wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kimia Tingkatan 5 KSSM Bab 1 Keseimbangan Redoks

Total questions: 10

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah berlaku semasa tindak balas penurunan?

a)

Menerima oksigen

b)

Kehilangan hidrogen

c)

Menerima elektron

d)

Penambahan nombor pengoksidaan

2.

Apakah nombor pengoksidaan nitrogen dalam NH4Cl?

a)

+1

b)

+3

c)

-1

d)

-3

3.

Antara berikut, yang manakah ialah tindak balas redoks?

a)

H2SO4 + 2NaOH à Na2SO4 + 2H2O

b)

2HCl + CaCO3 à CaCl2 + CO2 + H2O

c)

Fe + CuSO4 à FeSO4 + Cu

d)

K2CO3 + Ca(NO3)2 à CaCO3 + 2KNO3

4.

Antara berikut, bahan yang manakah boleh menukarkan ion ferum(III), Fe3+ kepada ion ferum(II), Fe2+?

a)

Air bromin

b)

Hidrogen sulfida

c)

Air klorin

d)

Larutan kalium manganate(VII) berasid

5.

Persamaan ion berikut menunjukkan tindak balas antara air bromin dengan larutan ferum(II) sulfat.

2Fe2+(aq) + Br2(aq) à 2Fe3+(aq) + 2Br-(aq)


Nyatakan perubahan nombor pengoksidaan bromin dalam tindak balas tersebut.

a)

0 ke +1

b)

0 ke +2

c)

0 ke -1

d)

0 ke -2

6.

Antara berikut, yang manakah benar mengenai tindak balas penyesaran halogen daripada larutan halida?


I Air bromin dapat menyesarkan klorin daripada larutan kalium klorida.

II Air klorin dapat menyesarkan iodin daripada larutan kalium iodida.

III Klorin ialah agen penurunan yang lebih kuat daripada iodin.

IV Iodin membentuk lapisan ungu dalam 1,1,1-triklorometana.

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

7.

Antara berikut yang manakah syarat-syarat piawai bagi setengah sel?

I Kepekatan ion 0.1 mol dm-3

II Suhu 25℃

III Tekanan pada 1 atm

IV Karbon digunakan sebagai elektrod lengai

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

8.

Antara berikut, yang manakah benar tentang sel kimia?

I Suatu alat yang boleh menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga kimia

II Pengoksidaan berlaku di anod sel kimia manakala penurunan berlaku di katod

III Bateri litium ialah contoh sel yang tidak boleh dicas semula

IV Akumulator asid plumbum ialah contoh sel yang boleh dicas semula.

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

9.

Antara berikut, ion-ion yang manakah hadir dalam leburan aluminium oksida?

a)

Al2O3

b)

Al3+, O2-

c)

Al3+, H+, O2-

d)

Al3+, H+, O2-, OH-

10.

Antara berikut, larutan yang manakah menghasilkan gas klorin pada anod dan gas hydrogen pada katod apabila elektrik mengalir melaluinya?

I Asid hidroklorik 0.1 mol dm-3

II Asid sulfurik 0.1 mol dm-3

III Larutan natrium klorida 0.5 mol dm-3

IV Larutan natrium nitrat 0.5 mol dm-3

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV