wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 7 : SEJARAH TINGKATAN 5 (7.2)

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Bagaimana dasar Pendidikan Kebangsaan mampu memupuk perpaduan kaum di negara kita?

a)

Menubuhkan sekolah kebangsaan

b)

Menghapuskan sekolah Vernakular

c)

Meningkatkan kadar celik huruf

d)

Meningkatkan kemahiran bahasa

2.

Apakah kesan pelaksanaan Akta Pendidikan 1996

a)

Melahirkan tenaga mahir

b)

Memperkasakan Bahasa Melayu

c)

Menghapuskan sekolah swasta

d)

Menggalakkan belajar ke luar negara

3.

Apakah matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan?

a)

Memajukan sukan negara

b)

Meningkatkan kadar celik huruf

c)

Meningkatkan kemahiran pelbagai bahasa

d)

Memupuk perpaduan kaum

4.

Berdasrkan kajian Aminuddin Baki, sistem persekolahan aneka jurusan telah diperkenalkan pada 1965. Mengapakah sistem persekolahan tersebut diperkenalkan ?

a)

Menampung pelajar yang gagal memasuki sekolah menengah akademik

b)

Memartabatkan bahasa kebangsaan

c)

Menempatkan murid kelainan upaya

d)

meningkatkan tempoh pembelajaran

5.

-Penekanan pada mata pelajaran Sejarah

- Mewajibkan mata pelajaran Tatarakyat

Penyataan di atas merujuk kepada

a)

Laporan Razak

b)

Laporan Rahman Talib

c)

Kajian Aminuddin Baki

d)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

6.

"Penekanan kepada pendidikan kerohanian melalui mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral"

Penyataan di atas merujuk kepada

a)

Akta Pendidikan 1961

b)

Laporan Rahman Talib

c)

Kajian Aminuddin Baki

d)

Laporan Jawatankuasa Kabinet

7.

KBSM digubal berdasarkan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan generasi yang ...

a)

berwawasan

b)

berkemahiran

c)

bercita-cita tinggi

d)

berinovatif

8.

Mengapakah jawatankuasa Kabinet 1974 dibentuk?

a)

Memperkenalkan dasar pendidikan kebangsaan

b)

Mengkaji semula pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan

c)

Menilai keberkesanan Dasar Pendidikan Kebangsaan

d)

Mengenal pasti kelemahan penggunaan bahasa Melayu

9.

Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dilaksanakan mulai 1989.Kemudian digantikan dengan _________ mulai 2017

a)

KSSM

b)

KBSR

c)

KBSM

d)

KBSR

10.

Berikut adalah aspek penekanan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi.....kecuali

a)

Jasmani

b)

Rohani

c)

Sikap

d)

Emosi