wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Geo Ting 3 : Bab 9

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, negara manakah TIDAK dapat dikaitkan dengan perlombongan arang batu yang utama di dunia?

a)

India

b)

Rusia

c)

Arab Saudi

d)

Amerika Syarikat

2.

Negara manakah merupakan pengeluar utama petroleum di dunia?

a)

India

b)

Jepun

c)

Malaysia

d)

Arab Saudi

3.

Antara berikut, yang manakah sumber tenaga alternatif di dunia?

a)

Suria

b)

Gas asli

c)

Biomas

d)

Biodiesel

4.

Maklumat berikut merupakan sumber tenaga semulajadi.


*Arang batu

*Gas asli


Apakah kesan penerokaan sumber tenaga tersebut secara berterusan tanpa kawalan dari segi ekonomi?

a)

Kenaikan harga komoditi

b)

Perebutan sumber tenaga

c)

Peningkatan kadar kemiskinan

d)

Kekurangan permintaan bahan mentah

5.

Bagaimanakah penerokaan sumber tenaga bahan bakar boleh menyebabkan krisis politik di dunia?

a)

Peningkatan harga komoditi

b)

Penggunaan teknologi moden

c)

Pelaburan syarikat gergasi minyak

d)

Peperangan untuk menguasai sumber

6.

Maklumat berikut adalah kesan penerokaan sumber semula jadi.


*Ketidakseimbangan ekosistem

*Sumber semula jadi berkurangan


Apakah langkah untuk mengatasi masalah kesan penerokaan sumber semula jadi tersebut?

a)

Mengadakan kerjasama ekonomi

b)

Mengurangkan harga komoditi

c)

Penerokaan tenaga alternatif

d)

Peningkatan taraf hidup

7.

Antara berikut, yang manakah BENAR tentang Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)?

a)

Ditubuhkan pada tahun 1967

b)

Mempunyai 10 buah negara

c)

Kerjasama ekonomi sahaja

d)

Kerjasama dua hala

8.

Maklumat berikut adalah kerjasama ekonomi antarabangsa.


*IMT-GT

*IMS-GT


Antara persamaan kerjasama ekonomi antarabangsa tersebut kepada negara yang terlibat adalah?

a)

Mewujudkan rundingan perdagangan

b)

Menggalakkan industri pelancongan

c)

Meningkatkan mutu pendidikan

d)

Mempromosi produk halal

9.

Apakah fungsi Pertubuhan Ekonomi Negara-negara Asia Pasifik (APEC) kepada negara anggotanya?

a)

Menggalakkan perdagangan bebas

b)

Mengendalikan perdagangan global

c)

Mewujudkan rundingan perdagangan

d)

Menggalakkan perniagaan dengan negara EU

10.

Mengapakah Malaysia membawa masuk pekerja asing melalui kerjasama ekonomi antarabangsa?

a)

Peluang pekerjaan di sektor perkilangan

b)

Peningkatan eksport dan import barangan

c)

Mewujudkan rundingan perdagangan bebas

d)

Menampung keperluan buruh di sektor perladangan

11.

Antara berikut, yang manakah kepentingan kerjasama ekonomi antarabangsa kepada pembangunan negara?

a)

Peningkatan pelabur asing

b)

Meningkatkan harga komoditi

c)

Perpindahan kepakaran buruh

d)

Memperluas pasaran barangan

12.

Bagaimanakah pemindahan teknologi memberi manfaat kepada negara membangun?

a)

Memperluas pasaran eksport barangan

b)

Mewujudkan pengecualian tarif barangan

c)

Meningkatkan kemahiran buruh tempatan

d)

Menampung keperluan buruh di sektor perkilangan

13.

Antara berikut, yang manakah sumber tenaga bahan bakar utama di dunia?

a)

Biomas

b)

Geoterma

c)

Petroleum

d)

Arang batu

14.

Kombinasi manakah BENAR tentang tenaga alternatif dan negaranya?

a)

Tenaga geoterma-Iceland

b)

Tenaga ombak-India

c)

Tenaga air-Belanda

d)

Tenaga suria-China

15.

Antara berikut, manakah yang dapat dikaitkan dengan pemindahan teknologi dalam maklumat berikut?


*Syarikat di Malaysia mengedar produk keluaran syarikat asing*

a)

Pembelian ekuiti

b)

Perjanjian perlesenan

c)

Peraturan paten dan cap dagang

d)

Pembelian terus barangan modal

16.

Minyak mentah yang dihasilkan di Malaysia berkualiti tinggi kerana___

a)

harga murah

b)

masih banyak hasil

c)

kandungan sulfur yang rendah

d)

dilombong dari dasar laut

17.

Iceland terkenal dengan tenaga____ walaupun permukaan darat dilitupi salji

a)

angin

b)

geoterma

c)

solar

d)

hidroelektrik

18.

Amerika Syarikat antara negara yang mula menghasilkan ___

a)

gas asli

b)

arang batu

c)

bijih timah

d)

bijih besi

19.

Tenaga ini telah digunakan di Belanda sejak abad ke 11

a)

tenaga ombak

b)

tenaga air

c)

tenaga geoterma

d)

tenaga angin

20.

Pada tahun 1990an Jepun telah meneroka tenaga___

a)

air

b)

angin

c)

solar

d)

biomas

21.

Perubahan harga pasaran untuk petroleum sering menyebabkan___

a)

pendapatan negara tidak menentu

b)

pendapatan individu tidak menentu

22.

Peningkatan kos sara hidup menyebabkan krisis___

a)

politik

b)

ekonomi

c)

masyarakat

d)

alam sekitar

23.

Antara konflik politik yang timbul ialah__

a)

perebutan kawasan

b)

peningkatan harga

c)

pencemaran

d)

kemiskinan

24.

