wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PM T5 - Unit 7 Ciri Berperikemanusiaan

Total questions: 15

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Kesejahteraan global adalah suasana aman dan makmur dari segi...


(Pilih 3)

a)

keselamatan

b)

jaminan makanan

c)

kesihatan

d)

kewangan

2.

Berdasarkan buku teks Pendidikan Moral Tingkatan 5 muka surat 90, senaraikan 4 ciri-ciri berperikemanusiaan demi kesejahteraan global.

4 lines
3.

Senaraikan dua ciri berperikemanusiaan demi kesejahteraan global yang dikaitkan dengan aktiviti mengumpul dana untuk mangsa peperangan. [TP 1]

a)

Mencintai keamanan dunia

b)

Menghargai nyawa

c)

Melestari keseimbangan ekosistem

d)

Berbangga dengan kemenangan

4.

Jelaskan 2 ciri kemanusiaan yang diamalkan oleh negara yang terlibat dalam operasi mencari MH370.

4 lines
5.

Berikut merupakan contoh Melindungi hak asasi manusia.


[Pilih 2]

a)

Membantu golongan kurang bernasib baik

b)

Memberikan bantuan keperluan asas dan perubatan

c)

Menentang bantuan kemanusiaan

d)

Menyokong kempen alam sekitar

6.

Berikut merupakan contoh Sikap kepedulian dan keprihatinan.


[Pilih 2]

a)

Menyertai misi keamanan dan kemanusiaan

b)

Membantu mangsa bencana dan pihak yang memerlukan

c)

Menyantuni setiap individu sebagai manusia

d)

Memelihara dan memulihara sumber alam

7.

Berikut merupakan contoh Mencintai alam sekitar pada peringkat global.


[Pilih 2]

a)

Menentang penggunaan senjata nuklear dan kimia

b)

Menghalang pemburuan haram dan permerdangan manusia

c)

Menyantuni setiap individu sebagai manusia

d)

Menentang diskriminasi berasaskan gender, warna kulit dan bangsa.

8.

Nyatakan dua contoh perlakuan berperikemanusiaan yang perlu dilakukan untuk membantu mangsa peperangan. [TP2]

a)

Memberikan bantuan perubatan

b)

Memberikan sokongan moral

c)

Menyokong kempen alam sekitar

d)

Menggalakkkan kanak-kanak berperang

9.

Berikut merupakan contoh Mencintai Keamanan Global.


[Pilih 2]

a)

Berpendirian teguh dalam mempertahankan isu keamanan.

b)

Menghalang pemburuan haram dan permerdangan manusia

c)

Menyantuni setiap individu sebagai manusia

d)

Menentang diskriminasi berasaskan gender, warna kulit dan bangsa.

10.

Apakah yang anda faham dengan kegiatan pemerdagangan manusia?

a)

Kegiatan yang melibatkan pemerolehan tenaga kerja dan perkhidmatan individu secara paksa.

b)

Kegiatan ekonomi yang melibatkan tenaga manusia

c)

Kegiatan sosial antara negara untuk membangunkan ekonomi

d)

Kegiatan perdagangan import eksport yang menggunakan tenaga manusia

11.

Jelaskan dua faktor yang menyebabkan kegiatan tidak berperikemanusiaan ini semakin berleluasa.

a)

Penguatkuaan undang-undang yang lemah.

b)

Permintaan tenaga buruh yang tinggi di sesebuah negara.

c)

Remaja suka lari dari rumah mudah dieksploitasi.

d)

Remaja tidak suka belajar mudah tertipu dengan sindiket peluang pekerjaan.

12.

Nyatakan dua agensi tempatan yang bertanggungjawab untuk menangani masalah pemerdagangan manusia.

a)

Polis Diraja Malaysia

b)

Jabatan Kastam Diraja Malaysia

c)

Syarikat Air Johor

d)

Anggota Maritim Negara

13.

Senaraikan 2 bentuk bantuan kemanusiaan yang boleh dihulurkan oleh negara kita kepada negara yang dilanda bencana.

4 lines
14.

Huraikan 2 sikap berperikemanusiaan yang patut diamalkan terhadap golongan kanak-kanak.

4 lines
15.

Jelaskan 2 kebaikan membantu mangsa pelarian demi kesejahteraan global.

4 lines