wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Geografi F4-Kelastarian Sungai

Total questions: 19

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Wap-wap air daripada badan air dibawa naik ke ruang atmosfera melalui proses apa?

a)

Penyejatan

b)

Sejat peluhan

c)

Pemeluwapan

d)

Kerpasan

2.

Proses yang manakah merujuk kepada air hujan yang mengalir ke permukaan bumi dari cerun yang lebih tinggi kepada cerun yang lebih rendah?

a)

Pemeluwapan

b)

Kerpasan

c)

Larian air permukaan

d)

Aliran air bawah tanah

3.

Glasier akan mencair dan membentuk sungai pada musim apa?

a)

musim sejuk

b)

musim panas

c)

musim luruh

d)

musim bunga

4.

Batuan yang membenarkan air hujan meresap masuk ke dalam tanah dikenali sebagai batuan apa?

a)

batuan telap air

b)

batuan granit

c)

Batuan konglomerat

d)

Batuan tidak telap air

5.

Aliran air bawah tanah yang mengalami tekanan akan menyebabkan air tersebut keluar ke permukaan sebagai apa?

a)

air terjun

b)

air mata air

c)

aliran air permukaan

d)

tasik

6.

Padanan manakah yang benar tentang lokasi dan proses tindakan air sungai?

a)

hakisan - hilir sungai

b)

pengangkutan - tengah sungai

c)

pemendapan - hulu sungai

7.

Yang manakah benar tentang hakisan menegak?

a)

hakisan di bahagian dasar sungai

b)

giat di kawasan yang mempunyai air terjun atau jeram

c)

alur sungai menjadi semakin luas dan berbentuk U

8.

Yang manakah bukan merujuk kepada hakisan melebar?

a)

hakisan secara mendatar di kedua-dua tebing sungai

b)

lebih aktif di kawasan tengah sungai

c)

alur sungai menjadi dalam, sempit dan berbentuk V

9.

Tindakan hidraul membolehkan ________________ mengeluarkan batuan seperti kelikir, pasir dan kelodak yang akan menyebabkan struktur yang padat pecah.

a)

larian air permukaan

b)

bahan bebanan

c)

hempasan air yang kuat

d)

aliran air bawah tanah

10.

Yang manakah bukan bahan-bahan menjadi agen dalam tindakan geseran?

a)

serpihan batuan

b)

kelikir

c)

daun-daun

d)

pasir

11.

Bahan-bahan yang diangkut oleh sungai berlaga antara satu sama lain sehingga menyebabkan bahan-bahan tersebut pecah lalu menjadi lebih kecil merujuk kepada tindakan apa?

a)

tindakan hidraul

b)

tindakan lagaan

c)

tindakan geseran

d)

tindakan larutan

12.

Apakah cara hakisan sungai yang akan berlaku kepada batu kapur yang merupakan batuan yang mudah larut apabila bertindak balas dengan air?

a)

tindakan hidraul

b)

tindakan geseran

c)

tindakan lagaan

d)

tindakan larutan

13.

Apakah cara pengangkutan yang sesuai untuk mengangkut batu tongkol yang bersifat kasar, berat dan tumpat?

a)

seretan

b)

lompatan

c)

apungan

d)

larutan

14.

Apakah bahan yang sesuai diangkut menggunakan proses lompatan?

a)

batu tongkol

b)

kerikil

c)

pasir

d)

kalsium karbonat

15.

Daun-daun, kelodak dan pasir sesuai diangkut menggunakan proses apungan kerana apa?

a)

mudah larut air

b)

bentuk yang bersegi-segi

c)

ringan

d)

kasar

16.

Yang manakah bahan yang tidak mudah larut air?

a)

kalsium karbonat

b)

gipsum

c)

pasir

d)

ammonium

17.

Yang manakah bukan faktor yang mempengaruhi proses pemendapan sungai?

a)

perubahan cerun dasar sungai

b)

terdapat halangan-halangan di dasar sungai

c)

perubahan alur sungai dari kecil kepada besar

d)

beban menjadi semakin ringan

18.

Di lokasi manakah beban yang dibawa oleh sungai akan dimendapkan?

a)

air terjun

b)

dataran banjir

c)

jeram

d)

tebing sungai

19.

Apakah beban yang tidak akan dimendapkan di kawasan muara sungai?

a)

kelikir

b)

pasir

c)

batu tongkol

d)

kelodak