Font size
WorksheetsPengenalan kepada perakaunan
Total questions: 60
Worksheet time: 3600secs
Apakah subbidang perakaunan yang melibatkan proses penyediaan penyata kewangan?
percukaian
pengauditan
perakunan kewangan
perakunan pengurusan
1.Apakah proses yang menunjukkan turutan tatacara perakaunan yang berlaku dalam satu tempoh perakaunan?
Sistem perakaunan
Prinsip perakaunan
Konsep perakaunan
Kitaran perakaunan
2.Apakah tujuan Malaysian Accounting Standard Board (MASB) ditubuhkan?
Merancang pelaksanaan sistem rekod perakaunan
Menentukan amalan sistem perakaunan sesebuah perniagaan
Menetapkan piawaian laporan kewangan bagi firma perniagaan
Merangka aktiviti badan-badan korporat dalam bidang perniagaan
Profesion perakaunan di Malaysia dikawal oleh
Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia
( MICPA )
Charted Institue of Management Accountants
( CIMA )
Association of Certified Charted Accountants
( ACCA )
Institut Akauntan Malaysia ( MIA )
5. Penyata Kewangan terdiri daripada ....
Imbangan Duga
Akaun Perdagangan dan Untung Rugi
Penyata Kedudukan Kewangan
10. Pengguna luaran Penyata Kewangan terdiri daripada ...
Pemilik
Pekerja
Bank
Kerajaan
Pelabur
Apakah yang dimaksudkan dengan kos manfaat?
Jangkaan kos yang akan diperolehi dan jangkaan pendapatan yang akan diperolehi
Kos yang akan memberi manfaat kepada perniagaan
Jangkaan pendapatan yang akan diperolehi daripada kos yang dikeluarkan untuk sesuatu projek
Marissa memulakan perniagaan pada 1 Jun 2020 dan tempoh perakaunannya adalah selama setahun. Nyatakan tajuk penyata kewangan yang tepat.
Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 30 Mei 2021
Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Mei 2021
Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 30 Mei 2022
Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Mei 2022
Komisen yang masih belum diterima pada akhir tempoh perakaunan perlu diselaraskan dalam Akaun Komisen sebelum untung bersih dapat ditentukan.
Berdasarkan kepada situasi di atas, apakah prinsip perakaunan yang perlu dipatuhi?
Ketekalan
Prinsip kos
Entiti berasingan
Pengiktirafan hasil dan belanja
Maklumat yang diperolehi daripada penyata kewangan mestilah bebas daripada sebarang kesilapan dan campur tangan individu tertentu.
Nyatakan ciri kualitatif bagi pernyataan di atas
Kerelevanan
Kebolehpercayaan
Kebolehbandingan
Kebolehsahan
Pada tahun 2010, pemilik telah membeli lot kedai bernilai RM 80 000. Pada tahun 2021, nilai lot kedai itu telah meningkat sebanyak RM 600 000. Pemilik telah memutuskan hanya mengambil kira harga kos dalam merekod di dalam penyata kewangan.
Pernyataan berikut adalah
Wang sebagai ukuran
Tempoh perakaunan
Prinsip kos
Ketekalan
Siapakah pengguna dalaman Penyata Kewangan.
Ahli Lembaga Pengarah
Firma pengauditan
Lembaga Hasil Dalam Negeri
Bank Negara
En Amir merekodkan yuran tuisyen anaknya berjumlah RM150 ke dalam buku akaun perniagaan
Apakah konsep perakaunan yang beliau gagal patuhi?
Usaha berterusan
Wang sebagai ukuran
Entiti berasingan
Ketekalan
Pernyataan manakah menerangkan ciri yang betul bagi Klinik Dr Rama dan Rakan-rakan?
Liabiliti tidak terhad
Bilangan minimum ahli 50 orang
Agihan keuntungan dalam bentuk dividen
Sumber modal daripada penjualan saham
Komponen Jualan bersih terdiri dari
Belanja am
Pulangan Masuk
Inventori Awal
Pulangan keluar
Komponen kos jualan terdiri dari ....
Sewa dan jualan
Belian dan angkutan masuk
Insurans dan inventori awal
Pulangan masuk dan kadar bayaran
Item berikut terdapat dalam komponen aset semasa.
Premis
Kenderaan
Akaun belum terima
Akaun belum bayar
Manakah butiran berikut merupakan hasil operasi bagi sebuah syarikat automotif?
Jualan pelbagai jenis kenderaan
Sewa diterima
Untung atas pelupusan van syarikat
dividen atas pelaburan
Rajah menunjukkan pengkelasan aset.
Apakah X ?
