NEW
Font size
WorksheetsKIMIA F4 | SEBATIAN ION & KOVALEN
Total questions: 7
Worksheet time: 14mins
Unsur M dan unsur L masing-masing terletak dalam Kumpulan 1 dan Kumpulan 16 dalam Jadual Berkala. Unsur M bertindak balas dengan unsur L untuk membentuk suatu sebatian.
Antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan sifat sebatian tersebut?
Larut di dalam pelarut organik
Takat lebur dan takat didih yang rendah
Wujud sebagai gas dalam keadaan bilik.
Mengkonduksikan elektrik dalam keadaan lebur dan larutan akueus
Antara pernyataan berikut, yang manakah TIDAK menerangkan sifat sebatian kovalen?
Takat lebur dan takat didih yang rendah
Tidak mengkonduksikan elektrik
Wujud sebagai pepejal, cecair dan gas dalam keadaan bilik
Larut di dalam air, tidak larut di dalam pelarut organik
Unsur G terletak di Kumpulan 14 manakala unsur H terletak di Kumpulan 17 dalam Jadual Berkala.
Antara berikut, yang manakah menerangkan sifat sebatian yang terbentuk apabila unsur unsur G dan unsur H bertindak balas?
Larut di dalam air, tetapi tidak larut dalam pelarut organik
Wujud sebagai pepejal, cecair dan gas dalam keadaan bilik
Takat lebur dan takat didih yang tinggI
Mengkonduksikan elektrik dalam keadaan lebur dan larutan akueus.
Semua sebatian ion merupakan pepejal yang mempunyai takat lebur dan takat didih yang _______ pada keadaan bilik
tinggi
rendah
sederhana
Bahan manakah adalah sebatian ionik?
SO2
CCl4
Al2O3
CH4
Pernyataan yang manakah antara berikut paling tepat menerangkan kekonduksian elektrik dalam logam?
tarikan elektron dengan nukleus yang lemah membolehkan elektron bergerak dari satu atom ke atom lain
elektron valens yang dibebaskan membentuk lautan elektron yang bebas bergerak
atom-atom logam boleh melepaskan elektron dengan mudah untuk menghasilkan elektron yang bebas bergerak
elektron valens boleh menggelongsor antara lapisan atom yang tersusun
Atom X mempunyai susunan elektrom 2.4. Atom Y mempunyai nombor proton 17. Apakah ciri-ciri sebatian yang terbentuk antara unsur X dan unsur Y?
I. Ia mempunyai takat lebur yang tinggi
II. Ia TIDAK boleh mengkonduksi elektrik
III. Ia larut dalam pelarut organik
I dan II sahaja
I, II dan III sahaja
I dan IIII sahaja
II dan III sahja
