wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

T4 Bab 1 Langkah Keselamatan di Dalam Makmal

Total questions: 69

Worksheet time: 36mins

Name
Class
Date
1.

(a)   atau kasut makmal dipakai untuk melindungi kaki daripada bahan kimia yang berbahaya di lantai.

2.

Bahan sisa yang boleh dibuang ke dalam singki

a)

Cuka

b)

Merkuri

c)

Jus Oren

d)

Sebuk besi

3.

Bahan yang tidak boleh dibuang ke dalam singki

a)

Petrol

b)

Garam biasa

c)

Minyak

d)

Larutan natriun hidroksida dengan pH 10

4.

Tempat pelupusan bahan sisa biologi biobahaya

a)

Tapak pelupusan

b)

Laut

c)

Insinerator

5.

Gas metana ialah contoh bahan yang terbakar kelas kebakaran

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

e)

E

6.

Makmal sains merupakan bilik yang disediakan khas untuk

menjalankan suatu aktiviti.

Apakah aktiviti tersebut?

a)

Menyimpan bahan berbahaya

b)

Menggunakan peralatan perlindungan diri

c)

Mempelajari konsep sains

d)

Menjalankan eksperimen

7.

Rajah 1 menunjukkan satu contoh alat perlindungan diri.

Apakah nama bagi alat perlindungan diri ini?

a)

Topeng mata

b)

Topeng muka

c)

Topeng keselamatan

d)

Topeng perlindungan diri

8.

Antara aktiviti sains yang berikut, yang manakah perlu menggunakan sarung tangan?

a)

Menuang air suling ke dalam silinder penyukat

b)

Menggunakan penyiram kecemasan

c)

Menggunakan pembilas mata

d)

Menangkap cacing tanah

9.

Mengapakah pemanasan hablur iodin dijalankan di dalam kebuk wasap?

a)

Supaya wap iodin tidak dicemari oleh udara

b)

Supaya hablur iodin tidak mudah meruap

c)

Supaya wap iodin tidak mencemari udara

d)

Supaya hablur iodin tidak dicemari mikrob yang berbahaya

10.

Apakah yang dielakkan daripada objek yang tersimpan di dalam kabinet aliran laminar?

a)

Patogen yang berbahaya

b)

Wap air dari udara

c)

Angin

d)

Bahan pencemar udara

11.

Rajah 2 menunjukkan satu aktiviti di dalam makmal.

Apakah aktiviti ini?

a)

Membilas dan mencuci mata yang terkena percikan bahan kimia

b)

Membilas dan mencuci mata yang terkena pasir yang seni

c)

Melegakan mata daripada kesakitan

d)

Menjadikan mata lembap

12.

Apakah nilai pH bahan yang boleh dibuang ke dalam singki?

a)

7 sahaja

b)

Kurang daripada 5

c)

Lebih daripada 9

d)

Antara 5 hingga 9

13.

Sungai yang berdekatan dengan kawasan pertanian lazimnya mengandungi bahan buangan yang radioaktif.

Apakah bahan buangan itu?

a)

Bahan perosak serangga

b)

Bahan baja fosfat

c)

Bahan perkumuhan binatang ternakan

d)

Bahan perkumuhan ikan

14.

Rajah 3 menunjukkan sejenis tong sampah yang lazimnya

digunakan di hospital.

Apakah jenis sisa yang dibuang ke dalam tong sampah tersebut?

a)

Bahan sisa yang bukan biobahaya

b)

Bahan sisa biologi yang biobahaya

c)

Bahan sisa biologi yang berwarna kuning

d)

Bahan sisa biologi daripada kultur bakteria sahaja

15.

Apakah jenis bahan yang sekiranya tertumpah di dalam makmal memerlukan bantuan daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk tindakan seterusnya?

a)

Merkuri

b)

Petrol

c)

Gris

d)

Minyak masak

16.

Alat pemadam api bahan kimia lembap digunakan untuk memadamkan kebakaran bahan X.

Apakah contoh bahan X?

a)

Kerosin

b)

Etana

c)

Natrium

d)

Minyak masak tak tepu

17.

Apakah jenis alat api yang digunakan untuk memadamkan kebakaran alat elektrik yang bervoltan 240 v?

a)

Alat pemadam api air

b)

Alat pemadam api buih

c)

Alat pemadam api serbuk kering

d)

Alat pemadam api kkarbon dioksida

18.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan peralatan perlindungan untuk badan ?

a)

Gogal

b)

Topeng muka

c)

Sarung tangan

d)

Baju makmal

19.