Krisis alam sekitar akibat pengeluaran sumber semulajadi dunia ialah___

a)

peningkatan harga

b)

perebutan kawasan

c)

penanaman semula

d)

kemusnahan fauna dan flora

25.

Kerjasama serantau di kalangan negara-negara Asia Tenggara ialah___

a)

WHO

b)

G7

c)

ASEAN

d)

APEC

26.

Kerjasama ekonomi antara tiga negara telah menghasilkan___

a)

Segitiga Bermuda

b)

Segitiga Jengka

c)

Segitiga Pertumbuhan

27.

Malaysia mengadakan kerjasama Segitiga Pertumbuhan dengan___

a)

Thailand

b)

Brunei

c)

Myanmar

d)

Filipina

28.

APEC menggalakkan___

a)

segitiga pertumbuhan

b)

pelaburan

c)

pembukaan bandar baru

d)

peningkatan cukai

29.

Kerjasama Ekonomi antarabangsa adalah penting kerana menggalakkan___

a)

migrasi

b)

pemindahan teknologi

c)

pendapatan negara

d)

hubungan politik

30.

Agensi yang menguruskan hubungan perdagangan untuk Malaysia ialah__

a)

FELDA

b)

MITI

c)

MADA

d)

FELCRA

31.

Tenaga alternatif di atas boleh didapati di negara

a)

Rusia

b)

Belanda

c)

iceland

d)

China

32.

Negara manakah yang menghasilkan tenaga ombak?

a)
b)
c)
d)
33.

Apakah sumber semula jadi utama yang terdapat di negara tersebut?

a)

Petroleum

b)

Arang batu

c)

Biomass

d)

Geoterma

34.

Apakah kesan krisis sumber semula jadi terhadap alam sekitar?

i. Peningkatan sisa domestik

ii. Peningkatan kadar kebuluran

iii. Kemusnahan flora dan fauna

iv. Ketidakseimbangan alam sekitar

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

35.

Bidang kerjasama ekonomi IMS-GT melibatkan sektor

i pertanian

ii perikanan

iii pendidikan

iv penyelidikan

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

36.

Kepentingan negara ASEAN adalah

a)

menggalakkan kerjasama dalam R&D

b)

memberikan tumpuan kepada pertanian

c)

mengendalikan sistem perdagangan global

d)

mengendalikan perdagangan bebas dalam pelaburan

37.

Negara manakah yang membekalkan sumber tenaga buruh profesional kepada negara-negara lain?

a)

Bangladesh

b)

Indonesia

c)

Amerika syarikat

d)

Malaysia

38.

Apakah sumber semula jadi utama yang terdapat di Belanda?

a)

Suria

b)

Angin

c)

Ombak

d)

Geoterma

39.

Tenaga alternatif di atas boleh didapati di negara

a)

Rusia

b)

Iceland

c)

Perancis

d)

Jepun

40.

Apakah sumber semula jadi yang terdapat di Arab Saudi?

a)
b)
c)
d)
41.

Apakah sumber tenaga alternatif yang digunakan di negara China?

a)
b)
c)
d)
42.

Maklumat di bawah berkaitan krisis sumber semula jadi dunia.


> Kekurangan sumber

> Kenaikan harga komoditi


Keadaan tersebut telah menyebabkan

a)

konflik wilayah berlaku

b)

kemerosotan kualiti alam sekitar

c)

pelbagai masalah sosial dalam masyarakat

d)

pendapatan negara pengeksport dan pengimport tidak menentu

43.

Maklumat di bawah adalah mengenai suatu pertubuhan ekonomi antarabangsa.


> Kerjasama ekonomi serantau

> Dianggotai 10 buah negara Asia Tenggara

> Menggalakkan kerjasama dalam bidang pendidikan, pelancongan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D)


Apakah pertubuhan ekonomi antarabangsa tersebut?

a)

APEC

b)

ASEAN

c)

IMS-GT

d)

IMT-GT

44.

Antara berikut, negeri manakah yang terlibat dalam Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia dan Thailand.

a)

Perlis dan Melaka

b)

Perlis dan Terengganu

c)

Melaka dan Sarawak

d)

Sarawak dan Terengganu

45.

Antara berikut, negara manakah yang datang melabur di Malaysia?

a)

China dan Afrika

b)

China dan Korea Selatan

c)

Afrika dan Korea Utara

d)

Korea Utara dan Korea Selatan

46.

Apakah jenis sumber tenaga alternatif utama di negara Belanda?

a)

Ombak

b)

Angin

c)

Biomas

d)

Geoterma

47.

Antara berikut, yang manakah kesan krisis semula jadi di dunia dalam aspek politik?


I - Perebutan kawasan yang mempunyai sumber semula jadi

II - Tekanan politik ke atas negara-negara pengeluar sumber

III - Kualiti alam sekitar merosot

IV - Harga barang meningkat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

48.

Apakah persamaan tujuan penubuhan kerjasama ekonomi dalam maklumat di beri?

a)

Mengutamakan keselamatan anggota

b)

Menyelesaikan pertikaian perdagangan

c)

Menggalakkan perdagangan bebas

d)

Menggalakkan aktiviti pelancongan

49.

Mengapakah Malaysia menyertai kerjasama ekonomi antarabangsa berikut?


I - Menyelesaikan pertikaian sempadan

II - Mendapat pinjaman modal

III - Meluaskan pasaran barangan tempatan

IV - Menambahkan kuantiti import

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

50.

Apakah kepentingan kerjasama ekonomi antarabangsa Malaysia dengan negara Jepun?


I - Meluaskan pasaran

II - Pemindahan teknologi

III - Bekalan buruh asing

IV - Mendapatkan bahan mentah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV