wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulang Kaji PT3 Pemahaman 1

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Semua murid berkumpul di padang setelah mendapat ____ daripada Pengetua.

a)

arahan

b)

ingatan

c)

teguran

d)

pesanan

2.

Suasana di pasar borong itu ______ dengan suara penjual yang ingin menarik perhatian pelanggan.

a)

kacau-bilau

b)

kucar-kacir

c)

keluh-kesah

d)

hingar-bingar

3.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.


I. Nizam memikul baldi yang berisi air untuk dibawa pulang ke rumahnya kerana bekalan air terputus.

II. Pihak ibu bapa diseru supaya memikul tanggungjawab mendidik anak-anak mereka dengan sempurna.

III. Setiap rakyat hendaklah memikul hasrat kerajaan dalam usaha memperkukuh perpaduan kaum.

IV. Pasukan keselamatan memikul senjata semasa acara perbarisan sambutan Hari Pahlawan.

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I, II dan III

d)

II, III dan IV

4.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.


Pencemaran bahasa dapat dielakkan sekiranya semua pihak menggunakan bahasa Melayu dengan betul.

a)

Bahasa Melayu yang digunakan dengan betul dapat mengelakkan pencemaran bahasa.

b)

Penggunaan bahasa Melayu yang betul dapat mengelakkan pencemaran bahasa semua pihak.

c)

Semua pihak menggunakan bahasa Melayu dengan betul sekiranya pencemaran bahasa dapat dielakkan.

d)

Sekiranya semua pihak menggunakan bahasa Melayu dengan betul, pencemaran bahasa dapat dielakkan.

5.

Pilih ayat-ayat yang betul.


I. Bungkusan itu dijumpai di bawah tempat duduk pemandu kereta tersebut.

II. Pengusaha kilang haram di tepi sungai itu diarahkan supaya menghentikan operasi serta-merta

III. Mereka terpaksa menggunakan pemotong besi untuk memutuskan dawai yang mencerut kaki mangsa culik itu.

IV. Amirul meninggalkan bilik kuliah dengan tergesa-gesa setelah menerima panggilan kecemasan dari pihak hospital.

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I, II dan III

d)

II, III dan IV

6.

Pilih ayat-ayat yang betul.


I. Adik kena marah kerana menconteng buku latihan kakak.

II. Akan kuserahkan kiriman ini kepadanya seperti yang diminta.

III. Tiap hari Adam dan abangnya berbasikal sejauh tiga kilometer ke sekolah.

IV. Lima orang murid-murid yang mengalami sesak nafas masih dirawat di hospital.

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I, II dan III

d)

II, III dan IV

7.

Pilih peribahasa yang paling sesuai.


Bertahun-tahun Akma berusaha untuk memajukan perniagaannya tetapi kemelesetan ekonomi menyebabkan perniagaannya jauh sekelip mata. Sejak itu, dia sangat berhati-hati dalam menjalankan perniagaannya, bak kata pepatah

a)

Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis

b)

sekali tersengat, selalu beringat

c)

sirih naik, junjung patah

d)

takut titik, lalu tumpah

8.

Peribahasa yang berikut mempunyai makna yang hampir-hampir sama, kecuali

a)

Berdikit-dikit lama-lama menjadi bukit

b)

Sehari selember benang, lama-lama menjadi kain

c)

Beringat sebelum kena, berjimat selepas habis

d)

Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

9.

Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.


Kami berasa sedih apabila ada orang yang memperkatakan hal keluarga Aleeya kerana dia ialah sahabat baik kami bak kata orang…

a)

condong ditumpil, lemah dianduh.

b)

gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah

c)

cubit paha kanan, paha kiri pun terasa sakit juga.

d)

carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

10.

Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.


Abang Syaufi telah berkhidmat di sebuah syarikat pengiklanan selama 15 tahun. Sebagai menghargai kesetiaan dan sumbangannya, dia dilantik sebagai pengurus. Namun begitu, belum pun lama memegang jawatan sebagai pengurus, dia tertangkap kerana mengambil rasuah. Hal tersebut menyebabkan nama baiknya selama ini tercemar.


Keadaan Abang Syaufi ini dapat dikatakan sebagai...

a)

nasi sudah menjadi bubur

b)

kalau ada asap tentu ada api

c)

sebab nila setitik, rosak susu sebelanga

d)

seekor kerbau membawa lumpur, semua habis terpalit