wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UJIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TKN 5

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah tergolong dalam kategori perhiasan diraja?

a)

Cincin

b)

Seluar

c)

Kereta

d)

Muskat

2.

1. Apakah nama lain bagi Rumah Limas?

a)

Rumah Kutai

b)

Rumah Berpeleh

c)

Rumah Baju Kurung

d)

Rumah Tiang Dua Belas

3.

Mengapakah Rumah Serambi Melaka dianggap unik?

a)

Mempunyai atap singgora

b)

Mempunyai tebar layar yang runcing

c)

Mempunyai tangga batu yang berwarna-warni

d)

Mempunyai dinding yang dibina hingga ke paras rabung.

4.

Tempat perhimpunan atau peyembahan kaum Sikh dikenali sebagai __________________

a)

Kuil

b)

Masjid

c)

Gereja

d)

Gurdwara

5.

Soalan 5 merujuk senarai berikut:

· Nature Morte (1911)

· L’Homme a’ la Guitare (1918)

. Nature Morte a’ la The’iere (1916)

Siapakah pelukis yang menghasilkan karya-karya di atas?

a)

Juan Gris

b)

Erich Heckel

c)

Jean Metzinger

d)

Karl Schmidt-Rottluff

6.

1. Karya seni di atas dikenali sebagai karya aliran __________________.

a)

Seni Pop

b)

Seni Optik

c)

Seni Fauvisme

d)

Seni Surealisme

7.

1. Berikut adalah karya catan Pablo Picasso yang popular kecuali _______________.

a)

boy with a Pipe

b)

Three Musicians

c)

Girl Before a Mirrow

d)

Les Demoiselles D’Avignon

8.

1. Siapakah pelukis karya yang terkenal ini?

a)

Alfred Sisley

b)

Thomas Cole

c)

Michelangelo

d)

Leornardo Da Vinci

9.

1. Aliran dan gaya seni lukisan Fauvisme bermula antara tahun 1900 hingga tahun 1910. Gaya aliran ini __________________.

a)

menolak idea peniruan terhadap alam.

b)

menggambarkan luahan perasaan secara spontan dan bebas.

c)

menggunakan susunan geometri yang boleh menggelirukan

pandangan mata.

d)

mengaplikasikan bentuk realisme ke dalam bentuk geometri.

10.

1. Siapakah antara pelukis berikut mendorong aliran yang betul?

a)

Franz Kline – Fauvism

b)

Andre Breton – Surealisme

c)

Roy Lichtenstein – Kubisme

d)

Richard Caldicott - Seni Pop

11.

1. Siapakah pelopor yang dianggap sebagai pelopor catan aliran Fauvisme?

a)

Henri Matisse

b)

Salvador Dali

c)

Pablo Picasso

d)

Jackson Pollock

12.

· Salvador Dali

· Andre Masson

· Yves Tanguy

· Paul Delvaux

Apakah aliran yang didokong oleh pelukis-pelukis di atas?

a)

Seni Op

b)

Kubisme

c)

Surealisme

d)

Ekspresionisme

13.

1. Di manakah pusat gerakan aliran Ekpresionisme Abstrak?

a)

Paris

b)

Rome

c)

London

d)

New York

14.

1. Karya catan di atas merupakan karya aliran _________________.

a)

Ekspresionisme Abstrak

b)

Ekspresionisme

c)

Kiubisme

d)

Seni Pop

15.

Apakah simbolik kepada arca zaman prasejarah yang bertajuk Venus of Willendorf?

a)

Semangat perburuan

b)

Semangat kesuburan

c)

Semangat keagamaan

d)

Semangat kepahlawanan

16.

Berikut adalah seni arca Barat pada era Modenisme kecuali _______________.

a)

Aliran Pop

b)

Aliran Dadaisme

c)

Aliran Surealisme

d)

Aliran Ekspresionisme

17.

Beliau adalah pengarca yang terkenal dengan gaya arca figura bersaiz besar dan tema mitologi Roman.

a)

Edgar Degas

b)

Camille Claudel

c)

Nanni di Banco

d)

Jean Baptiste Carpeaux

18.

Seni arca pada abad ke-16 memaparkan ciri-ciri keindahan bentuk badan arca patung dan gaya. Ciri –ciri ini merujuk kepada gaya arca?

a)

Gaya Rococo

b)

Gaya Neoklasisme

c)

Gaya Manerisme

d)

Gaya Baroque

19.

Pengarca bagi karya “David” ini ialah _________________.

a)

Gian Lorenzo Bernini

b)

Alessandro Algardi

c)

Giovanni da Bologna

d)

Michelangelo

20.

