Font size
WorksheetsKUIZ PJK T4
Total questions: 25
Worksheet time: 25mins
Faedah-faedah bersukan yang boleh diperolehi oleh seseorang individu adalah
memupuk perpaduan kaum
saluran hobi dan riadah
dapat meningkatkan tahap kesihatan
membuka peluang-peluang kerjaya dalam bidang kesukanan
Dasar Sukan Negara menggariskan tiga konsep seperti di bawah KECUALI
Sukan untuk individu
Sukan untuk Semua
Sukan untuk Kecemerlangan
Sukan Massa
Slogan yang digunakan untuk menyuntik semangat rakyat Malaysia agar lebih gigih dalam mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan ialah
‘Tak Nak’
‘Malaysia Boleh’
‘Cintailah Sungai Kita’
‘Masa Itu Emas’
Singakatan kepada Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia yang ditubuhkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia ialah
MSSM
MSSSM
MSM
MSNM
Beliau merupakan seorang atlet yang telah mengambil bahagian dalam acara jalan kaki 10km dalam SEA GAMES ke-11 pada 1978. Dalam acara tersebut, beliau berjaya meraih pingat emas. Siapakah jaguh sukan yang dimaksudkan?
Watson Nyambek
Rabuan Pit
David Arumugam
V. Subramaniam
Berikut merupakan kelebihan teknologi maklumat dalam bidang kesukanan KECUALI
dapat menonton secara langsung perlawanan tertentu seperti perlumbaan kereta Formula 1
menempah tiket untuk perlawanan atau pertandingan tertentu.
memberikan latihan maya dan rawatan kecederaan kepada atlet-atlet sukan.
meluang masa dengan melayari laman web lucah.
Antara di bawah, yang manakah BUKAN tugas dan tanggungjawab jurulatih sukan?
memupuk sifat positif di kalangan pemain.
melatih dan menyediakan pemain untuk sesuatu kejohanan
memperkembang bakat pelajar dengan strategi latihan yang sistematik dan saintifik.
memupuk dan melatih pemain agar memberontak jika kalah dalam sesuatu pertandingan.
Seseorang wartawan sukan adalah bertanggungjawab untuk …
merancang perlawanan bola sepak
membayar gaji pengurus-pengurus sukan.
membuat rencana yang kabur tentang sukan.
membuat liputan tentang sesuatu isu dalam sukan.
Siapakah pelumba kereta professional pertama dari Malaysia yang berjaya bertanding dalam Formula 1?
Akhmal Rizal
Alex Yoong
Nicol David
Eric Yoong
Siapakah nama Menteri Belia dan Sukan?
Dato’ Seri Najib bin Razak
Dato’ Azalina binti Othman
Dato’ Hishamuddin bin Hussien
Dato’ Seri Abdullah bin Ahmad Badawi
Di Malaysia, terdapat 3 jenis pemain dalam bidang sukan iaitu …
pemain professional
pemain semi professional
pemain amatur
pemain sekolah
Antara yang berikut, yang manakah dikategorikan sebagai pemain professional?
David Beckham dan Posh Girl
Michael Owen dan Watson Nyambek
Michael Owen dan David Beckham
Watson Nyambek dan Azmi Ibrahim
Berikut adalah tujuan Sukan Olimpik dan Sukan Komanwel diwujud dan diadakan KECUALI
menaikkan imej negara.
merapatkan interaksi antarabangsa.
membuktikan negara yang lebih kuat dan hebat.
memperkenalkan budaya dan keistimewaan sesebuah negara.
Berikut adalah kesan-kesan pengaruh politik yang berlebihan dalam sukan KECUALI
memupuk semangat setia kawan.
pertentangan idea dalam mengurus pasukan.
perebutan kuasa untuk memimpin sesuatu pasukan.
mewujudkan keadaan lobi-melobi dan berpuak-puak.
Antara cara untuk menunjukkan semangat patriotisme adalah
mempertahankan kedaulatan negara.
melakukan vandalisme di tempat-tempat awam.
bergelak ketawa ketika lagu ‘Negaraku’ dinyanyikan.
mengutuk pasukan negara sekiranya kalah dalam perlawanan.
Seseorang ahli sukan perlulah mempunyai personaliti yang baik kerana …
mereka adalah golongan yang glamor.
mereka adalah milik dan idola masyarakat.
untuk mendapat ganjaran wang yang lebih baik.
untuk menunjukkan bahawa mereka adalah kuat dan hebat.
Dalam bidang sukan, displin diri adalah aspek yang penting dalam diri seseorang atlet. Antara yang perlu diamal oleh seseorang atlet adalah
menghormati rakan sepasukan.
mematuhi arahan ketau dan jurulatih
mengikut jadual latihan yang ditetapkan.
melepaskan emosi dalam perlawanan dan pertandingan.
Amalan ini adalah dilarang dalam bidang kesukanan. Ia berpunca daripada sikap yang tidak setia, tidak jujur dan tidak amanah kepada pasukan. Amalan yang dimaksudkan adalah
rasuah
malas
kaki bangku
menyebar fitnah
Beliau merupakan jaguh skuasy negara dan berjaya mengondol gelaran juara dunia skuasy remaja pada tahun 1999 dan 2001. Beliau turut berjaya memperoleh 7A dalam PMRnya. Atlet yang dimaksudkan ialah
Faiznur Miskin
Rashid Sidek
Nicol David
Nicole Kidman
Antara kebaikan politik yang sihat di dalam bidang sukan ialah
perebutan jawatan tertinggi dalam sesuatu badan sukan.
meningkatnya kes-kes lobi-melobi dan publisiti murahan.
wujudnya pertelingkahan dan wujudnya perbezaan pendapat antara pegawai- pegawai sukan.
mendapatkan sokongan rakyat dan faedah-faedah penganjuran daripada pelbagai pihak untuk sesuatu pertandingan.
‘Seorang lelaki didapati menjadi dalang dalam kegiatan pelacuran dan menguruskan segala pertemuan wanita dan pelanggannya. Beliau turut didapati telah memperdayakan beberapa orang gadis di bawah umur dan dikurungnya untuk tujuan pelacuran.’Mengikut Akta Perlindungan Wanita dan Gadis, lelaki berkenaan boleh dijatuhkan hukuman …
dijatuhkan hukuman mati.
dipenjarakan seumur hidup.
dibebaskan tanpa ada apa-apa perbicaraan.
dipenjarakan selama tempoh tidak lebih 5 tahun atau denda tidak lebih RM10,000.00 atau kedua-duanya.
Untuk mengelakkan diri kita dan rakan-rakan daripada terjebak dalam aktiviti yang tidak bermoral, kita perlulah …
beriadah dan bersukan bersama kawan-kawan.
berbincang dengan kaunselor apabila ada masalah dan kemusykilan.
memberitahu ibu bapa atau ahli keluarga terdekat tentang aktiviti harian kita.
menjinakkan diri dengan disko dan arak apabila ditimpa masalah.
Kecederaan fraktur bermaksud
keceedaraan retak tulang
kecederaan usus besar
kecederaan pundi kencing
kecederaan buah pinggang
Kecederaan tulang dapat dikenal pasti apabila berlakunya simptom-simptom berikut KECUALI
rasa sakit pada bahagian tulang.
bunyi atau geselan hujung tulang yang normal.
tidak berupaya untuk mengerakkan anggota yang tercedera.
berasa kebas atau hilang denyutan nadi pada anggota yang tercedera.
Wanita atau gadis yang dimasukkan ke dalam Taman Seri Puteri akan diberikan
perlindungan
bimbingan kaunseling
seliaan
latihan
