NEW
Font size
WorksheetsBahasa Istana 6 Mawar
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
1) Berikut merupakan penggunaan kata ganti diri nama yang betul bagi bahasa Istana kecuali
Beliau - Baginda
Abang - Kekanda
Adik - Adinda
Kakak - Kakanda
2) Berikut merupakan padanan yang betul bagi bahasa Istana kecuali
Murka - Marah
Buang air - Ke sungai
Duduk / Tinggal - Semayam
Mandi - Menyucikan diri
3) Berikut merupakan padanan yang betul bagi bahasa Istana kecuali
Mandi - Bersiram
Makan - Santap
Rumah - Kediaman
Pergi - Berangkat
4) Berikut merupakan padanan yang betul bagi bahasa Istana kecuali
Rumah - Istana
Sampai - Berangkat
Sudi berkunjung - Mencemar duli
Setuju - Berkenan
5) Berikut merupakan padanan yang betul bagi bahasa Istana kecuali
Sampai - Berangkat tiba
Tidur - Beradu
Berjumpa - Mengadap
Dewan Makan - Dewan Istana
6) Berikut merupakan padanan yang betul bagi bahasa Istana kecuali
Izin - Limpah
Hadiah - Anugerah
Maaf - Ampun
Berjumpa - Bertemu
7) Baginda telah .................. untuk menyempurnakan Acara Istiadat Majlis Konvokesyen di salah sebuah universiti awam.
bersetuju
berkenan
berangkat
bertitah
8) Baginda biasanya akan ................. pada pukul 11.00 malam.
gering
mangkat
beradu
bersiram
9) Baginda akan .................. ke Masjid Negara esok.
bertitah
menuju
bergerak
berangkat
10) Baginda yang baru sahaja ............ semalam akan ............. pada pagi ini.
pergi ............. ditanam
meninggal dunia ................. dikuburkan
mangkat ................. dikebumikan
mangkat ................. dimakamkan
11) Maksud mangkat ialah
Dilahirkan
Meninggal dunia
Berangkat pergi
Dianugerahkan pangkat
12) Sultan Mahmud memakai ___ sebelum berangkat ke balairung seri untuk upacara pertabalan tersebut.
kaus (kasut)
iram-iram (payung di raja)
destar (topi)
celana (seluar)
13) Sultan Azlan _____ di Istana Merak Kayangan semenjak pertabalan baginda sebagai Sultan Selangor.
berangkat
beradu
bersemayam
bertitah
14) Halim sedang mandi di dalam bilik air. Pilih perkataan seerti mandi di dalam bahasa istana
beradu
bertitah
bersiram
berkelana
15) Hashim sedang makan di dewan makan. Pilih perkataan seerti makan di dalam bahasa istana
beradu
bertitah
bersantap
berkelana
16) Sultan Mahmud merasa ____ menunggu jawapan kepada lamaran baginda untuk memperisterikan Puteri Gunung Ledang.
gering
murka
masghul
sukacita
17) Seluruh rakyat jelata berdukacita dengan keadaan Sultan Azlan yang sedang ___ di Institut Jantung Negara.
mangkat
masghul
gering
murka
18) Sultan Mahmud Syah telah berkenan untuk menerima menghadap Perdana Menteri yang ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad di ______.
iram-iram
singgahsana
mahkota
pejabat
19) Sultan Mahmud Syah ____ apabila Puteri Gunung Ledang menolak pinangan baginda.
murka
gering
mangkat
masghul
20) " _____________ sedang gering. Khabarnya sudah hampir sepurnama lamanya namun masih belum sembuh," kata Laksamana kepada Panglima.
Beta
Patik
Hamba
Tuanku