Berikut adalah konsep produk bagi Reka Bentuk Industri kecuali _______________.

a)

konsep mudah alih

b)

konsep ergonomic

c)

konsep mesra alam

d)

konsep estetika

21.

Apakah yang dimaksudkan dengan model prototaip?

a)

Produk lama

b)

Proses membuat produk

c)

Pengeluaran produk yang banyak

d)

Produk contoh yang hampir menyerupai produk sebenar

22.

Manakah antara berikut, konsep yang perlu ada pada sesuatu reka bentuk industri?

I Murah III Mudah alih

II Teknologi IV Mesra alam

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

23.

Tiga prospek kerjaya dalam bidang Reka Bentuk Industri adalah seperti berikut kecuali _________________.

a)

Pereka pentas

b)

Pereka produk

c)

Pereka bentuk perabot

d)

Pereka bentuk automotif

24.

Mengapakah model skala penting dalam reka bentuk industri?

a)

Sebagai tanda aras ciri Keselamatan

b)

Menguji imbangan dan kelajuan

c)

Memastikan ciri ergonomik digunakan

d)

Menjadi panduan untuk menghasilkan produk dalam saiz sebenar.

25.

Kraf batik mempunyai ______________ motif .

a)

lima

b)

enam

c)

tujuh

d)

empat

26.

Motif batik di atas adalah motif _____________________.

a)

burung

b)

siput


c)

kupu-kupu

d)

ayam

27.

Motif yang biasa digunakan pada bahagian bertanda X ialah motif Pucuk Rebung atau bunga pokok. Apakah nama bahagian kain batik tersebut?

a)

Badan kain

b)

Kepala kain

c)

Kaki kain

d)

Gigi kain

28.

Motif yang menghiasi latar bahagian badan kain ialah ______________.

a)

Isen

b)

Kijang

c)

Banji

d)

Ayam

29.

Manakah antara berikut, merupakan alat dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan Batik Skrin?

A

a)

Lilin dan canting

b)

Guli dan pewarna

c)

Pemidang dan emulsi foto

d)

Soda ash dan blok cetakan

30.

Apakah kegunaan sodium silikat dalam proses penghasilan batik?

a)

Bahan pencair lilin

b)

Bahan pelembut kain

c)

Bahan pemati warna batik

d)

Menanggalkan kesan lilin pada kain.

31.

Gambar di atas merupakan batik pelangi. Alat yang digunakan dalam penghasilan batik tersebut ialah _____________________.

a)

blok terapan

b)

lilin

c)

tali

d)

emulsi foto

32.

Tugu Negara adalah sejenis arca ____________________.

a)

assemblaj


b)

tambahan

c)

luakan

d)

binaan

33.

Apakah jenis perhiasan di bawah ?

a)

Rantai

b)

Dokoh

c)

Kerongsang

d)

Cucuk sanggul

34.

Pakaian di bawah dikenali sejak zaman dahulu. Ianya diberi nama __________________.

a)

baju kebaya

b)

baju kurung

c)

baju teluk belanga

d)

baju kurung kedah

35.

Antara berikut, keris yang manakah digunakan secara melibas dan menetak?

a)

Keris Pekaka

b)

Keris Madura

c)

Keris Sundang

d)

Keris Majapahit

36.

Soda ash digunakan dalam proses

membatik untuk _______________.

a)

mengikat dan mewangikan kain batik

b)

bertidak sebagai pemati warna

c)

menanggalkan kesan lilin

d)

melembutkan kain

37.

Maklumat di bawah menerangkan tentang kenderaan tradisional.

· Kajang

· Badan

· Balak

· Lanting

Apakah kenderaan tradisional itu?

a)

Beca

b)

Kolek

c)

Perahu nelayan

d)

Kereta lembu

38.

Rumah Panjang terletak di negeri

___________________.

a)

Kedah

b)

Johor

c)

Sabah

d)

Sarawak

39.

Mengapakah kekisi tingkap dipasang

pada rumah Melayu tradisional?

a)

Mencantikkan ukiran

b)

Memudahkan edaran udara

c)

Mengukuhkan struktur binaan

d)

Mengekalkan seni bina tradisional

40.

Sejarah catan Barat telah melalui

pelbagai zaman. Pada zaman ini,

mesej karya tertumpu kepada

kedamaian, keharmonian dan

kecintaan.

Apakah zaman yang dimaksudkan?

a)

Zaman Romantisme

b)

Zaman Renaissance

c)

Zaman Yunani Purba

d)

Zaman Baroque dan Rococo