Antara yang berikut, yang manakah fungsi kebuk wasap?

a)

A. Perlindungan terhadap wasap toksik dan wap

b)

B. Tempat menyimpan bahan kimia

c)

C. Tempat menyimpan radas kaca yang mahal

d)

D. Perlindungan terhadap haba tinggi

20.

Mata Ahmad terkena sedikit percikan bahan kimia. Apakah tindakan segera harus dia lakukan?

a)

A. Matanya segera dibersih dengan tisu

b)

B. Matanya dilap dengan kapas

c)

C. Matanya dilapik dengan pembalut

d)

D. Matanya segera dibersih dengan air yang mengalir

21.

Antara bahan berikut , yang manakah digunakan untuk menyekat tumpahan merkuri?

a)

Pasir

b)

Tepung beras

c)

Garam

d)

Serbuk sulfur

22.

Antara alat yang berikut yang manakah merupakan alat keselamatan di dalam makmal?

a)

Sarung tangan

b)

Kebuk wasap

c)

Kasut keselamatan

d)

Gogal

23.

Pernyataan di bawah merupakan kegunaan satu alat perlindungan diri:


Mengelakkan diri daripada terhidu bahan kimia di dalam bentuk wasap atau pun serbuk


Namakan alat ini

a)

Gogal

b)

Kabinet keselamatan biologi

c)

Topeng muka

d)

Baju makmal

24.

Berikut adalah simptom keracunan merkuri kecuali

a)

Pengsan

b)

Cirit - birit

c)

sesak nafas

d)

kerengsaan mata

25.

Antara bahan berikut yang manakah tidak boleh dibuang di dalam sungai?

a)

Cuka

b)

Kloroform

c)

Etanol

d)

Larutan natrium klorida

26.

Natrium merupakan logam yang sangat reaktif. Sebagai langkah keselamatan dan perlindungan diri, peralatan yang manakah sesuai digunakan untuk memegang natrium di dalam makmal?

a)

Forseps

b)

Spatula

c)

Rod kaca

d)

Pemegang Kayu

27.

Mengapakah minyak tidak boleh dibuang di dalam singki?

a)

Minyak bahan yang mudah meruap

b)

Minyak merupakan pelarut organik

c)

Minyak adalah contoh bahan reaktif

d)

Minyak merupakan bahan yang tidak larut dalam air

28.

Antara yang berikut yang manakah merupakan langkah yang betul bagi menguruskan pembuangan sisa bangkai?

a)

Sisa hendaklah disimpan sementara di tempat khas

b)

Sisa hendaklah dibungkus dengan cermat dan disimpan sementara di dalam penyejuk beku

c)

Sisa hendaklah ditanam dengan baik

d)

Sisa hendaklah dibungkus kemudiannya dibuang di tempat pembuangan sampah

29.

Bahan buangan berikut tidak boleh dibuang ke dalam singki KECUALI ____.

a)

klorofom

b)

arsenik

c)

bahan yang mempunyai pH kurang daripada 5

d)

air Suling

30.

Dalam Prosedur Operasi Standard (POS), bahan eksperimen seperti bangkai haiwan serta organ, tersenarai di bawah ___.

a)

kategori A

b)

kategori B

c)

kategori C

d)

kategori D

31.

Sisa buangan di bawah kategori X perlu dibungkus dan dimasukkan ke dalam beg plastik biobahaya, diautoklaf dan dimasukkan ke dalam tong biobahaya. Apakah kategori X?

a)

Kategori A

b)

Kategori B

c)

Kategori C

d)

Kategori D

32.

Berikut ialah jenis kemalangan yang biasa berlaku di dalam makmal KECUALI ____.

a)

renjatan elektrik

b)

termometer pecah

c)

terkena serpihan kaca

d)

jam tangan pecah

33.

Langkah pertama yang harus diambil sekiranya berlaku tumpahan merkuri (akibat termometer jatuh dan pecah) di dalam makmal ialah _____.

a)

segera memberitahu guru

b)

segera memberitahu kawan sebelah

c)

segera menghubungi Jabatan Bomba

d)

menabur serbuk sulfur ke atas merkuri

34.

Berikut adalah jenis-jenis alat pemadam kebakaran KECUALI ____.

a)

Buih, Air, Karbon Dioksida, Hidrogen

b)

Sulfur, Serbuk Kering,Air,Buih

c)

Air, Buih, Agen Pencuci,Karbon Dioksida

d)

Pasir, Karbon Dioksida, Coca Cola, Tanah Liat

35.

Jenis alat pemadam kebakaran bersumberkan air digunakan untuk memadamkan kebakaran jenis ____.

a)

kelas A

b)

kelas B

c)

kelas C

d)

kelas D

36.

