WorksheetsBAHASA MELAYU TAHUN 6
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
1. Nyatakan maksud Bangsa Membaca bangsa Berjaya
membaca menambah ilmu pengetahuan
membaca merupakan asas mendapatkan ilmu pengetahun untuk berjaya dalam hidup
orang yang malas membaca akan lambat pandai
membaca memudahkan kita mendapat pekerjaan
2. Bahasa Jiwa Bangsa bermaksud ________________________
orang yang mempunyai bahasa
orang yang menyanjungi bahasanya
orang yang bangga dengan bangsanya
ketrampilan seseorang yang dapat digambarkan melalui bahasa yang dituturkannya.
3. Hujan emas di negeri orang, Hujan batu di negeri sendiri bermaksud ___________________________
Meskipun hidup mewah di negeri orang, negeri sendiri tetap yang terbaik.
Walaupun negara luar bagus, negeri kita tidak dapat tandinginya
4. Maksud "Di sini lahirnya sebuah cinta" dalam tema semangat cinta akan negara ialah _________________________________
negara kita tempat mendapatkan kasih sayang dan mendapatkan hidup yang senang.
rasa cinta akan segala aspek melibatkan kehidupan rakyat Malaysia
negara yang menjadi bukti tempat lahir kita
5. Maksud " Buatan Malaysia Pilihan Bijak"____________________________
Membeli barangan Malaysia akan dapat harga yang murah
Barangan buatan Malaysia mempunyai kualiti yang sederhana dan tidak tahan lasak.
Kualiti barangan Malaysia setanding barangan luar negara dan harga yang murah dapat mengurangkan kos perbelanjaan.
6. Maksud " Alah Membeli Menang Memakai ialah _________________________________________
Satu kerugian jika kita membeli barang yang terlalu mahal
Amat berbaloi walaupun barangan dibeli mahal tetapi berkualiti dan dapat bertahan lama.
7. Maksud " Berpantang Maut Sebelum Ajal" ialah __________________________________________
Kita digalakkan terus berjuang dan bertahan, bukan bermakna menentang atau tidak mempercayai ketetapan Allah tetapi terus berikhtiar, tidak berserah tanpa usaha.
Kita digalakkan bermunajat kepada Allah semata-mata kerana Dialah yang menentukan apa yang kita lakukan.
8. Maksud Biar Putih Tulang Jangan Putih Mata bermaksud __________________________________
Lebih baik mati berjuang supaya mendapat sanjungan orang
Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah.
9. Antara berikut yang manakah tidak tergolong dalam peribahasa?
perumpamaan
pepatah
slogan
bidalan
10. Banyak mulut, patah kandar dan otak udang tergolong dalam _____________________
pepatah
perumpamaan
simpulan bahasa
11. Peribahasa manakah yang sesuai untuk menggambarkan seseorang yang cepat marah apabila ditegur tentang kelakuan tidak baiknya?
telinga lintah
telinga kuali
telinga nipis
12. Apakah peribahasa lain yang sama maksud dengan peribahasa " Air dicincang tidak akan putus"?
bagai aur dengan tebing
bagai abu di atas tunggul
carik-carik bulu ayam,lama-lama bercantum juga.
seperti enau dalam belukar
13.Kamil kecewa apabila pinangannya ditolak atas alasan kedudukannya tidak setaraf dengan Halimah.Peribahasa yang sesuai untuk situasi Kamil ialah ______________________
rambut sama hitam,hati lain-lain
enggang sama enggang, pipit sama pipit
masak di luar, mentah di dalam.
14. Maksud peribahasa "genggam bara api biar sampai jadi arang" sama dengan peribahasa_______________________
sedikit-sedikit,lama-lama jadi bukit.
alang-alang menyeluk pekasam,biar sampai ke pangkal lengan
burung terbang dipipiskan lada.
15. Apakah simpulan bahasa yang betul dengan situasi di bawah;
Dahlan menyangkakan murid baharu itu tidak pandai kerana kelihatan pendiam dan tidak aktif pada mulanya,rupa-rupanya dia seorang murid elit yang sangat bijak.
bodoh sepat
akal kancil
otak udang
