Font size
WorksheetsKuiz - KSSM Tingkatan 5 - Seni Reka Grafik (Infografik)
Total questions: 25
Worksheet time: 26mins
Infografik merupakan gabungan dua perkataan iaitu informasi dan grafik. Apakah tujuan utama Infografik dihasilkan?
Untuk dijadikan sebagai perhiasan
Untuk membantu pembaca untuk mendapatkan maklumat
Untuk membantu menarik perhatian pembaca
Untuk menyusun maklumat yang banyak
Apakah kegunaan infografik kepada pelancong?
Menjadikan perjalanan lebih ceria
Menjadikan perjalanan lebih menarik
Dapat memendekkan jarak perjalanan
Memudahkan perjalanan ke destinasi
Kesemua jawapan berikut merupakan elemen visual infografik kecuali.
Ilustrasi
Tipografi
Jalinan
Warna
Jawapan berikut merupakan elemen-elemen yang terdapat dalam prinsip visual Infografik kecuali.
Format dan Saiz
Stail Visual
Naratif dan Penceritaan
Kreativiti
Elemen Visual infografik ini berkaitan dengan nombor dan simbol matematik. Elemen ini diperlukan untuk menyampaikan informasi dengan jelas. Apakah elemen ini?
Tipografi
Ilustrasi
Graf dan Carta
Fotografi
Simbol dan Ikon termasuk dalam elemen ilustrasi visual infografik. Apakah tujuan elemen ini?
Untuk mewakili data atau maklumat yang dibahagikan mengikut klasifikasi
Untuk menyampaikan maklumat yang sukar
Untuk meningkatkan daya tarikan
Untuk dijadikan panduan kepada pembaca
Maklumat ini merupakan sampel atau fakta yang dianalisis.
Carta dan graf
Data dan Statistik
Ilustrasi
Topografi
Apakah tujuan utama fotografi dimasukkan dalam sesebuah infografik.
Untuk menimbulkan suasana
Untuk menambah elemen visual
Untuk menjadikannya unik
Untuk menghiasi infografik
Berdasarkan gambar, apakah jenis infografik tersebut.
Informasi
Naratif dan penceritaan
Data dan Statistik
Garis masa
Apakah jenis infografik yang berikut.
Penceritaan
Data dan Statistik
Informasi
Proses
Gambar berikut merupakan sebuah infografik. Apakah jenis infografik berikut.
Proses
Statistik
Garis Masa
Geografi
Dalam sesebuah infografik, format dan saiz memainkan peranan yang sangat penting. Apakah peranan elemen tersebut.
Untuk memudahkan pembacaan
Untuk menentukan ruang dan paparan susun atur
Untuk mengukur saiz muka taip
Untuk menentukan jumlah patah perkataan
Carta dan graf merupakan salah satu elemen visual infografik. Apakah jenis graf yang berikut.
Garisan
Piktogram
Bar
Histogram
Apakah tujuan graf dan carta dalam elemen Visual infografik.
Memudahkan proses penyampaian maklumat
Menyampaikan data numerikal
Membantu menyusun maklumat agar lebih teratur
Sebagai alat penanda
Proses ini dilakukan agar dapat diolah, diuji nilai dan ditambah baik sebelum sampai kepada karya akhir. Proses ini dapat membantu pereka grafik menguji beberapa konsep secara kasar dengan cepat berpandukan prinsip dan elemen visual infografik. Pernyataan berikut merujuk kepada.
Proses membuat infografik
Proses penjanaan idea
Proses membuat rekaan
Proses menyiapkan infografik
Berikut merupakan proses menjana idea infografik kecuali.
Lakaran awal
Lakaran Kenit
Lakaran komprehensif
Lakaran kasar
Stail visual merupakan elemen asas dalam visual infografik. Elemen ini bertindak sebagai.
Untuk memudahkan proses mengenal pasti maklumat
Untuk menentukan keseragaman setiap elemen visual
Untuk memastikan visual infografik tersusun
Untuk memastikan tiada data yang tertinggal
Manakah antara berikut merupakan susunan proses rekaan infografik yang tepat?
Media dan teknik > Penjanaan idea > Lukisan komprehensif
Tema dan informasi > Elemen dan prinsip > Penjanaan idea > Lukisan komprehensif
Elemen dan prinsip > Penjanaan idea > Lukisan komprehensif
Tema dan informasi > Elemen dan prinsip > Lukisan komprehensif > Penjanaan idea
Manakah antara berikut, elemen visual yang digunakan dalam penghasilan karya infografik?
I Tipografi
II Simbol dan Ikon
III Data dan Statistik
IV Naratif dan Penceritaan
I dan II
I dan IV
III dan IV
II dan III
Antara pilihan yang berikut, manakah prinsip visual yang digunakan dalam visual infografik?
I Ilustrasi
II Warna
III Format dan Saiz
IV Data dan Statistik
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah fungsi utama infografik?
Bincangkan elemen dan prinsip visual yang terdapat pada rekaan infografik.
Nyatakan kepentingan penggunaan graf dan carta dalam rekaan infografik.
Infografik digunakan sebagai penyampai maklumat kepada masyarakat. Jelaskan pernyataan di atas berserta contoh.
Pada pandangan anda, mengapakah infografik diperlukan oleh masyarakat?
