wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ujian Pentaksiran Julai Bahasa Melayu Tahun 5 PTYA

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Papan yang sedang __________ itu hendak dibuat sarung parang.

a)

dipahat

b)

dilorek

c)

diketam

d)

digosok

2.

Ibu __________ akan anaknya yang telah lama tidak pulang ke rumah.

a)

rindu

b)

gembira

c)

segan

d)

hormat

3.

Kerajaan menasihati semua ____________ bas sekolah supaya memastikan keselamatan murid-murid yang menaiki bas mereka.

a)

pengusaha

b)

perusahaan

c)

pengusahaan

d)

mengusahakan

4.

Pencemaran air di sungai itu bertambah ____________ kerana tidak mendapat kerjasama daripada penduduk.

a)

sarat

b)

remeh

c)

tegang

d)

buruk

5.

Gubahan bunga itu dapat disiapkan walaupun masa yang diberikan __________.

a)

lampau

b)

lewat

c)

larut

d)

suntuk

6.

Pilih ayat yang betul.

a)

Melati membilang guli itu satu demi satu.

b)

Janganlah kamu bersedih di atas peristiwa semalam.

c)

Berita tentang kejohanan sukan itu disiarkan sampai pagi lagi.

d)

Kain selendang ibu diperbuat dari benang sutera.

7.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

"Belajarlah rajin-rajin supaya kamu lulus dengan cemerlang dalam UPSR," kata Cikgu Nora kepada Aina.

a)

Nasihat Cikgu Nora kepada Aina agar belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang.

b)

Aina dinasihati oleh Cikgu Nora supaya tekun belajar agar lulus dengan cemerlang dalam UPSR.

c)

Cikgu Nora menyuruh Aina belajar bersungguh-sungguh setelah lulus dengan cemerlang dalam UPSR.

d)

Cikgu Nora menasihati Aina supaya tekun belajar untuk memperoleh keputusan yang cemerlang.

8.

Kursus yang dihadiri oleh ahli pengakap itu merupakan ___________ daripada kursus yang lalu.

a)

sambungan

b)

ikutan

c)

turutan

d)

pindaan

9.

Ruang tamu rumah Puan Jamilah sentiasa ___________ dengan bau jambangan bunga mawar.

a)

kemas

b)

selesa

c)

semerbak

d)

indah

10.

Sorakan daripada pengunjung yang menyaksikan pertunjukan bunga api dalam pesta itu menjadikan suasana di situ __________.

a)

haru-biru

b)

porak-peranda

c)

gegak-gempita

d)

gembar-gembur

11.

Pasangan pengantin itu kelihatan sungguh __________ dengan pakaian perkahwinan tradisional Melayu.

a)

anggun

b)

ayu

c)

tampan

d)

hebat

12.

Suara kumpulan koir yang __________ dan harmoni itu telah berjaya menambat hati penonton.

a)

nyaring

b)

sedap

c)

lembut

d)

lunak

13.

"Kamu perlu memberikan isyarat kepada saya apabila masa permainan __________ tamat," kata pengadil bola jaring itu kepada penjaga masa.

a)

hampir

b)

nyaris

c)

mesti

d)

jarang

14.

Pilih ayat yang betul.

a)

Razif belum hendak ke sana semalam.

b)

Kami bukan berani menghampiri kucing yang garang itu.

c)

Cintanya terhadap negara tidak perlu dipertikaikan.

d)

Setiap ahli anggota Tunas Puteri dikehendaki berbaris.

15.

Kita perlulah mengamalkan ___________ yang baik apabila berada dalam sesuatu majlis.

a)

tatacara

b)

tatakerja

c)

tatasusila

d)

tatabahasa

16.

Adam dan Danial sedang melihat jadual pertandingan bola tampar yang dipamerkan pada ___________ di sekolahnya.

a)

papan lapis

b)

papan kenyataan

c)

papan iklan

d)

papan tanda

17.

Keadaan __________ yang berlaku dalam mesyuarat itu dapat diselesaikan dengan baik dan kembali __________.

a)

tegang ... aman

b)

kecoh ... sihat

c)

riuh ... selesa

d)

bising ... senyap

18.

Penduduk Taman Seri Sendayan ___________ dan bermuafakat untuk menyelesaikan masalah mereka.

a)

kuasa-menguasai

b)

sambut-menyambut

c)

lindung-melindungi

d)

bahu-membahu

19.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Puan Mila belum menjahit kain batik sarung yang dibelinya.

a)

Puan Mila telah membeli kain batik sarung yang belum berjahit.

b)

Kain batik sarung yang belum dijahit telah dibeli oleh Puan Mila.

c)

Kain batik sarung yang dibeli oleh Puan Mila belum dijahitnya lagi.

d)

Puan Mila belum membeli kain batik sarung yang berjahit.

20.

"Budaya membaca patut dipupuk __________ zaman kanak-kanak lagi," kata Puan Lina kepada Puan Zuria.

a)

dari

b)

di

c)

hingga

d)

kepada

21.

Pemain bola itu berjaya membuat tendangan yang __________ gawang gol.

a)

melepasi

b)

membolosi

c)

melewati

d)

menepati

22.

