wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Semester 2 Pengajian Perniagaan

Total questions: 41

Worksheet time: 21mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah bukan fungsi pengurusan?

a)

Perancangan

b)

Pengorganisasian

c)

Kepimpinan

d)

Pengawasan

2.

Menurut Teori Mintzberg, pengurus memainkan peranan yang penting. Yang manakah bukan peranan pengurus mengikut teori Minztberg?

a)

Antara perorangan

b)

Peranan bermaklumat

c)

Peranan bermatlamat

d)

Pembuatan keputusan

3.

Henry Fayol memperkenalkan 14 prinsip pengurusan terbaik yang boleh diamalkan. Yang manakah bukan prinsip tersebut

a)

Disiplin

b)

Autokratik

c)

Pembahagian kerja

d)

Esprit de corps

e)

Inisiatif

4.

Kemahiran untuk berfikir dan menganalisis sesuatu situasi atau masalah dengan baik.


Kemahiran pengurus yang merujuk pernyataan di atas ialah kemahiran (a)  

5.

Kebolehan untuk mewujudkan perhubungan yang baik sesama manusia dengan berkesan.


Pernyataan di atas merujuk kepada kemahiran (a)   yang perlu dimiliki oleh seorang pengurus.

6.

Kebolehan untuk menyempurnakan kerja yang diberikan pada masa yang ditetapkan.


Pernyataan di atas merujuk kepada kemahiran .............. yang perlu dimiliki oleh pengurus.

a)

Teknikal

b)

Pembuatan keputusan

c)

Pengurusan kewangan

d)

Pengurusan masa

7.

Tatacara dan peraturan merupakan perancangan yang digunakan secara berulang kali.

a)

Betul

b)

Salah

c)

Tak pasti pula

d)

Tak mahu jawab

8.

Apakah alat perancangan yang boleh digunakan untuk seseorang peniaga meramal untung sasaran?

a)

Carta Gantt

b)

Bajet

c)

Analisis titik pulang modal

d)

Kaedah laluan genting

9.

Yang manakah merujuk kepada ancaman atau peluang terhadap sesebuah syarikat?

a)

Kemahiran yang dimiliki oleh pekerja dalam syarikat tersebut

b)

Gaya pengurusan seseorang pengurus dalam sesebuah syarikat

c)

Perkembangan teknologi

d)

Analisis kewangan

10.

Apakah alat perancangan yang digunakan untuk merancang pengaliran wang tunai perniagaan pada masa hadapan?

(a)  

11.

Pengorganisasian merupakan proses penyusunan & penyelarasan yang melibatkan pengagihan sumber & tugas dalam organisasi untuk mencapai matlamat organisasi.

a)

betul

b)

salah

c)

tak pasti pula

d)

tak mahu jawab

12.

Berikut merupakan kepentingan pengorganisasian kecuali

a)

Mengagihkan sumber dengan cekap

b)

Menetapkan bidang tugas

c)

Mewujudkan rantaian arahan

d)

Mengukur prestasi

13.

Penjabatanan organisasi terbahagi kepada tiga iaitu

a)

mengikut fungsi, divisyen, dan produk

b)

mengikut fungsi, divisyen, dan matriks

c)

mengikut fungsi produk, divisyen, dan matriks

14.

Jenis penjabatanan organisasi di atas ialah

a)

Penjabatan organisasi mengikut fungsi

b)

Penjabatan organisasi mengikut divisyen

c)

Penjabatan organisasi mengikut matriks

15.

Gambar di atas merupakan proses pengorganisasian. Apakah X?

a)

menilai alternatif

b)

pembentukan

c)

pengelasan aktiviti

d)

proses transformasi

16.

Semua dibawah adalah konsep pengorganisasian kecuali ..........

a)

Autoriti

b)

Tanggungjawab

c)

Penugasan

d)

Rantaian arahan

e)

Jangkauan awalan

17.

Berikan satu jenis kuasa pemimpin yang anda tahu.

(a)  

18.

Pengurus A memberi kenaikan gaji kepada salah seorang pekerjanya.


Apakah jenis kuasa yang dimiliki oleh pengurus tersebut?

(a)  

19.

Kuasa ........................ berlaku apabila pekerja lain mengiktiraf seseorang itu mempunyai kebolehan tentang pengetahuan dalam bidang tertentu dan kemahiran yang mampu menyelesaikan sesuatu masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh orang lain.

a)

Kuasa sah

b)

Kuasa desakan

c)

Kuasa rujukan

d)

Kuasa kepakaran

20.

Seorang pemimpin berupaya membayangkan masa hadapan dalam pencapaian dan penetapan setiap matlamat.


Apakah jenis kepimpinan yang dimiliki pemimpin tersebut?

(a)  

21.

Undang-undang merupakan tindakan dan peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan dalam mengawal operasi sesebuah perniagaan.

a)

Salah

b)

Betul

c)

Tidak pasti

22.

Yang manakah bukan elemen-elemen kontrak?

a)

Tawaran

b)

Penerimaan

c)

Balasan

d)

Niat

e)

Ketidaktentuan

23.

"Suatu aku janji terhadap pihak yang lain bahawa ia akan melakukan sesuatu atau menahan diri daripada melakukan sesuatu jika pihak yang lain itu bersedia menerima"


Apakah elemen kontrak yang merujuk kepada pernyataan di atas?

a)

Penerimaan

b)

Balasan

c)

Tawaran

d)

Niat

24.

"Berlaku apabila suatu pihak menerima cadangan daripada pihak yang membuat tawaran"


Apakah elemen kontrak yang merujuk pernyataan di atas?

(a)  

25.

"Faedah yang diperoleh kedua-dua pihak yang mengikat perjanjian"


Apakah elemen kontrak yang merujuk pernyataan di atas?

(a)  

26.

Berikut merupakan unsur balasan kecuali

a)

mempunyai unsur timbal balik

b)

balasan tidak semestinya berpadanan

c)

mesti sah disisi undang-undang

d)

balasan mesti datang daripada penerima janji

27.

"kemampuan seseorang itu memasuki kontrak"


Pernyataan di atas merujuk elemen kontrak (a)  

28.

Seseorang itu berkelayakan untuk membuat kontrak jika .......

a)

muflis

b)

tidak waras

c)

seorang banduan

d)

dewasa iaitu mencapai umur 18 tahun

29.

Seseorang individu berumur di bawah 18 tahun boleh memasuki kontrak dengan syarat kontrak tersebut ialah..

a)

kontrak untuk keperluan hidup

b)

kontrak biasiswa

c)

kontrak hartanah

d)

kontrak insurans

30.

Yang manakah bukan syarat-syarat kontrak?

a)

Kontrak sah

b)

kontrak tidak sah

c)

kontrak boleh batal

d)

kontrak tidak batal

e)

pemulihan/remedi

31.

Yang manakah menyebabkan kontrak terbatal sejak dari mula lagi?

a)

tidak dilarang di sisi undang-undang

b)

tidak mengecewakan mana-mana undang-undang

c)

merupakan penipuan atau fraud

d)

mendatangkan kebaikan kepada diri dan harta benda orang lain

32.

"Perjanjian yang wujud pada mulanya diikuatkuasakan tetapi dibatalkan kemudian oleh pihak yang berkontrak"


Pernyataan di atas merujuk kepada (a)  

33.

Berikan tiga elemen kontrak.

a)

Tawaran

b)

Niat

c)

Kemampuan

d)

Balasan

34.

Yang manakah elemen kontrak yang merujuk kes Tan Geok Khoo & Gerald Francis lwn. Paya Terubung Est. Sdn. Bhd. (1988).

a)

Niat

b)

Balasan

c)

Tawaran

d)

Keupayaan

35.

Keupayaan merujuk kepada kemampuan seseorang itu menjalinkan perjanjian kontrak.


Berikan tiga syarat seseorang itu boleh memasuki kontrak

a)

Dewasa

b)

Hilang ingatan

c)

Berakal sempurna

d)

Tidak muflis

36.

Kontrak sah jika elemen-elemen kontrak tidak dipenuhi.

a)

Betul

b)

Salah

37.

Berikan tiga perkara yang mendorong kepada kontrak boleh batal.

a)

terdapat unsur paksaan

b)

ada niat memperdayakan pihak lain

c)

tidak bermoral

d)

khilaf

38.

Pelepasan kontrak berlaku apabila sesuatu kontrak boleh dibatalkan dan dikatakan terlepas daripada liabiliti pihak yang terlibat.


Antara dua cara sesuatu kontrak boleh dilepaskan adalah

a)

Dengan kemungkinan

b)

Dengan pelaksanaan

c)

Dengan tiada kemungkiran

d)

Dengan penguatkuasa undang-undang

39.

"Satu remedi di bawah undang-undang ekuiti untuk mengekalkan status quo pihak yang terlibat apabila sesuatu kes ditangguhkan."


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Ganti rugi

b)

Quantum neruit

c)

Injuksi

d)

Menamatkan kontrak

40.

Terdapat empat perkara yang harus wujud dalam suatu kontrak jualan iaitu

a)

Wujud dua pihak, iaitu penjual dan pembeli

b)

Melibatkan pemindahan hak milik

c)

Wujud balasan

d)

Barang dan harta tak alih subjek yang dikontrakkan

e)

Barang sedia ada dan masa hadapan

41.

Pelanggaran syarat kontrak boleh menyebabkan berlakunya pembatalan kontrak.


Berikan dua perkara berikut yang menyebabkan pembatalan kontrak jualan.

a)

Penjual mempunyai hak milik ke atas barang yang hendak dijual

b)

Barang dijual tidak secucuk dengan contoh atau sampel yang ditunjukkan

c)

Pembeli membeli barang berdasarkan penerangan barangan yang dibuat oleh penjual

d)

Pembeli gagal membayar dalam tempoh masa yang ditetapkan