Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM T3 Kata terbitan

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

1) Apakah maksud kata terbitan?

a)

Bentuk kata yang terbit dari mata turun ke hati.

b)

Bentuk kata yang mengalami proses penggandaan

c)

Bentuk kata yang terdiri daripada kata dasar yang mengalami proses pengimbuhan

d)

Bentuk kata yang mesti terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.

2.

2) Proses pengimbuhan merangkumi kata terbitan kecuali

a)

Awalan

b)

Akhiran

c)

Apitan

d)

Genggaman

3.

3) Pilih contoh perkataan awalan kata kata kerja.

a)

menyikat, berjalan

b)

pembawa, pekerja

c)

terbesar, secantik

d)

tatabahasa, prasejarah

4.

5) Pilih contoh perkataan kata terbitan berapitan kata nama.

a)

kehujanan, kepanasa

b)

kecinaan, keinggerisan

c)

menggunakan, menghiraukan

d)

kedukaan, kelebihan

5.

7) Berikan contoh sisipan yang betul kecuali

a)

-el- = telunjuk

b)

-in- = linangan

c)

-em- = gemilang

d)

-er- = seruling

6.

8) Pilih contoh ayat yang menggunakan kata imbuhan dengan betul.

a)

Khairul menghadiahkan ibunya sebentuk cincin.

b)

Alia rajin mensapu sampah di lantai.

c)

Harith sedang mempasang lampu di rumahnya.

d)

Erin rajin membaca buku di perpustakaan.

7.

Untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi, kerajaan akan _______________ cukai korporat yang lebih rendah pada tahun depan.

a)

dikenakan

b)

mengenai

c)

mengenakan

d)

mengena

8.

Pilih ayat ayat atau ayat-ayat yang betul.

a)

Ayah memberi kepada abang dua ratus rinngit untuk membeli buku-buku rujukan.

b)

Selepas mandi, dia menyambung kerjanya semula.

c)

Masyarakat diseru supaya tidak keterlaluan dalam persiapan menyambut Hari Raya.

d)

Mereka membatalkan rancangan untuk berkelah di pantai itu kerana keadaan cuaca yang kurang mengizinkan.

9.

Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul.

a)

Masyarakat hari ini tidak lagi gemar menonton wayang kulit.

b)

Peristiwa itu meninggalkan kesan yang amat mendalam di hatinya.

c)

Wajahnya berubah apabila menyedari semua perbuatannya sudah diketahui orang.

d)

Perkahwinan itu mengeratkan semula hubungan antara kedua-dua buah keluarga yang bermusuhan itu.

10.

Pak Razak bercucuk tanam pelbagai sayur di tanah______________yang dipajaknya daripada Encik Chong.

a)

penanaman

b)

pertanian

11.

16. Radio yang rosak itu telah abang saya ____

a)

A. dibaiki

b)

B. kebaikan

c)

C. sebaik

d)

D. baiki

12.

17. “_____ titik-titik itu supaya menjadi satu bentuk ,” kata Selina kepada kawannya.

a)

A. Cantumkan

b)

B. Dicantum

c)

C. Cantuman

d)

D. Percantuman

13.

18 “ ____ satu gambaran haiwan yang kamu sukai,” kata Cikgu Phang kepada Qi Rui.

a)

A. Lukiskan

b)

B. Lukisan

c)

C. Melukis

d)

D. Pelukis

14.

PILIH KATA TERBITAN YANG BETUL

a)

PENDIDIK

b)

MAKAN

c)

MINUM

d)

TIDUR

15.

ADAKAH PERKATAAN MELAHIRKAN KATA TERBITAN

a)

KURANG PASTI

b)

SALAH

c)

BETUL

16.

Dalam semua latihan ini, terdapat kesalahan tatabahasa. Pilih jawaban pada ruangan yang disediakan.


Aspek sosial juga mempengaruhkan murid merokok. Alasan utama ialah tekanan oleh rakan sebaya.

a)

mempengaruhi

b)

mempengaruh

c)

pengaruh

d)

dipengaruhi

17.

Kebanyakan daripada mereka mencabar oleh rakan untuk merokok.

a)

tercabar

b)

dicabari

c)

dicabarkan

d)

dicabar

18.

Antara faktor sosial yang lain termasuklah murid mencontoh ibu bapa, penjaga dan saudara-mara yang merokok.

a)

mencontohi

b)

tercontoh

c)

dicontohi

d)

contoh

19.

Pembinaan jambatan di kampung itu tergendala selama berapa bulan kerana masalah bekalan simen.

a)

Binaan

b)

Bina

c)

Tergendala

d)

Beberapa

20.

Runtuh akhlak dalam kalangan remaja mengakibatkan ramai remaja tersebut terjebak dengan gejala gengsterism.

a)

Runtuhan

b)

Keruntuhan

c)

Dijebak

d)

Gangsterisma

21.

Syafawani bertugas sebagai______________ di stesen radio terkemuka.

a)

juruulas

b)

juruacara

c)

jurucakap

d)

juruhebah

22.

Kerja-kerja________________sungai itu terpaksa dilakukan untuk mengelakkan banjir walaupun menelan kos yang tinggi.

a)

kedalaman

b)

mendalami

c)

memperdalam

d)

memperdalamkan

23.

Cikgu Azini ______________________ khabar ayah saya yang masih terlantar di hospital.

a)

ditanya

b)

bertanya

c)

menanya

d)

bertanyakan

24.

Penyanyi itu memperdengarkan tiga buah lagu dalam majlis tersebut sementara menunggu kumpulan tarian zapin membuat ___________________.

a)

mempersembahkan

b)

menyembahkan

c)

persembahan

d)

sembahan

25.

Mazuan _____________ mesin basuh itu sehingga dapat berfungsi semula dengan baik.

a)

memperbaiki

b)

dibaiki

c)

membaiki

d)

diperbaiki