WorksheetsRUKUN HAJI
Total questions: 11
Worksheet time: 3hrs 45mins
Apa yang terjadi jika tertinggal rukun dalam haji?
Jika tertinggal rukun, haji tidak sah! Dan wajib diulang pada tahun berikutnya. Berapakah rukun haji?
Rukun haji ada 6!
Apakah rukun haji yang pertama?
Yang pertama NIAT IHRAM! Mesti niat mengerjakan haji atau umrah dan memakai pakaian ihram.
Jadi, apa rukun kedua?
Rukun kedua, wukuf di arafah.
Apa rukun ketiga?
Rukun ketiga TAWAF KELILING KAABAH!
Anda pernah nampak orang tawaf?
Umat Islam tawaf keliling kaabah sebanyak TUJUH KALI! Hebat kan!!
Apa rukun keempat pula?
Rukun keempat sa'i dari bukit safa ke bukit marwah sebanyak TUJUH kali juga.
Ini mengingatkan kita pada kisah Hajar berlari lari anak ketika mahu mendapatkan air untuk anaknya nabi Ismail :)
Kita sambung perjalanan kita, apa rukun yang kelima?
Rukun kelima TAHALLUL iaitu bercukur atau bergunting sekurang-kurangnya 3 helai rambut.
Perjalanan kita semakin hampir ke penghujung. Apakah rukun yang keenam?
TERTIB! Mesti ikut turutan!
Anda faham?
ISI TEMPAT KOSONG.
Niat Ihram --> Wukuf di Arafah --> _________ --> Sa'i antara safa dan marwah --> Tahallul --> ________
