NEW
Font size
WorksheetsNOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
Total questions: 20
Worksheet time: 7mins
Siapakah nama watak utama dalam novel ini?
Saleha
Dahlia
Beliau sanggup membayar harga tanah sebanyak RM15000 kepada Nek Kiah kerana dia tidak mahu keluarga Embong berpindah dari situ apabila tanah itu dijualkan kepada orang lain kerana dia amat memahami penderitaan hidup keluarga Dahlia.
Haji Sulaiman
Tauke Lim
Beliau suka berfoya-foya dengan rakan-rakannya sehingga sanggup mencuri kambing milik bapanya sendiri.
Najib
Abu Bakar
Beliau tidak suka akan menantunya Embong dan cucu-cucunya kerana hidup dalam kemiskinan sedangkan anak-anaknya yang lain berjaya dalam kehidupan.
Nek Jah
Nek Kiah
Aton telah menuduh Dahlia yang menyebabkan anaknya, mati lemas walaupun Dahlia sanggup berkorban nyawa dengan terjun ke sungai untuk menyelamatkannya.
Said
Abu Bakar
Penduduk kampung mengutip sumbangan untuk diberikan kepada Dahlia yang akan melanjutkan pelajaran ke sebuah negara.
Korea
Jepun.
Dahlia menimba ilmu sebagai pelajar tingkatan enam. Dia tinggal di asrama sekolah ini.
SMK Tun Ismail
SMK Temenggung Ibrahim
Tempat tinggal Dahlia . Di sini, Dahlia menjaga adik-adiknya, Melati, Kiambang, Mawar, dan Anggerik setelah emaknya dirawat di hospital.
Kampung Parit Haji Kadir
Kampung Parit Haji Rais
Embong bertanggungjawab menyara kehidupan keluarganya dengan pekerjaan ini.
bersawah dan memetik buah kelapa sawit
menoreh getah dan memetik buah kelapa sawit.
Beliau bertanggungjawab untuk membantu Dahlia agar tidak ketinggalan dalam pelajaran dengan menyalinkan nota untuk diberikan kepada Dahlia sepanjang ketiadaan Dahlia di sekolah.
Kavita
Siti Wangi
Dahlia gigih memikul tanggungjawab menguruskan adik-adiknya terutamanya adik bongsu yang masih kecil ketika ibu dan ayahnya dimasukkan di hospital.
Anggerik
Melati
Penduduk Kampung Parit Haji Rais telah bemuafakat dan bekerjasama membina rumah Embong semula yang musnah akibat kejadian ini.
banjir.
kebakaran
Embong berjaya mengalahkan ular ini yang cuba membelitnya sewaktu memotong kelapa sawit di ladang.
tedung
ular sawa
Penemuan dua biji telur ayam berwarna hitam yang berisi jarum, cincin akek, butiran pasir dan dua batang paku oleh _________ di bawah rumah mereka menunjukkan bahawa masyarakat masih mengamalkan ilmu hitam untuk menganiaya orang lain.
Embung
Abu Bakar
Peristiwa Kiambang hilang dan terjatuh akibat tiang dapur patah dan runtuh
Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya sama ada Kiambang selamat atau tidak.
Sebenarnya Abu Bakar telah berjaya menyelamatkan adiknya apabila dia memegang dan menarik kayu beluti serta menarik naik Kiambang.
Seman telah berjaya menyelamatkan Kiambang, tetapi anaknya itu mengalami kecederaan parah dan dimasukkan ke hospital.
Peristiwa hujan lebat telah menyebabkan paras air naik dan bot tidak sampai ke rumah Embong untuk membawa mereka keluar dari rumahnya
Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya perkara yang akan terjadi kepada Embong sekeluarga.
Sebenarnya keluarga Embong diselamatkan oleh penduduk kampung.
Sebenarnya bot penyelamat sampai sebelum paras air meningkat ke paras bahaya.
Azhari menghadiahkan sepasang kain songket kepada Dahlia sebagai tanda kenang-kenangan dan berpesan kepada Dahlia agar sentiasa mengingati asal-usulnya sebagai orang Melayu.
Kain songket berwarna merah
Kain songket berbenang emas
Nek Kiah yang tidak menyukai keluarga Dahlia akhirnya insaf selepas dia dijaga oleh Dahlia dan adik-beradiknya semasa Nek Kiah ditimpa masalah
Rumah Nek Kiah dihanyutkan oleh banjir yang berarus deras.
Nek Kiah sakit dan terpaksa dimasukkan ke hospital
Beliau telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua kampung dengan baik. Beliau banyak membantu keluarga Embong walaupun orang kampung menyisihkan mereka. Beliaulah yang mencadangkan agar Saleha dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Haji Sulaiman
Haji Rais
Dahlia gigih menghadapi dugaan apabila ibunya, Saleha terpaksa dihantar ke hospital Batu Pahat, kemudian dipindahkan ke Hospital Permai, Johor Bahru untuk menjalani rawatan pemulihan akibat menghadapi penyakit
barah
kemurungan
