Font size
WorksheetsPRAKTIS BM SISTEM BAHASA
Total questions: 25
Worksheet time: 26mins
"Perlawanan hoki petang ini penting untuk __________," kata jurulatih itu kepada anak-anak buahnya.
dia
kita
kami
mereka
"Pastikan __________ tidak berbuat bising," kata Cikgu Amri kepada murid-muridnya.
anda
kamu
kalian
mereka
"Saya akan meletakkan buku ini di __________," kata Ayu sambil menunjukkan jarinya ke arah meja itu.
ini
sini
situ
sana
Semangat para pejuang kemerdekaan tidak pernah _________ walaupun menghadapi rintangan.
hakis
patah
luntur
tenggelam
Pilih ayat-ayat yang betul.
Ubat itu sangat pahit betul
Maisara gemar lagu-lagu Melayu asli
Bagi Haris, soalan inilah yang sukar sekali
Danny tidak mampu makan lagi kerana perutnya terasa sebu
Komputer __________ memudahkan manusia menjalankan tugas harian.
harus
dapat
pernah
hendak
Puan Yee __________ membawa anak-anaknya ke Pesta Buku Perdana pada hari Ahad nanti.
akan
telah
perlu
boleh
Dalam usaha membendung masalah sosial remaja, ibu bapa __________ berusaha membentuk sebuah keluarga yang harmoni.
telah
harus
sedang
hendak
Pasukan penyelamat __________ berusaha menyelamatkan mangsa-mangsa tanah runtuh di pinggir bandar lewat petang semalam.
boleh
harus
dapat
sedang
"Bukan___ rumah besar itu kepunyaan wakil rakyat kawasan ini?" tanya Sani kepada rakannya, Adam.
lah
tah
jua
kah
"Apa ___ dayaku yang miskin ini," kaluh lelaki tua itu sendirian.
jua
lah
pun
lagi
"Menaiki kereta ___ aku sudah mabuk, apatah lagi jika menaiki kapal terbang," kata Yusuf kepada Suhaimi.
tah
lah
kah
pun
Novel terbaharunya itu __________ sesuai untuk dibaca oleh golongan murid kerana mengandungi kata-kata kesat.
tidak
hanya
bukan
memang
Pilih ayat-ayat yang betul.
Lembu yang akan disembelih esok ialah yang bertanduk runcing.
Kelayakan akademik adalah bukan syarat utama jawatan itu.
Arahan itu adalah daripada Ketua Pengarah Kesihatan.
Makanan seimbang adalah baik untuk kesihatan.
Di __________ Sungai Takali ada sebuah pondok usang.
atas
dalam
bawah
seberang
Ravi dan Kamarul berehat di _________ pokok selepas bermain bola sepak.
luar
atas
dalam
bawah
Peribahasa "seperti hujan jatuh ke pasir" sama maksudnya dengan peribahasa _______________
seperti rumput di tepi jalan
seperti gunting dalam lipatan
bagai mencurah garam ke laut
seperti embun di hujung rumput
Sejak mengalami kemalangan jalan raya setahun yang lalu, Mark hanya terbaring di atas katil. Keadaan Mark diibaratkan__________
sudah jatuh ditimpa tangga
luka telah sembuh, parutnya tinggal jua
malang tidak boleh ditolak, mujur tidak boleh diraih
hendak terbang tidak bersayap, hendak hinggap tidak berkaki
Jika seseorang sudah ditakdirkan rezekinya sebanyak itu, walau berusaha bagaimana sekalipun, rezekinya sebanyak itu juga. Keadaan ini merujuk pepatah __________
tiada beban batu digalas
daripada segenggam, jadi segantang
kalau secupak tidak akan jadi segantang
yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang
Peribahasa berikut mempunyai maksud yang sama kecuali _________________
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
Nyatakan maksud akronim bagi PUSPAKOM
Nyatakan maksud akronim bagi "Bernama"
Kenal pasti kesalahan dalam ayat dan tulis jawapan yang betul.
Aminah memiliki mata yang bundar dan wajah yang lunjung.
Kenal pasti kesalahan dalam ayat dan tulis jawapan yang betul.
Sejak belajar di bandar besar, sikap dia mula berubah menjadi angkuh.
Kenal pasti kesalahan dalam ayat dan tulis jawapan yang betul.
Bagi menjamin keselamatan, setiap penumpang bot hendak memakai jaket keselamatan.