Mesin, Akaun belum bayar dan Kenderaan
Akaun belum bayar, Overdraf dan tunai
Tunai, Mesin dan Akaun belum bayar
Premis, Alatan pejabat dan Lengkapan
Urus niaga manakah yang akan menambahkan ekuiti pemilik?
Menerima diskaun RM320
Membayar sewa kedai RM1500
Membeli perabot secara kredit
Mengambil barang niaga untuk kegunaan sendiri
Catatan kontra bagi Modal ialah ....
Ambilan
Diskaun diberi
Diskaun diterima
Pulangan jualan
Berdasarkan kod tersebut, berikan kod yang sesuai untuk Akaun hutang lapuk.
2014
3015
4011
5012
Berdasarkan jadual, akaun yang sesuai bagi kod 4312 ialah ...
Gaji
Perabot
Inventori awal
Komisen diterima
Komponen Penyata Pendapatan terdiri daripada ...
I Aset
II Hasil
III Belanja
IV Ekuiti pemilik
I dan II
I dan III
II dan III
III dan IV
Apakah item yang akan menambahkan kos belian?
I Diskaun diberi
II Upah atas belian
III Pulangan belian
IV Duti import
I dan II
II dan III
II dan IV
III dan IV
Pelanggan memulangkan barang sebanyak RM 100. Apakah kesan urusniaga tersebut terhadap persamaan perakaunan?
I Inventori bertambah RM 100
II Inventori berkurang RM 100
III Akaun belum bayar berkurang RM 100
IV Akaun belum terima berkurang RM 100
I dan III
I dan IV
II dan III
III dan IV
Semua persamaan perakaunan berikut adalah betul kecuali.
Aset = Liabiliti + Modal
Aset = Liabiliti + Modal + Untung Bersih
Aset = Liabiliti + Modal - Rugi Bersih
Aset = Liabiliti + Modal + Ambilan
Apakah catatan kontra bagi Aset Bukan Semasa?
Ambilan
Pulangan Belian
Peruntukan Hutang Ragu
Susut Nilai Terkumpul
Berapakah modal perniagaan?
RM69 350
RM30 650
RM50 000
RM19 350
Apakah yang dimaksudkan dengan Akaun Belum Terima ?
Peniaga yang masih berhutang kepada pelanggan
Peniaga menjual barang secara hutang dan masih belum menerima wang daripada orang yang berhutang dengannya.
Pembekal masih belum menerima wang daripada orang yang berhutang dengannya
Peniaga membeli barang secara hutang dan masih belum menerima wang daripadanya
Komponen manakah yang benar?
Aset, Belanja = Kredit
Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemlik = Debit
Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil = Kredit
Belanja, Ekuiti Pemilik, Hasil = Kredit
Belian barang niaga secara kredit RM900. Apakah kesan terhadap urus niaga tersebut.
Inventori bertambah, Akaun Belum Terima bertambah.
Inventori bertambah, Akaun Belum Bayar bertambah.
Inventori bertambah, Akaun Belum Bayar berkurang.
Inventori berkurang , Akaun Belum Bayar bertambah.
MENERIMA DUA KEPING CEK BERJUMLAHG RM1200 DARIPADA AKAUN BELUM TERIMA
RM1200 AKAUN BELUM TERIMA, RM1200 BANK
(RM1200) AKAUN BELUM TERIMA, RM1200 BANK
(RM1200) AKAUN BELUM TERIMA, (RM1200) BANK
RM1200 AKAUN BELUM TERIMA, (RM1200) BANK
SEKEPING CEK BERNILAI RM250 YANG DITERIMA DARIPADA AKAUN BELUM TERIMA TIDAK DILAYAN OLEH BANK
RM250 AKAUN BELUM TERIMA, (RM250) BANK
RM250 AKAUN BELUM BAYAR, (RM250) BANK
(RM250) AKAUN BELUM TERIMA, (RM250) BANK
(RM250) AKAUN BELUM BAYAR, (RM250) BANK
I Sumber maklumat perakaunan
II Rujukan kepada pemegang-pemegang saham
III Memberi maklumat tentang sesuatu urus niaga
IV Mengingatkan peniaga tentang hutang urus niaga
I Makluman Debit
II Nota Kredit
III Nota Debit
IV Resit
Pada 30 Julai 2019, Puan Sue membeli barang niaga berharga RM600 secara kredit dengan syarat
15% 10 hari; 10% 15 hari.
Berapakah jumlah hutang yang perlu dibayar pada 10 Ogos 2019?
RM450
RM510
RM540
RM600
Apakah tujuan diskaun niaga diberikan?
