Font size
Worksheetswang dan bank t4
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
1. Yang manakah bukan jenis wang di Malaysia
Invois
Deposit semasa
Wang Kertas
Duit Syiling
2. Manakah ciri-ciri wang?
Sukar dibawa
NIlai tidak stabil
Penawaran tidak terhad
Diterima umum
3. Penyataan manakah tidak benar?
Wang diguna untuk menjual dan membeli barang
Wang akan mengalami susut nilai kerana tidak tahan lama
Wang boleh digunakan untuk membandingkan nilai dengan barang lain
Wang boleh digunakan untuk urus niaga kredit
4. Bank pusat berperanan untuk
Mencetak mata wang asing
Jurubank kepada orang awam
Menjalankan perniagaan antarabangsa
Mengawal kestabilan ekonomi
5. Encik Steven mendapati harga tiket bagi menonton perlawanan bola sepak di Stadium Bukit Jalil ialah RM50
Apakah fungsi wang dalam situasi di atas?
Alat ukuran nilai
Alat simpanan nilai
Alat bayaran tertunda
Alat perantaraan pertukaran
6. Wang boleh digunakan dalam pembelian secara ansuran suatu barang.
Fungsi wang adalah sebagai alat
ukuran nilai
simpanan nilai
bayaran tertunda
perantaraan pertukaran
7. Wang merupakan komoditi yang diterima umum oleh masyarakat sebagai alat…
ukuran nilai
simpanan nilai
bayaran tertunda
perantaraan pertukaran
8. Apakah fungsi wang yang berkaitan dengan gambar di atas?
Alat ukuran nilai
Alat penyimpan nilai
Alat bayaran tertunda
Alat perantaraan pertukaran
9. Situasi manakah menerangkan fungsi wang sebagai alat bayaran tertunda.
Cik Anis membayar RM660 setiap bulan keretanya selama sembilan tahun.
Encik Wahid memperuntukkan wang sebanyak RM700 untuk akaun tabungan di Tabung Haji.
Puan Siti membeli rantai emas pada harga diskaun 30%, sempena Sambutan Hari Ibu di Kedai Emas Mewah.
Cikgu Ayu mengunjungi lebih daripada tiga kedai peralatan komputer untuk membandingkan harga mesin pencetak.
10. Contoh manakah yang betul tentang fungsi wang sebagai alat simpanan nilai?
Pemilikan polisi insurans nyawa dari syarikat insurans Bersepadu Berhad
Penetapan harga perabot jati yang diterima dari Indonesia
Proses menjelaskan baki pinjaman dalam tempoh setahun
Pembelian komputer riba baru berharga mahal
11. Contoh manakah yang betul tentang fungsi wang sebagai alat simpanan nilai?
Pemilikan polisi insurans nyawa dari syarikat insurans Bersepadu Berhad
Penetapan harga perabot jati yang diterima dari Indonesia
Proses menjelaskan baki pinjaman dalam tempoh setahun
Pembelian komputer riba baru berharga mahal
12. Mengapakah cek diterima sebagai alat perantaraan pertukaran dalam ekonomi?
Merupakan wang sah dalam urus niaga bernilai besar
Penggunaan adalah lebih selamat dan makin meluas
Mempunyai nilai sandaran tertentu
Perlu diterima oleh peniaga
13. Maklumat di bawah adalah berkaitan dengan adalah kelemahan sistem barter.
Pertukaran barang hanya boleh berlaku antara dua pihak jika kehendak yang serentak.
Apakah fungsi wang yang dapat mengatasi masalah kelemahan sistem barter di atas?
Alat ukuran nilai
Alat simpanan nilai
Alat bayaran tertunda
Alat perantaraan pertukaran
14. Gambar di atas menunjukkan suatu logo bank. Apakah fungsi bank di atas dalam ekonomi
i . Mengurus akaun semasa
ii . Menerima deposit
iii . Memberi pinjaman kepada bank lain
iv . juru bank kepada kerajaan
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
15. Pernyataan di bawah menunjukkan pelaburan Encik Arul.
"Encik Arul membeli sebidang tanah berharga RM95,000 dengan bayaran ansuran sebanyak RM1,400 sebulan."
Fungsi wang dalam situasi di atas ialah
alat ukuran nilai dan alat pelaburan
alat ukuran nilai dan alat bayaran tertunda
alat simpanan nilai dan alat bayaran tertunda
alat perantaraan pertukaran dan alat simpanan nilai
