Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendidikan Islam Tahun 5 - Berjual Beli Dengan Berhemah

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud jual beli ?

a)

Jual beli ialah pertukaran barang antara dua belah pihak tanpa persetujuan salah sorang daripadanya

b)

Jual beli ialah akad pemilikan harta yang memberikan kesan pemberian pemilikan secara kekal terhadap objek harta atau manfaatnya

c)

Jual beli ialah akad pemilikan harta yang memberikan kesan pemberian pemilikan secara sementara terhadap objek harta atau manfaatnya

d)

Jual beli ialah pemilikan harta secara kekal tanpa perlu melakukan akad jual

2.

Berikan maksud bagi dalil jual beli :

a)

"Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba"

b)

"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa"

c)

“Dan pada harta benda mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak meminta.”

d)

Allah lah yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.

3.

Apakah hukum jual beli ?

a)

Wajib

b)

Sunat

c)

Makruh

d)

Harus

4.

Pernyataan di bawah merujuk kepada ciri penjual dan pembeli dibenarkan syarak,kecuali_______________.

a)

berakal

b)

redha bukan paksaan

c)

hak milik sendiri

d)

mempunyai unsur riba

5.

Antara berikut merupakan ciri-ciri barang jualan yang dibenarkan syarak,kecuali________________.

a)

halal dan suci

b)

tiada unsur penipuan

c)

tidak bermanfaat dan berbahaya

d)

dapat diserah terima dan pembayaran harganya diketahui

6.

Peniaga dan pembeli yang mengabaikan adab dalam berjual beli.

a)

Mendapat keberkatan dalam hidup

b)

Tiada keberkatan dalam kehidupan

c)

Hidup lebih tenang

d)

Disukai masyarakat

7.

Adab seorang penjual seperti berikut KECUALI

a)

Membeli dengan berhemah

b)

Tidak menyorok barang

c)

Ikhlas jujur dan amanah

d)

Memberi layanan yang baik,manis muka.

8.

Siapakah khalifah yang meronda pada waktu malam untuk melihat masalah rakyat dan berhenti di sebuah rumah yang didiami penjual susu dan anaknya.

a)

Saidina Abu Bakar as Siddiq

b)

Saidina Umar al Khottob

c)

Saidina Uthman bin Affan

d)

Saidina Ali bin Abi Thalib

9.

Seorang penjual yang beradab perlulah memberi layanan yang buruk,bermasam muka dan berkasar dengan pelanggan.

a)

Betul

b)

Salah

10.

Amran adalah seorang penjual buah-buahan.Amran telah mencampurkan buah yang rosak dengan yang elok dan menjualnya.Apakah hukum berbuat begitu?

a)

Haram

b)

Makhruh

c)

Sunat

d)

Wajib

11.

Sila isi jawapan yang tepat berkaitan adab penjual


Memberi layanan yang ________, bermanis _______ dan berlemah ___________.

a)

baik, telinga, kasar

b)

baik, muka , lembut

c)

baik, muka, lembik

12.

Adab berjual beli adalah niat berjual beli kerana ...............

a)

ingin kaya

b)

Allah

c)

keluarga

d)

diri sendiri

13.

Apakah perkara yang dilarang ketika berjual beli?

a)

Jujur dalam timbangan

b)

Menceritakan kecacatan barang

c)

Menjual barang yang telah luput tarikh

d)

Menjual barang yang berkualiti

14.

Apakah kebaikan sekiranya beradab dalam jual beli?

a)

Membantu golongan yang tidak bernasib baik

b)

Rezeki tidak berkat

c)

Berlaku pengkhianatan

d)

Mencetuskan perbalahan

15.

Menipu dalam sukatan dan harga barang termasuk di antara.......

a)

Adab berjual beli

b)

Perkara yang dilarang ketika jual beli

c)

Fadhilat berjual beli

d)

Akibat tidak beradab dalam jual beli

16.

Akad jual beli hendaklah saling

a)

redha dan bukan paksaan

b)

terpaksa dan dendam

17.

Mengapakah kita perlu belajar adab jual beli?

a)

Supaya tidak berlaku salah faham dalam urusan jual beli

b)

Supaya kita disayangi guru

c)

Supaya kita dihormati rakan

d)

Untuk mendapat markah cemerlang dalam Pendidikan Islam

18.

Berikut ialah adab pembeli kecuali

a)

Membayar dengan wang palsu

b)

Membeli dengan berhemah

c)

Membeli kerana keperluan

d)

Membuat bandingan harga sebelu membeli

19.

Berikut ialah senarai adab penjual kecuali

a)

Bertolak ansur dengan pelanggan

b)

Tidak mengambil keuntungan yang banyak

c)

Menipu timbangan

d)

Menjaga kepentingan pelanggan

20.

Pilih situasi gambar tersebut

a)

Penjual ikan memarahi pelanggannya dengan kata-kata kesat

b)

Seorang pembeli membeli ikan sambil tersenyum

c)

Seorang penjual menjual ikan dengan wajah yang masam