WorksheetsTatabahasa
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
RTM dan TV3 akan ____________ siaran langsung perlawanan akhir Piala Malaysia pada pukul 8.00 malam nanti.
menonton
menyiarkan
melaporkan
memberitahu
Setelah menamatkan ____________ di universiti kelak, Syafiq berhasrat untuk membuka sebuah syarikat di bandar.
pendidikan
pengajaran
perguruan
pengajian
Pihak Majlis Perbandaran Teluk Intan bercadang untuk ____________ jambatan yang telah rosak itu.
memperbaikkan
perbaikan
membaiki
kebaikan
Para pelajar boleh bertemu dengan kaunselor sekolah pada ____________ masa.
bila
apa-apa
bila-bila
mana-mana
Adik __________ di bawah katil apabila dikejar oleh ibu selepas dia memecahkan pasu antik milik ibu.
menyusur
menyusup
menusuk
menyusul
Suasana malam di pantai peranginan yang dihiasi cahaya bulan purnama begitu __________ dan mengasyikkan.
sayu
ceria
syahdu
harmoni
Perhatian yang lebih serius oleh pihak kerajaan perlu diberikan kepada pengguna jalan raya untuk mengurangkan __________ kemalangan.
tahap
kadar
takat
aras
Nyatakan pola ayat bagi ayat berikut.
Beliau merupakan pengetua baru di sekolah itu.
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FS
Nyatakan pola ayat bagi ayat berikut.
Guru sedang mengajar di dalam kelas.
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FS
Nyatakan pola ayat bagi ayat di bawah.
Pokok durian itu di belakang rumah.
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FS
Mak Timah melilau mencari anak bongsunya yang tidak kelihatan __________ tadi di sekeliling rumah.
sejak
daripada
pada
hingga
Semangat __________ dan persaudaraan perlu dipupuk tanpa mengira kaum dan bangsa.
toleransi
perpaduan
perkauman
persefahaman
Jimmy membuat laporan polis setelah beberapa kali __________ oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.
diminta
disuruh
diugut
diarah
Ilham untuk menulis novelnya __________ secara tiba-tiba apa bila dia terjaga daripada tidur pada waktu malam.
terbit
datang
pulang
terpacul
Kemalangan yang berlaku di bawah ________________ itu menyebabkan kesesakan lalu lintas.
jejantas
jambatan
lapangan
bangunan
Perlawanan hoki itu tetap diteruskan ... hujan lebat.
malahan
justeru
namun
kendatipun
Kudin menggunakan beberapa ... kain untuk membuat layar kapalnya.
helai
keping
kajang
lembar
... tingkap rumah Pak Ali terpaksa ditukar kerana telah reput dimakan anai-anai.
Jejari
Kekisi
Tetupai
Kekuda
