Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA TERBITAN

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Soalan berdasarkan gambar di atas.

Pegawai itu ________________ beg yang berisi fail-fail penting ke pejabat.

a)

mengepit

b)

membimbit

c)

memikul

d)

mengenggam

2.

Kebanyakan pelajar kelas saya mengantuk pada hari ini kerana mereka ____________ mata pada malam tadi menyaksikan siaran langsung pertandingan bola sepak Piala Dunia.

a)

berkelip

b)

berkedip

c)

bersengkang

d)

bertentang

3.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah bersetuju untuk _________ produk kesihatan yang dihasilkan oleh anak tempatan ke luar negara.

a)

menggerakkan

b)

menguruskan

c)

menambahkan

d)

memasarkan

4.

Ayah berasa sungguh ___________ kerana tidak dapat menunaikan impian adik untuk melancong ke luar negara.

a)

tertekan

b)

terkilan

c)

terharu

d)

tersinggung

5.

Duit syiling di dalam tabung itu _________ di atas lantai selepas tabung itu jatuh dan pecah.

a)

bertaburan

b)

bertebaran

c)

berserakan

d)

berlimpahan

6.

Kereta yang dipandu oleh Encik Kumar terbabas lalu ________ ke dalam parit.

a)

tercampak

b)

terhumban

c)

tersasar

d)

terpelanting

7.

Penduduk kampung sedang bergotong-royong ___________ mengacau dodol sempena hari Keluarga.

a)

memasak

b)

menggoreng

c)

mengacau

d)

merebus

8.

Nasihat daripada ibu_______________dapat menjadi panduan kepada abang yang akan memulakan hidup baharu di bandar.

a)

seelok-eloknya

b)

sepatut-patutnya

c)

seboleh-bolehnya

d)

sekurang-kurangnya

9.

Kaki Pak Man ______________ duri semasa dia melalui kawasan ladang kelapa sawit.

a)

tersangkut

b)

tersengat

c)

tertikam

d)

tertusuk

10.

Arus sungai yang deras itu telah ___________ perahu nelayan yang diletakkan di tebing sungai.

a)

menggerakkan

b)

merosakkan

c)

menenggelamkan

d)

menghanyutkan

11.

Ayah sedang ______________ jala untuk menangkap ikan di sungai berhampiran dengan rumah nenek.

a)

memasang

b)

menebar

c)

melontar

d)

melambung

12.

Leman dan kawan-kawannya ___________ khemah untuk didiami oleh mereka sepanjang aktiviti perkhemahan itu.

a)

mendirikan

b)

menaikkan

c)

menghiaskan

d)

menangguhkan

13.

Penjenayah itu masih ___________ walaupun semua orang tahu dia yang meragut beg tag tangan perempuan itu.

a)

bertanya-tanya

b)

bertapi-tapi

c)

berbisik-bisik

d)

berlengah-lengah

14.

Puan Noraini ____________ sebentuk cincin di jari manis bakal menantunya dalam majlis pertunangan itu.

a)

meletakkan

b)

menyarungkan

c)

memuatkan

d)

menyisipkan

15.

Puan Teoh _____________ tiga periuk nasi kerana rakan-rakannya akan makan tengah hari di rumahnya.

a)

memasak

b)

menanak

c)

merebus

d)

menjerang

16.

Encik Hazwan berasa ___________ ketika berada di luar bilik bersalin.

a)

tercungap-cungap

b)

tertanya-tanya

c)

berdebar-debar

d)

berkobar-kobar

17.

_________________ wajah Aishah berjaya menarik perhatian para juri untuk menobatkan beliau sebagai Ratu Busana Muslimah sempena Minggu Fesyen Islam 2020.

a)

Kesayuan

b)

Kesucian

c)

Keindahan

d)

Keayuan

18.

Pekerja sawit itu sedang _____________ tandan kelapa sawit dengan menggunakan galah.

a)

memetik

b)

mengait

c)

memotong

d)

menarik

19.

Ekoran permintaan yang tinggi, pengeluaran kereta syarikat itu mencatatkan ________________ sejak bulan April.

a)

kemajuan

b)

perangkaan

c)

peningkatan

d)

kenaikan

20.

1) Apakah maksud kata terbitan?

a)

Bentuk kata yang terbit dari mata turun ke hati.

b)

Bentuk kata yang mengalami proses penggandaan

c)

Bentuk kata yang terdiri daripada kata dasar yang mengalami proses pengimbuhan

d)

Bentuk kata yang mesti terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.