Menggalakkan pelanggan membeli secara tunai
Mendorong pelanggan membeli barang secara pukal
Mengelakkan berlaku hutang lapuk dalam perniagaan
Meningkatkan jualan kerana diberikan kepada semua pelanggan
Bajrai Enterprise menjalankan urus niaga secara kredit dengan Syarikat Melor.
Aliran dokumen manakah yang berlaku dalam urus niaga tersebut?
A Katalog ---► Invois ---► Borang Pesanan ---► Resit
B Borang Pesanan ---► Invois ---► Katalog ---► Resit
C Borang Pesanan ---► Katalog ---► Resit ---► Invois
D Katalog ---► Borang Pesanan ---► Invois ---► Resit
A
B
C
D
Maklumat berikut diambil daripada perniagaan Amin Enterprise.
Pemilik menghantar dokumen kepada pelanggannya untuk mengenakan bayaran tambahan bagi pengangkutan.
Apakah dokumen tersebut?
Nota debit
Nota kredit
Makluman debit
Makluman kredit
Pengurus mengambil alat penghawa dingin untuk di pasang di pejabat kedai. Apakah dokumen yang digunakan?
Resit
Bil Tunai
Memo
Nota Debit
Pihak Bank Prihatin Berhad telah menghantar makluman debit kepada Perniagaan Nab. Urusniaga manakah yang berkaitan dengan situasi tersebut?
Pindahan kredit
Faedah atas simpanan
Dividen atas pelaburan
Arahan tetap bayaran insurans
Apakah dokumen dalaman yang dikeluarkan sebagai bukti pembayaran gaji kepada pekerja telah dibuat?
Bil tunai
Baucar pembayaran
baucar tunai runcit
Slip bank
Apakah yang dimaksudkan dengan syarat "Serahan: Angkutan dibayar" dalam invois?
Kos pengangkutan barangan ditanggung oleh pembeli
Kos pengangkutan barangan ditanggung oleh pembekal
Kos pengangkutan barangan ditanggung oleh pengilang
Kos pengangkutan barangan ditanggung oleh syarikat pengangkutan
Apakah fungsi folio pelanggan?
Memberitahu pelanggan bahawa akaunnya telah dikreditkan
Memberitahu pelanggan bahawa akaunnya telah didebitkan
Menyenarai barang yang telah dibeli oleh pelanggan
Menyenaraikan perkhidmatan yang telah diberikan kepada pelanggan dan rekod pembayaran pelanggan
Encik Zaki telah mengeluarkan wang sebanyak RM 1200 daripada sebuah mesin ATM di Bank BBM Berhad. Apakah dokumen yang diterima oleh Encik Zaki?
Slip bank
Slip transaksi perbankan elektronik
Slip daftar tunai
Slip perbankan atas talian
Apakah dokumen yang tidak terlibat bagi urus niaga secara tunai?
Invois
Tunai
Cek
Bil Tunai
Berikut adalah dokumen bukan sumber kecuali
Penyata bank
Memo
Nota serahan
Pesanan belian
Berikut merupakan jenis buku catatan pertama, kecuali
jurnal am
jurnal khas
buku tunai
lejar
Ambilan barang niaga oleh pemilik untuk kegunaan sendiri direkodkan ke dalam Jurnal Am.
Betul
Salah
Ambilan barang niaga untuk tujuan promosi perlu direkodkan ke dalam
Jurnal am
Jurnal khas
Buku tunai
Buku tunai runcit
Kedai Perabot Zabki menjual van terpakai secara kredit kepada Makmur Katering. Buku Catatan Pertama manakah yang digunakan untuk merekod urus niaga tersebut?
Jurnal Jualan
Jurnal Penerimaan Tunai
Jurnal Am
Jurnal Pulangan Jualan
Urus niaga berikut yang manakah tidak direkodkan di dalam Jurnal Am?
Membeli perabot secara kredit
Pulangan barang niaga rosak kepada pembekal
Ambilan barang niaga untuk kegunaan peribadi
Menjual kenderaan terpakai kepada Encik Sam secara kredit
"Pemilik telah memindahkan tunai dari bank ke dalam perniagaan"
Apakah dokumen sumber yang dirujuk untuk menyediakan catatan tersebut
Memo
Baucar
Keratan cek
Slip masuk wang
Apakah yang dimaksudkan dengan Buku Catatan Pertama
Merekodkan semua urus niaga yang tidak boleh direkodkan dalam Buku Catatan Pertama yang lain
Merekodkan urus niaga yang kerap berlaku dalam perniagaan
Buku catatan asal untuk merekod semua urus niaga
Merekodkan urus niaga yang melibatkan penerimaan dan pembayaran secara tunai atau cek