Semasa menjalankan audit alat pemadam kebakaran di sekolah, terdapat _______ butiran utama pada alat pemadam kebakaran yang perlu diaudit.

a)

3

b)

4

c)

5

d)

6

37.

Peralatan perlindungan diri penting untuk melindungi daripada bahaya. Antara berikut, yang manakah bukan merupakan peralatan perlindungan diri?

a)
b)
c)
d)
38.

Apakah kategori bahan sisa di atas?

a)

Kategori A

b)

Kategori B

c)

Kategori C

d)

Kategori D

39.

Apakah sebab sesetengah bahan tidak boleh dibuang ke dalam singki?

a)

Menghakis saluran paip besi

b)

Membuka saluran paip menjadi lebih besar

c)

Air akan bereaksi menjadi neutral

d)

Asid dan alkali kuat dapat membunuh bakteria

40.

Yang manakah bukan kaedah menguruskan bahan kimia yang tertumpah di atas meja dengan banyak?

a)

Jadikan kawasan tumpahan sebagai kawasan larangan

b)

Guna pasir untuk sekat bahan merebak

c)

Kaut tumpahan bahan kimia

d)

Masukkan semula bahan kimia ke dalam botol kimia

41.

Mengapakah selipar tidak boleh dipakai semasa di dalam makmal sains?

a)

tidak mematuhi etika pemakaian

b)

kaki boleh tercedera jika terkena tumpahan bahan kimia dan objek tajam

c)

tidak cantik

d)

untuk mengurangkan bau

42.

K,L,M dan N merupakan langkah-langkah menggunakan alat pemadam kebakaran untuk memadamkan api


K - cabut pin untuk melepaskan tuil

L - Hala nozel atau hos ke dasar api

M- Tekan tuil untuk mengeluarkan bahan pemadam. Untuk berhenti lepaskan tuil

N- Gerakan hos kiri ke kanan. Gerak ke arah api dengan berhati-hati


Antara berikut yang manakah merupakan urutan langkah yang betul?

a)

K,L,M,N

b)

M,K,L,N

c)

L,M,K,N

d)

N,M,L,K

43.

Apakah alat pemadam kebakaran yang sesuai digunakan apabila anda melihat situasi ini?

a)
b)
c)
d)
44.

Yang manakah adalah panduan keselamatan kebakaran?

a)

Memasang alat pengesan asap

b)

Memasang suis elektrik dengan tangan basah

c)

Meletakkan tinner di sebelah dapur gas

d)

Menggunakan soket plug yang bocor

45.

Peralatan ini diperbuat daripada getah untuk melindungi tangan daripada bahan kimia berbahaya. Apakah peralatan ini?

a)

Gogal

b)

Topeng Muka

c)

Sarung Tangan Getah

d)

Baju makmal

46.

Berikut merupakan peralatan perlindungan diri yang disediakan di makmal, kecuali

a)

Kabinet Aliran Laminar

b)

Pili singki

c)

Penyiram kecemasan

d)

Kebuk Wasap

47.

Antara berikut, yang manakah merupakan perbuatan yang salah dilakukan di dalam makmal?

a)

Memasukkan asid dahulu ke dalam air semasa eksperimen

b)

Memasukkan pepejal ke dalam cecair yang panas

c)

Membiarkan penutup botol kimia terbuka

d)

Membasuh bahagian kulit yang terdedah dengan air sebelum meninggalkan makmal

48.

Bahan sisa boleh dibahagikan kepada

a)

Bahan yang boleh dibuang ke dalam singki

b)

Bahan yang tidak boleh dibuang ke dalam singki

c)

Bahan organik

d)

Bahan-bahan kimia

49.

Larutan yang tidak boleh dibuang ke dalam singki adalah

a)

Bahan neutral

b)

Asid hidroklorik 1.0M

c)

Asid lemah

d)

Alkali lemah

50.

Berikut merupakan bahan yang tidak boleh dibuang ke dalam singki kecuali

a)

Air paip

b)

Sisa pepejal

c)

Sebatian pelarut organik

d)

Logam berat

51.

- Dinyahkontaminasi secara autoklaf.

- Dilupuskan terus ke dalam sistem kumbahan.


Apakah bahan yang perlu diuruskan mengikut prosedur di atas?

a)

Darah

b)

Bangkai Tikus

c)

Serum

d)

Sarung getah

52.

Pada pendapat anda, mengapakah termometer yang pecah perlu diuruskan dengan betul dan selamat?

a)

Boleh mengakibatkan kebakaran

b)

Boleh mengakibatkan sesak nafas

c)

Boleh mengakibatkan kerosakkan ginjal

d)

Boleh mengakibatkan kemandulan

53.

