wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz pemahaman

Total questions: 14

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Demam denggi merupakan penyakit bawaan nyamuk Aedes yang menyebabkan virus demam denggi kepada manusia. Kita sering kali alpa dan memandang enteng tentang wabak denggi sehingga ada dalam kalangan ahli keluarga kita dijangkiti demam denggi.


Apakah maksud rangkai kata memandang enteng?

a)

mengambil mudah

b)

membuat senang

c)

menjadi remeh

d)

melihat renyah

2.

Acap kali kita mendengar bahawa pesakit yang mengalami demam denggi bagi kali kedua berdepan dengan risiko kematian. Hal ini demrkian kerana antibodi badan mangsa sudah lemah dan tidak mampu melawan serangan virus denggi.


Mengapakah pesakit yang mengalami demam denggi bagi kali kedua berdepan dengan risiko kematian?

a)

Risiko kematian sentiasa ada bagi setiap pesakit yang diserang vims denggi.

b)

Pesakit pernah menghidap demam denggi dan simptom-simptom lain.

c)

Antibodi badan pesakit sudah lemah dan tidak mampu melawan serangan virus denggi.

d)

Pesakit telah mengalami demam panas yang berpanjangan dan patiet darah pesakit semakin berkurangan

3.

Demam denggi bermuia dengan pesakit mengalami demam panas diikuti dengan simptom-sinrptom lain seperti sakit kepala, sakit sendi dan sakit pada bahagian beiakang mata serta ruam merah di kulit. Apabila platlet darah pesakit demam denggi semakin berkurangan secara berterusan, tekanan darah akan menjadi rendah, denyutan nadi juga semakin laju dan akhirnya berlaku kematian.


Berikut merupakan gejala-gejala demam denggi berdasarkan petikan kecuali

a)

ruam merah di kulit

b)

sakit kepala

c)

demam selesema

d)

sakit sendi

4.

Demi memastikan keluarga bebas daripada demam denggi, kita mestilah memastikan keselamatan di dalam rumah. Sebagai contoh, tingkap dan pintu mestilah ditutup menjelang waktu senja. Selain itu, kita juga boleh menggunakan lingkaran elektrik atau penyerap cecair bagi menghalang serangga seperti nyamuk aedes masuk ke dalam rumah.


Apakah langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan demam denggi?

a)

menggunakan cecair anti denggi

b)

menutup pintu dan tingkap pada waktu malam

c)

menggunakan lingkaran elektrik

d)

memastikan keselamatan di dalam dan di luar rumah

5.

Berdasarkan petikan pada soalan 1 hingga 4, apakah mesej yang hendak disampaikan dalam petikan tersebut?

a)

demam denggi boleh membawa maut

b)

peranan keluarga penting dalam mencegah demam denggi

c)

kesihatan amat penting untuk mengelakkan demam denggi

d)

mencegah demam denggi lebih baik daripada merawat

6.

kecanggihan teknologi maklumat telah mengubah landskap penyebaran maklumat secara giobal. Kewujudan media baharu seperti laman sosial Facebook, Twitter dan Youtube telah memberikan impak yang positif terhadap masyarakat global.


Berikut adalah antara platform media sosial, kecuali...

a)

facebook

b)

youtube

c)

twitter

d)

wikipedia

7.

Rangkaian media sosial telah memberikan akses kepada semua pengguna Intemet untuk berhubung dengan lebih cepat daripada cara tradisional. Mesej penting dapat dihantar secara dalam talian pada bila-bila masa kerana sifatnya yang mudah diakses dengan kemudahan Internet. Tindakan seperti ini sekali gus dapat menjimatkan masa dan mengurangkan kos daripada terpaksa membuat penghantaran melalui pos.


Berikut merupakan manfaat media sosial kepada pengguna, kecuali...

a)

pengguna dapat berhubung dengan lebih cepat

b)

pengguna terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk mendapatkan kemudahan Internet

c)

pengguna dapat menghantar mesej penting dengan mudah

d)

pengguna dapat menjimatkan masa daripada membuat penghantaran melalui pos

8.

Media sosial turut menjadi dasar untuk menjalankan aktiviti pemiagaan secara dalam talian. Peniaga dapat mempromosikan produk-produk melalui media sosial seperti Wechat dan Facebook. Mereka juga dapat berinteraksi dengan pelanggan secara langsung tanpa batasan masa dan geografi.


Mengapakah media sosial kini menjadi pilihan para peniaga dalam talian?

a)

Peniaga mudah mendapat pelanggan

b)

Peniaga dapat menjual produk sekelip mata

c)

Peniaga tidak perlu membuat promosi untuk menjual produk

d)

Peniaga dapat menjual produk mereka pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja

9.

Berdasarkan petikan pada soalan 6 hingga 10, apakah idea utama yang dibincangkan dalam petikan tersebut?

a)

Keburukan media sosial

b)

Kepentingan media sosial kepada remaja

c)

Manfaat media sosial kepada pengguna

d)

Keajaiban media sosial

10.

Puan Salmah mempunyai tanah lapang di belakang rumahnya. Puan Salmah berhasrat untuk menghijaukan kawasan itu dengan menanam sayur-sayuran sebagai sumber makanan keluarga. Puan Salmal juga dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga.


1.Bagaimanakah Puan Salmah menghijaukan tanah lapang di belakang rumahnya. (pilih 1 jawapan sahaja)

a)

menanam pokok

b)

menanam bunga

c)

menanam sayur

d)

menanam tumbuhan hijau

11.

Apakah kebaikan menanam sayur? (pilih lebih daripada 1 jawapan.)

a)

sebagai sumber kewangan keluarga

b)

sebagai sumber makanan keluarga

c)

menjimatkan tenaga

d)

menjimatkan perbelanjaan keluarga

12.

Berdasarkan gambar tadi, bagaimanakah suasana tempat itu? (pilih lebih daripada 1 jawapan)

a)

senyap

b)

aman

c)

damai

d)

riuh

e)

udara segar

13.

Sebagai anak watan yang bertanggungjawab, kita haruslah menyuburkan semangat cinta akan negara dan memupuk perpaduan antara kaum demi mengekalkan kemerdekaan di negara ini. Bak kata pepatah, "di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung."

1.Apakah tanggungjawab seorang warganegara? (pilih lebih daripada 1 jawapan)

a)

menyuburkan semangat cinta akan negara

b)

mementingkan kebaikan sendiri

c)

memupuk perpaduan

d)

membencikan kaum lain

14.

Apakah maksud peribahasa "di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung." (pilih 1 jawapan sahaja)

a)

kita tinggal di bumi

b)

jangan berharap tinggal di langit

c)

mengikut aturan dan adat yang diamalkan di tempat yang kita tinggal

d)

berasa bersyukur akan tempat yang kita tinggal