wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ BIJAK BAHASA MELAYU 5 IBNU KHALDUN

Total questions: 20

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Setelah penat bersorak, suara budak itu menjadi ___________ .

a)

merdu

b)

serak

c)

garau

d)

nyaring

2.

Air kopi itu terasa ___________ kerana belum dibubuh gula.

a)

manis

b)

sedap

c)

pahit

d)

payau

3.

Buah salak yang belum benar-benar masak akan terasa ___________

a)

pahit

b)

masam

c)

kelat

d)

manis

4.

“_____________ berjanji akan belajar dengan bersungguh-sungguh, cikgu,” kata murid-murid itu.

a)

Mereka

b)

Kalian

c)

Kami

d)

Kita

5.

“Mengapakah tuan puteri bersedih? Katakanlah kepada ________,” tanya Inang Suri kepada Puteri Mayang Sari

a)

tuanku

b)

baginda

c)

patik

d)

tuan hamba

6.

Puan Siti menjemur kain baju yang telah dicucinya tadi. Perkataan sinonim bagi menjemur ialah

a)

menyidai

b)

membasuh

c)

melipat

d)

membilas

7.

“Parang yang tajam itu mesti disimpan dalam laci,” pesan Pak Long. Perkataan antonim bagi tajam ialah …………

a)

nipis

b)

tirus

c)

tumpul

d)

runcing

8.

Rambut pengemis itu ___________ dan badannya berbau busuk.

a)

kelam-kabut

b)

compang-camping

c)

kusut-masai

d)

koyak-rabak

9.

Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi jawapan yang diberi. Ah Keong sering dimarahi oleh gurunya kerana tulisannya____________ .

a)

kaki ayam

b)

cakar ayam

c)

buta huruf

d)

otak geliga

10.

Hang Tuah terkenal sebagai …………. melayu yang sangat berani

a)

polis

b)

sasterawan

c)

pahlawan

d)

karyawan

11.

Encik Lim _____ apabila dia telah menjadi kaya.

a)

buah fikiran

b)

lupa daratan

c)

ayam tambatan

d)

orang bawahan

12.

Kita mestilah mempunyai sikap ____________________________ untuk mencapai kejayaan.

a)

rajin macam semut

b)

takut macam tikus

c)

sibuk seperti lebah

d)

segak macam putera

13.

Cuaca di …………….. sungguh sejuk,” kata Sabri sambil menahan kesejukan.

a)

itu

b)

ini

c)

sini

d)

sana

14.

Puan Aimi ........... pulut kuning untuk dimakan bersama rendang ayam.

a)

mengukus

b)

membakar

c)

menyalai

d)

merebus

15.

Pilih ayat yang mengandungi kata kerja pasif yang betul.

a)

Hadi menanam pokok bunga itu.

b)

Pokok bunga itu menanam Hadi.

c)

Pokok bunga itu ditanam oleh Hadi

d)

Pokok bunga itu tertanam oleh Hadi

16.

Apakah maksud simpulan bahasa " berat mulut".

a)

pendiam atau tidak suka bercakap banyak

b)

orang yang malas bekerja

c)

degil

d)

tidak dapat menyimpan rahsia

17.

Mereka akan ke Taman Burung Kuala Lumpur............... minggu hadapan.

a)

pada

b)

untuk

c)

antara

d)

daripada

18.

Chef Liza memasukkan beberapa jenis rempah ................. dalam masakannya.

a)

di

b)

ke

c)

dari

d)

daripada

19.

Pilih kata sinonim (sama maksud) yang sesuai bagi kawan

a)

rakan

b)

musuh

c)

sahabat

d)

adik beradik

20.

Amirah kekenyangan setelah makan sepuluh cucuk.............. daging yang dibelinya di pasar malam.

a)

tetulang

b)

bebola

c)

peparu

d)

kekuda