wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulangkaji Geografi T1

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah dikategorikan sebagai arah mata angin utama?

a)

Tenggara

b)

Timur laut

c)

Barat

d)

Selatan

2.

Apakah arah matahari terbit?

a)

Utara

b)

Barat

c)

Timur

d)

Selatan

3.

Gambar ini menunjukkan alat yang digunakan oleh seorang pengembara. Apakah kegunaan alat yang ditunjukkan dala gambar ini?

a)

Menentukan suhu dengan tepat

b)

Menentukan kelajuan angin dengan teoat

c)

Menentukan arah sesuatu tempat dengan tepat

d)

Menentukan ketinggian bentuk muka bumi dengan tepat.

4.

Gambar ini menunjukkan jangka sudut. Apakah kegunaan alat dalam gambar ini?

a)

Mengira jarak

b)

Menentukan arah

c)

Mengukur bearing sudutan

d)

Mengukur ketinggian dari aras laut

5.

Maklumat di bawah berkaitan dengan kedudukan relatif.


🌈 Balai bomba terletak di sebelah kanan sekolah

🌈 Tasik terletak di bahagian belakang padang golf


Antara berikut, yang manakah objek yang menjadi titik rujukan?

a)

Balai Bomba

b)

Sekolah

c)

Padang golf

d)

Tasik

6.

Maklumat di bawah berkaitan dengan ciri garisan longitud utama.


🌈 Tarikh dan waktu di sebelah timur ialah sehari lebih awal berbanding di sebelah barat


Pernyataan di atas paling tepat menerangkan tentang

a)

Garisan Artik

b)

Garisan Khatulistiwa

c)

Garisan Meridian Pangkal

d)

Garisan Tarikh Antarabangsa

7.

Antara berikut, yang manakah terletak di Semenanjung Malaysia?

a)

Perak

b)

Selangor

c)

Sabah

d)

Sarawak

8.

Setiap negeri di Malaysia mempunyai ibu negeri masing-masing. Peranan utama ibu negeri ialah sebagai

a)

pusat pertanian

b)

pusat pentadbiran

c)

pusat perniagaan

d)

pusat perindustrian

9.

Apakah nama ibu negara Malaysia?

a)

Putrajaya

b)

Shah Alam

c)

Kuala Lumpur

d)

Kota kinabalu

10.

Antara berikut, yang manakah termasuk dalam Wilayah Persekutuan?

a)

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

b)

Wilayah Persekutuan Putrajaya

c)

Wilayah Persekutuan Cyberjaya

d)

Wilayah Persekutuan Iskandar

11.

Apakah sistem fizikal bumi yang dikaitkan dengan maklumat di bawah?


🌈 Kawasan ini merangkumi bahagian kerak bumi dan bahagian atas mantel

a)

Biosfera

b)

Litosfera

c)

Atmosfera

d)

Hidrosfera

12.

Apakah benua yang dikaitkan dengan ciri-ciri tersebut?


🌈 Benua yang paling mendatar di dunia

🌈Keluasan kira-kira 7.6 juta kilometer persegi

a)

Afrika

b)

Eropah

c)

Australia

d)

Antartika

13.

Pernyataan di bawah merujuk kepada


🌈Ketinggian tidak melebihi 180 meter dari aras laut

a)

saliran

b)

pinggir laut

c)

tanah tinggi

d)

tanah pamah

14.

Apakah bentuk muka bumi yang dikaitkan dengan maklumat di bawah?


🌈Panjangnya kira-kira 4800 kilometer

🌈Mempunyai pelbagai bentuk muka bumi seperti teluk, tanjung, lagun dan pulau

a)

Sungai

b)

Dataran

c)

Banjaran

d)

Pinggir laut

15.

Apakah persamaan kedua-dua kawasan empangan berikut?


🌈Empangan Tenom Pangi

🌈Empangan Kenering

a)

Kawasan pertanian moden

b)

Tapak perlombongan petroleum

c)

Pusat penjanaan kuasa hidroelektrik

d)

Sempadan semula jadi antara negeri

16.

Mengapakah aliran air sangat deras di peringkat hulu sungai?

a)

Jumlah hujan adalah sedikit

b)

Tarikan air laut di muara sungai

c)

Aliran sungai dihalang oleh batu besar

d)

Air sungai mengalir di kawasan cerun curam

17.

Maklumat di bawah menerangkan tentang


🌈Sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia, kira-kira 457km

a)

Sungai Baram

b)

Sungai Pahang

c)

Sungai Bernam

d)

Sungai Batang Lupar

18.

Ciri-ciri kawasan di bawah mempunyai taburan penduduk


🌈Kawasan pertanian

🌈pesisir pantai

a)

padat

b)

jarang

c)

sangat padat

d)

sederhana padat

19.

Antara berikut, yang manakah faktor fizikal yang mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia?

a)

Kawasan banjaran mempunyai taburan peduduk yang jarang

b)

Kawasan tanah pamah menjadi tumpuan penduduk dan petempatan

c)

Institusi pendidikan mempengaruhi pola taburan penduduk

d)

Perkembangan sektor perikanan menyebabkan taburan penduduk sederhana padat

20.

Mengapakah kawasan di bawah mempunyai taburan penduduk yang jarang?


🌈Taman Negara

🌈Hutan Simpan Royal Belum

a)

Kawasan pertanian pindah

b)

Kawasan perlindungan flora dan fauna

c)

Kawasan pembangunan tanah rancangan

d)

Kawasan pembalakan Hutan Hujan Tropika