NEW
Font size
Worksheetsikatan kimia
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
antara yang berikut yang manakah bukan sebatian?
karbon dioksida
air
helium
magnesium karbonat
antara pernyataan berikut, manakah yang benar tentang ikatan kimia?
ikatan kimia boleh dibentuk dengan perkongsian elektron sahaja.
ikatan kimia boleh dibentuk dengan pmindahan elektron sahaja
ikatan kimia boleh dibentuk samada dengan perkongsian atau pemindahan elektron.
ikatan kimia boleh dibentuk samada dengan perkongsian atau pemindahan proton.
diberi bilangan elektron bagi unsur X ialah 21. antara berikut, manakah susunan elektron yang betul bagi ion yang terbentuk?
2.8.8
2.8.8.1
2.8.8.3
2.8.8.8
unsur X dan unsur Y bertindak balas untuk menghasilkan satu sebatian. susunan elektron bagi atom unsur X dan unsur Y ialah 2.7. antara berikut,manakah benar tentang tindak balas itu?
satu sebatian kovalen terbentuk.
setiap atom x menerima 2 elektron.
setiap atom Y menerima 2 elektron.
setiap atom X bergabung dengan 2 atom Y untuk membentuk satu sebatian.
unsur X dari kumpulan 1 bertindak balas dengan unsur Y dari kumpulan 16 untuk membentuk satu sebatian ionik. apakah formula sebatian tersebut?
XY
X2Y
XY2
X3Y2
antara berikut yang manakah benar tentang ikatan ion?
ia terbentuk apabila satu atom bukan lgam bergabung satu atom bukan logam yang lain.
ia terbentuk dengan pemindahan elektron dari satu atom bukan logam kepada satu atom logam.
ion positif dan ion negatif ditarik oleh daya elektrostatik
setiap atom menyumbang bilangan elektron yang sama untuk perkongsian.
antara berikut, yang manakah sebatian ion?
NO2
H2O
SO3
AL2O3
Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang gas lengai?
gas lengai merupakan bukan logam
gas lengai merupakan gas monoatom
gas lengai tidak reaktif secara kimia
gas lengai membentuk ikatan kovalen.
magnesium mempunyai susunan elektron 2.8.2. antara berikut, yang manakah banr tentang magnesium?
magnesium berkongsi dua elektron valensnya untuk membentuk susunan elektron yang stabil.
Magnesium menderma 2 elektron valensnya untuk membentuk susunan elektron oktet yang stabil
Magnesium telah membentuk susunan elektron duplet yang stabil
magnesium menerima 6 elektron untuk membentuk susunan elektron oktet yang stabil.
satu unsur W membentuk ikatan ionik dengan unsur oksigen dengan formula kimianya ialah W2O3. Apakah W?
natrium
karbon
aluminium
kalsium