Yang manakah merupakan jenis pemadam kebakaran?

a)

Air

b)

Buih

c)

Karbon dioksida

d)

Serbuk kering

54.

Apakah jenis bahan yang boleh dipadamkan oleh pemadam kebakaran ini apabila berlaku kebakaran?

a)
b)
c)
d)
55.

Alat-alat berikut merupakan alat perlindungan diri yang patut digunakan semasa menjalankan eksperimen di dalam makmal kecuali

a)

Baju makmal

b)

Sarung tangan

c)

Topeng muka

d)

Dosimeter

56.

Kebuk wasap digunakan untuk menjalankan eksperimen yang menggunakan bahan berikut :


i. Kuantiti besar

ii. Mudah meruap

iii. Beracun

iv. Mudah meletup


Pilih jawapan yang betuL

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iii

d)

ii dan iv

57.

Rajah menunjukkan sejenis bahan sisa biologi. Bagaimanakah untuk melupuskan bahan sisa tersebut?

a)

Dibungkus dan dimasukkan ke dalam beg plastik biobahaya dan diautoklaf kemudiannya dimasukkan ke dalam tong biobahaya

b)

Dimasukkan ke dalam bekas khas dan tidak perlu diautoklaf kemudian disimpan di tempat yang selamat

c)

Dibalut dalam tisu, dibungkus rapi di dalam beg plastik biobahaya

d)

Dinyahkontaminasi secara autoklaf dan dilupuskan secara terus ke dalam sistem kumbahan

58.

Semasa sekumpulan murid menjalankan eksperimen di makmal, sebatang termometer merkuri telah jatuh ke lantai dan pecah. Antara tindakan berikut, yang manakah tidak sepatutnya dilakukan oleh murid itu?

a)

Maklumkan kepada guru dengan segera

b)

Jadikan kawasan tumpahan sebagai kawasan larangan

c)

Kutip serpihan kaca dan tumpahan merkuri menggunakan tangan

d)

Tabur serbuk sulfur untuk menutupi tumpahan

59.

Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya bahagian badan seseorang terbakar?

a)

Guna air untuk memadamkan kebakaran

b)

Sembur dengan buih

c)

Selimutkan dengan selimut kebakaran

d)

Guna pasir untuk memadamkan api

60.

Gogal Melindungi mata daripada terkena bahan kimia berbahaya seperti

a)

ammonia

b)

Kuprum

c)

Natrium

d)

bromin

e)

Magnesium

61.

Topeng muka Melindungi hidung dan mulut daripada terhidu bahan kimia yang___ dan mudah meruap serta debu.

a)

Pekat

b)

Masam

c)

Panas

d)

Sengit

62.

______digunakan untuk membersihkan dan membilas bahagian badan atau pakaian yang terkena bahan kimia dengan segera.

a)

Mandian kecemasan

b)

Penyiram keselamatan

c)

Penyiram kecemasan

d)

Mandian keselamatan

63.

Warna label: hitam adalah pemadam api jenis

a)

Air

b)

Buih

c)

Karbon dioksida

d)

Serbuk kering

64.

Kebakaran oleh tangki gas oksigen dari kategori kelas

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

65.

Alat Pemadam api serbuk kering berwarna

a)
b)
c)
d)
66.

Apakah tujuan utama memakai topeng muka semasa menjalankan eksperimen?

a)

Mengelakkan penyebaran penyakit berjangkit.

b)

Mengelakkan gas toksik dan bahan kimia berbahaya memasuki hidung dan mulut.

c)

Mengelakkan percikan bahan kimia ke kulit muka.

d)

Melindungi mata daripada percikan bahan kimia.

67.

Kenyataan manakah menyokong tindakan menyejukkan bangkai tikus selepas dibalut dengan tisu dan dimasukkan ke dalam plastik biobahaya?

a)

Mengelakkan pencemaran bau.

b)

Mengelakkan bangkai diharungi lalat.

c)

Mengelakkan haiwan pemangsa seperti ular memasuki makmal.

d)

Mengelakkan jangkitan penyakit berbahaya.

68.

Harris terkena percikan sid sulfurik cair pada matanya. Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh Harris?

a)

Membilas mata dengan pembilas mata.

b)

Mmebilas badan dengan penyiram kecemasan.

c)

Mengelap mata dengan sanitizer.

d)

Menggosok mata dengan perlahan-lahan.

69.

Pernyataan yang manakah bukan kepentingan memakai sarung tangan semasa melakukan eksperimen

a)

Mengelakkan pencemaran daripada bahan biologi berbahaya

b)

Melindungi luka tangan yang belum sembuh

c)

Memastikan eksperimen dijalankan dengan cepat

d)

Mengelakkan terkena tumpahan bahan kimia atau kultur bakteria