c)

Kedudukan peribumi terancam

d)

Pengaruh golongan radikal berkurangan

10.

Siapakah pegawai British yang dihantar menghadap Raja-raja Melayu untuk meninjau sokongan Raja-raja Melayu terhadap British?

a)

Sir Harold MacMichael

b)

Lord Mountbatten

c)

Sir Edward Gent

d)

H.C. Willan

11.

Bagaimanakah Harold MacMichael mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu bagi melaksanakan Malayan Union?

I. Membuat desakan

II. Mewujudkan imuniti

III. Mengekalkan gelaran

IV. Mengunakan paksaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

12.

Sultan Kelantan yang terpaksa beralah dan bersetuju menandatangani perjanjian M. Union ialah

a)

Sultan Ismail Nasiruddin Shah

b)

Tuanku Syed Putra Jarnalullail

c)

Sultan Abdul Aziz Almustasim Billah Shah

d)

Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Muhammad

13.

Mengapakah Raja-raja Melayu menentang perlaksanaan Malayan Union?

a)

Syarat kerakyatan yang ketat

b)

Pengagihan kuasa ditamatkan

c)

Penjajahan mutlak British

d)

Hak istimewa terjamin

14.

Apakah bentuk tentangan Raja-raja terhadap perlaksanaan Malayan Union?

I Mengadakan demontrasi

II Menggunakan akhbar

III Mengutus surat bantahan

IV Membawa kes ke mahkamah

London

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

15.

Tuan rumah Kongres Melayu Pertama yang menunjukkan kesungguhan orang Melayu rnenolak Malayan Union ialah

a)

Persatuan Melayu Perak

b)

Persatuan Melayu Selangor

c)

Persatuan Melayu P.Pinang

d)

Persatuan Melayu N.Sembilan

16.

Apakah peranan akhbar Utusan Melayu, Majlis dan Warta Negara semasa Malayan Union diperkenalkan?

a)

Menyuarakan bantahan keras

b)

Menganjurkan pertubuhan politik

c)

Menyebarkan ideologi demokrasi

d)

Memulaukan upacara perlantikan gabenor

17.

Siapakah Pemimpin Melayu Johor yang membantah usaha British untuk terus menjajah Tanah Melayu?

a)

Dato' Onn Jaafar

b)

Dato' Hamzah Abdullah

c)

Dato' Abdul Wahab Abdul Aziz

d)

Dato' Abdul Rahman Mohammad Yassin

18.

Cikgu Zahara Abdullah, Halimahton Abd Majid dan Datin Putih Mariah telah berjasa kepada bangsa dan negara kita Malaysia. Apakah jasa mereka?

a)

Menggubal perlembagaan UMNO

b)

Membantah perlaksaaan Malayan Union

c)

Menyertai Rombongan Merdeka

d)

Menentang pendudukan Jepun

19.

Antara bekas pegawai tadbir British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu turut mengkritik keseluruhan rancangan Malayan Union ialah

I.Harold Macmichael

II. Frank Swettenham

III. Richard Winstedt

IV. Edward Gent

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

20.

Mengapakah Demontrasi Mengecam Sir Harold Mac Michael berlaku di Alor Setar dan Kota Bahru?

a)

Menentang perlaksanaan Malayan Union

b)

Menolak Persekutuan Tanah Melayu

c)

Membantah keganasan komunis

d)

Menghalang kemasukan imigran

21.

Apakah resolusi Kongres Melayu yang diadakan di Bangunan Kelab Sultan Sulaiman. Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 1 Mac 1946 - 4 Mac 1946

a)

Menyeru orang Melayu berkabung

b)

Mengadakan tunjuk perasaan

c)

Mengadakan demontrasi

d)

Penubuhan UMNO

22.

Berikut adalah slogan pada sepanduk yang digunakan semasa bantahan besar-besaran yang dianjurkan oleh UMNO

"Kami Berkehendak Naungan, Bukan Penaklukan". “Jangan Kecewakan Kami”.

Dimanakah bantahan tersebut diadakan?

a)

Ipoh, Perak

b)

Klang, Selangor

c)

Alor Setar, Kedah

d)

Seremban, Negeri Sembilan

23.

Tokoh yang membuat laporan kepada Pejabat Tanah Jajahan bahawa sultan yang menandatangani Perianjian Malayan Union tidak menyedari akibat daripada perjanjian tersebut ialah

I. Frederick Weld

II. L.D. Gammans

III. David Rees Williams

IV. Cecil Clementi Smith

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV