Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BENTUK-BENTUK LAIN PERNIAGAAN

Total questions: 10

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Siapakah yang akan menyediakan produk dan sistem perniagaan.

a)

Francaisor

b)

Francaisi

2.

Apakah kelebihan perniagaan francais kepada francaisi?

a)

Memiliki dan menjalankan satu perniagaan yang sistematik

b)

Reka bentuk yang seragam

c)

Risiko kegagalan perniagaan rendah

d)

Perlu mengawal kualiti barang

e)

Tidak perlu banyak pengalaman dalam perniagaan

3.

Apakah kekurangan perniagaan francais kepada francaisi?

a)

Tiada inovasi dan inisiatif sendiri untuk majukan perniagaan

b)

Terikat dengan perjanjian francais dan bergantung pada francaisor

c)

Perlu mengawal kualiti barang kerana boleh menjejaskan nama baik francaisor

d)

Tidak perlu banyak pengalaman dalam perniagaan

4.

Manakah satu kelebihan perniagaan usaha sama?

a)

Visi dan misi yang berbeza antara pihak yang bergabung

b)

Perbezaan budaya dan cara pengurusan yang berbeza

c)

Dapat meningkatkan dana kewangan dan tenaga kerja untuk menjalankan sesuatu projek

5.

Puan Syariza ingin mengembangkan perniagaannya ke luar negara. Beliau menjual hak kebenaran kepada seorang francaisi. Apakah kekurangan menjalankan bentuk perniagaan tersebut?

a)

Kehilangan hak pemilikan perniagaan

b)

Struktur pengurusan yang sangat besar

c)

Tidak dapat menikmati ekonomi bidangan

d)

Kesukaran untuk memilih francaisi yang berdaya saing

6.

..................... merupakan syarikat induk yang memiliki hak asal atas jenama produk.

a)

Francais

b)

Francaisor

c)

Francaisi

7.

Francaisi merupakan syarikat yang .................. hak kebenaran untuk menggunakan jenama daripada francaisor.

a)

menjual

b)

membeli

c)

menawarkan

8.

Pilih pernyataan yang benar tentang maksud usaha sama.

a)

Hubungan antara dua pihak dari segi perjanjian urusniaga

b)

Sebuah organisasi yang ditubuhkan oleh sekumpulan individu secara sukarela

c)

Satu perkongsian strategik antara dua atau lebih individu atau syarikat dan mereka bersetuju untuk bekerjasama mengeluarkan barang dan perkhidmatan dalam jangka masa tertentu

9.

Manakah yang merupakan kelebihan perniagaan francais kepada francaisor?

a)

Dapat menjimatkan kos operasi

b)

Dapat menjamin keuntungan perniagaan

c)

Tidak terikat dengan sebarang perjanjian

d)

Dapat mengembangkan perniagaan secara global

10.

Apakah tujuan pembentukan usaha sama?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Menjaga kebajikan masyarakat

b)

Melahirkan usahawan yang inovatif

c)

Menambahkan keuntungan syarikat bersama

d)

Perkongsian kepakaran dan teknologi bersama