NEW
Font size
Worksheets6.2 Ancaman Komunis di Negara kita
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Berapakah persidangan yang dianjurkan oleh Gerakan Komunis Antarabangsa di Calcutta, India?
Dua
Tiga
Bilakah Persidangan Parti Komunis India diadakan?
Februari 1948
Mac 1948
Apakah matlamat utama pengikut komunis dalam Persidangan Kongres Belia Asia dan Persidangan Parti Komunis?
Memperhebat perjuangan menentang kuasa imperialis di setiap negara Asia
Memperhebat perjuangan memerangi Jepun dengan bantuan British
Apakah yang dilakukan oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat PKM bagi menubuhkan Republik Komunis di Tanah Melayu?
Melancarkan perjuangan bersenjata
Membuat rundingan dengan British
Apakah tindakan Parti Komunis Malaya di Tanah Melayu dalam usaha mendapatkan Tanah Melayu?
Membuat manipulasi terhadap British
Melumpuhkan ekonomi dan infrastruktur
Apakah tindakan yang dilakukan oleh Sir Edward Gent, Pesuruhjaya Tinggi British berikutan peristiwa pembunuhan pengurus ladang Eropah di Sungai Siput, Perak?
Menyerah kalah kepada PKM
Mengisytiharkan darurat
Berapakah orang pengurus ladang Eropah yang dibunuh oleh komunis pada 16 Jun 1948?
Tiga
Empat
Dimanakah antara kawasan di Perak yang menggunakan Undang-Undang Darurat?
Ipoh
Taiping
Mengapakah komunis mencetuskan huru-hara di seluruh negara walaupun Undang-Undang Darurat dikuatkuasakan di seluruh Tanah Melayu?
Supaya penduduk hilang keyakinan terhadap British
Untuk menggugat kedudukan British di Tanah Melayu
Apakah sasaran utama serangan komunis dalam melumpuhkan ekonomi British?
Lombong bijih timah dan ladang getah
Lombong emas dan ladang kelapa sawit
Berapakah jumlah lombong yang diserang dan dimusnahkan oleh pihak komunis?
70
80
Apakah kesan daripada tindakan komunis melumpuhkan ekonomi British terhadap penduduk Tanah Melayu?
Menganggu kerja harian mereka di lombong dan ladang
Penduduk Tanah Melayu tidak dapat keluar rumah
Apakah tindakan yang dilakukan oleh pihak komunis untuk merosakkan sistem pengangkutan di Tanah Melayu?
Mengebom, merosakkan dan mengalihkan landasan kereta api
Membakar dan memusnahkan jalan raya
Apakah kesan daripada tindakan komunis merosakkan infrastruktur di Tanah Melayu?
Menjejaskan kehidupan seharian penduduk tempatan
Pihak British membunuh beberapa orang pihak komunis
Berapakah orang awam yang terbunuh pada tahun 1948 hinggan 1960 akibat daripada tindakan komunis menyerang Tanah Melayu?
1585 orang
2473 orang
Apakah tindakan yang dilakukan oleh pihak komunis dalam usaha mengancam pasukan keselamatan di Tanah Melayu?
Menyerang balai polis
Membunuh beberapa orang pegawai polis
Siapakah yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu bagi menggantikan Sir Edward Gent pada 13 September 1948?
Sir Henry Gurney
Malcolm MacDonald
Apakah tindakan komunis yang menggugat keamanan dan kestabilan negara?
I Melumpuhkan ekonomi
II Merosakkan infrastruktur
III Membunuh pemimpin tempatan
IV Mendesak supaya menyokong komunis
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Selain ekonomi, ahli PKM juga bertindak merosakkan infrastruktur asas seperti mengalihkan landasan kereta api, merosakkan paip air dan mensabotaj kemudahan telefon. Kesemua ini dilakukan untuk .....
Menjajah Tanah Melayu semula
Menggagalkan usaha pemulihan British selepas Perang Dunia Kedua
Mewujudkan semangat anti penjajah
Mendapatkan status politik sah di Tanah Melayu
Filem 'Bukit Kepong' diterbitkan pada tahun 1981 dengan jelas menunjukkan babak di mana anggota keselamatan bertempur dengan pengganas Komunis. Apakah tujuan pengganas Komunis menyasarkan serangan ke atas pasukan dan anggota keselamatan?
Menghapuskan ancaman terhadap pergerakan ahli PKM di Tanah Melayu
Melunaskan dendam akibat serangan pasukan keselamatan
Menjadikan anggota keselamatan sebagai tebusan
Menunjukkan Kerajaan ketika itu gagal melindungi rakyat