Erni masih tersenyum __________ kakinya terseliuh semasa bermain-main di padang.

a)

sementara

b)

sambil

c)

manakala

d)

walaupun

23.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

"Encik Najib telah menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan program Bulan Bacaan.

a)

Program Bulan Bacaan telah dirasmikan oleh Encik Najib setelah menyampaikan ucapannya.

b)

Setelah menyampaikan ucapan Bulan Bacaan, Encik Najib terus merasmikan program itu.

c)

Ucapan program Bulan Bacaan telah dirasmikan oleh Encik Najib.

d)

Encik Najib terus merasmikan dan menyampaikan ucapan program Bulan Bacaan.

24.

Murid-murid perlu tahu bahawa keupayaan __________ mengatasi masalah dalam pelajaran banyak dipengaruhi ___________ keyakinan diri sendiri.

a)

agar ... demi

b)

supaya ... dengan

c)

untuk ... oleh

d)

bagi ... kerana

25.

Orang ramai __________ supaya menghulurkan derma kepada mangsa gempa bumi di negara jiran.

a)

didesak

b)

diarah

c)

diseru

d)

dihebah

26.

Pilih ayat yang betul.

a)

Surat permohonan biasiswa yang dihantar oleh Uzma dialamatkan ke Jabatan Pelajaran Negeri.

b)

Pencemaran air berpunca oleh sikap orang ramai yang tidak bertanggungjawab.

c)

Industri pelancongan ke negara kita telah berkembang dengan pesatnya.

d)

Setelah sampai pada simpang tiga, belok kiri dan jalan hingga melepasi jambatan.

27.

Kirana amat rindu __________ kakaknya yang belajar di luar negara.

a)

kerana

b)

tentang

c)

akan

d)

dengan

28.

Pasukan bola baling sekolah terpaksa bermain berhempas pulas agar ___________ hasrat untuk menjadi juara.

a)

terjulang

b)

berhasil

c)

berjaya

d)

tercapai

29.

Suasana di Stadium Bukit Jalil menjadi ___________ sebaik sahaja pasukan Malaysia berjaya menjaringkan gol.

a)

hingar-bingar

b)

segar-bugar

c)

keluh-kesah

d)

mundar-mandir

30.

Selepas mengambil beg dalam keadaan _____________, Hakimi berlari ke arah bas itu kerana takut ketinggalan.

a)

tunggang-langgang

b)

gopoh-gapah

c)

serta-merta

d)

lintang-pukang

31.

Salleh ke Kuala Lumpur untuk menghadiri temu duga ____________ segulung ijazah yang dimilikinya.

a)

berlandaskan

b)

berpandukan

c)

bersandarkan

d)

berbekalkan

32.

Bantuan kerajaan telah pun diterima oleh _____________ daripada penduduk kampung yang menjadi mangsa bencana banjir itu.

a)

semua

b)

sebahagian

c)

setiap

d)

seluruh

33.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Rancangan untuk mengadakan lawatan sambil belajar telah dipersetujui sebulat suara oleh murid-murid Tahun 6 Dahlia.

a)

Keputusan murid-murid Tahun 6 Dahlia untuk mengadakan lawatan sambil belajar telah disepakati.

b)

Lawatan sambil belajar dengan persetujuan murid-murid Tahun 6 Dahlia telah diadakan.

c)

Mereka telah bersetuju untuk mengadakan lawatan sambil belajar bagi murid-murid Tahun 6 Dahlia.

d)

Murid-murid Tahun 6 Dahlia telah sepakat untuk mengadakan lawatan sambil belajar telah disepakati.

34.

Negara kita ___________ menghadapi gangguan jerebu lagi pada tahun ini.

a)

pernah

b)

sedang

c)

mungkin

d)

patut

35.

Iqbal berasa __________ apabila mendengar berita kejayaan sahabatnya.

a)

bangga

b)

tenang

c)

ceria

d)

bahagia

36.

Pilih ayat yang betul.

a)

Kebanyakan bahan yang dipamerkan berasal daripada Timur Tengah.

b)

Bayaran ke pameran Sains itu bukan mahal sangat.

c)

Sila dapatkan maklumat pameran di kaunter pertanyaan.

d)

Setengah pengunjung datang ke pameran ialah murid sekolah.

37.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Penyelam itu dapat melihat dengan jelas keadaan ikan lumba-lumba di dasar laut.

a)

Keadaan di dasar laut jelas kelihatan penyelam itu dengan ikan lumba-lumba.

b)

Dasar laut yang jelas memudahkan penyelam melihat keadaan ikan lumba-lumba itu.

c)

Penyelam itu dan ikan lumba-lumba dapat melihat keadaan di dasar laut dengan jelas,

d)

Ikan lumba-lumba dapat dilihat dengan jelas oleh penyelam itu ketika berada di dasar laut.

38.

Ibu meminta saya mengambilkan ___________ jam tangan dan ___________ kalung mutiara di dalam laci di biliknya.

a)

sebuah ... seutas

b)

seutas ... seuntai

c)

sebiji ... sebutir

d)

sebutir ... seurat

39.

Gasing uri yang popular di negeri Kelantan biasanya berbentuk _____________.

a)

bulat

b)

leper

c)

lengkung

d)

bundar

40.

Pilih ayat yang betul.

a)

Faiz akan balik kampung esok pagi.

b)

Tengkolok baginda telah dihiasi dengan permata nilam.

c)

Lili menyimpan di dalam stor alat perkhemahan.

d)

Susanti mempunyai banyak majalah-majalah lama tentang sukan.