NEW
Font size
Worksheetskuiz konsep pewarisan 5 ibnu sina
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Seekor kucing berbulu hitam dikacukkan dengan kucing berbulu putih. Hasil keturunan pertama, semua kucing berbulu hitam. Jika sesama anak kucing pada keturunan pertama saling dikacukkan, perbandingan keturunan pada F2 adalah
25% hitam homozigot, 25% putih homozigot, 50% hitam heterozigot
50% hitam heterozigot, 50% putih homozigot
25% hitam heterozigot, 25% putih heterozigot, 50% hitam homozigot
25% hitam homozigot, 25% hitam heterozigot, 50% putih homozigot
Apakah semua kemungkinan genotip anak yang terhasil berdasarkan segiempat Punnett ini?
rR, Rr, rr
RR, rr
RR, Rr
RR, Rr, rr
Menurut Mendel, persenyawaan berlaku secara rawak, maka genotip heterozigot terhasil akan menunjukkan
gen
trait resesif
trait dominan
fenotip resesif
Antara alel dibawah yang manakah menunjukkan traitnya apabila kedua-duanya ialah alel resesif
nn
NN
Nn
nN
Komposisi gen dalam suatu organisma yang tidak dapat dilihat dari luar disebut
genotip
fenotip
ciri
trait
Filial merupakan
gamet dari suatu kacukan
keturunan dari suatu kacukan
induk dari suatu kacukan
gen dari suatu kacukan
sepasang gen yang mengawal ciri tertentu disebut
kromosom
genotip
fenotip
alel
ciri-ciri yang ditunjukkan atau dipamerkan oleh suatu organisma
dominan
resesif
fenotip
genotip
Hukum Mendel Pertama menyatakan bahawa
Ciri sesuatu organisma dikawal oleh sepasang alel, hanya satu daripada pasangan alel ini akan diwariskan ke dalam setiap gamet
Ciri sesuatu organisma dikawal oleh sepasang alel, kedua-duanya diwariskan ke dalam gamet
suatu ciri diturunkan daripada induk kepada satu generasi yang lain.
semasa pembentukan gamet, setiap ahli daripada pasangan alel boleh bergabung secara rawak dengan mana-mana ahli daripada pasangan alel yang lain.
Gen terletak pada ruang tertentu di dalam kromosom. Apakah nama bagi lokasi gen tersebut?
Lokus
Alel
Sentromer
Homolog
Apabila kedua-dua alel terletak di lokus pasangan kromosom homolog adalah sama. Ia dikenali sebagai
resesif
homozigot
heterozigot
dominan
GG dan gg adalah contoh bagi
fenotip
trait
genotip
mutasi
Alel yang sentiasa menunjukkan traitnya dan sentiasa menutup sifat-sifat dari alel pasangannya merupakan alel
dominan
resesif
tulen
hibrid
Bb merupakan contoh bagi
Homozigot
Heterozigot
Monozigot
Baka tulen
Apakah unit asas pewarisan yang terdiri daripada suatu segmen DNA yang menduduki lokus tertentu pada kromosom?
Kromosom homolog
gen
alel
sentromer
Contoh genotip homozigot dominan ialah
PP
Pp
pp
pP
Apakah gamet yang dihasilkan oleh induk yang mempunyai genotip Rr?
R dan r
R
r
RR dan rr
Di bawah ini merupakan beberapa alasan mengapa Mendel menggunakan kacang pis sebagai bahan kajiannya, kecuali
Menghasilkan anak pokok yang terhad dan sedikit
mempunyai struktur pembiakan jantan dan betina
mempunyai ciri dan trait bertentangan yang jelas
boleh ditanam dengan mudah
Hukum Mendel Pertama juga dikenali sebagai Hukum Segregasi. Berdasarkan kacukan monohibrid, berapakah bilangan biji benih berkedut jika jumlah biji benih licin ialah 210?
70
630
210
0
Berapa pasang kromosom yang dimiliki oleh satu sel seorang manusia?
23
46
25
48
