wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI KOMSAS

Total questions: 31

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Nyatakan tema Cerpen Oren

a)

kasih sayang kepada ibu bapa

b)

kasih sayang kepada binatang

c)

kasih sayang kepada flora dan fauna

2.

Nyatakan persoalan yang terdapat dalam Cerpen Oren kecuali..

a)

Hubungan baik antara manusia dan haiwan

b)

konflik antara Oren dan Kelabu

c)

Kepentingan menjaga alam sekitar

d)

Berkongsi minat yang sama

3.

Pilih watak yang terdapat dalam Cerpen Oren kecuali.

a)
b)
c)
d)
4.

Nilai yang terdapat dalam Cerpen Oren ialah...

a)

kasih sayang

b)

hemah tinggi

c)

patriotisme

5.

Siapakah watak utama dalam cerpen Oren?

a)

Oren

b)

Kelabu

c)

Ayah

d)

Aku

6.

Berapa hari Oren hilang sebelum dijumpai mati di celah pokok tua yang tumbang?

a)

tiga

b)

empat

c)

lima

d)

enam

7.

Mengapakah ayah memelihara Oren?

a)

kerana ayah memang suka kepada binatang

b)

kerana ayah memenuhi kehendak anak-anaknya untuk memelihara kucing

c)

kerana ayah telah melanggar ibu Oren sehingga mati

d)

kerana ayah kesian melihat Oren

8.

Apakah nama watak kucing dalam cerita Oren?

a)

Oren dan Kelabu

b)

Oren dan Hitan

c)

Oren dan Comel

d)

Oren dan Putih

9.

Yang berikut merupakan nilai yang terdapat dalam cerpen Oren, kecuali:

a)

kasih sayang

b)

bertanggungjawab

c)

baik hati

d)

menipu

10.

Manakah yang berikut bukan perwatakan Oren?

a)

Seekor kucing yang nakal.

b)

Seekor kucing yang mempunyai bulu yang berwarna oren

c)

Dibela sejak kecil selepas kematian ibunya

d)

Seekor kucing yang suka mengalah

11.

Keluarga Hayati mengalami masalah kewangan ..............

a)

setelah kematian ayahnya

b)

setelah kematian ibunya

c)

Setelah kematian datuknya

d)

Setelah kematian kakaknya

12.

Apakah nama sekolah Yati?

a)

Sekolah Menengah Seri Setia

b)

Sekolah Menengah Seri Kayangan

c)

Sekolah Menengah Kebangsaan Melaka

13.

Bagaimanakah perwatakan Hayati?

a)

Seorang yang berterus terang.

b)

Seorang yang menyembunyikan kesusahan.

c)

Seorang yang suka memberontak secara diam-diam.

14.

Berikut adalah pengajaran daripada Drama Hadiah, kecuali

a)

Kita mestilah prihatin akan nasib orang di bawah tanggungjawab kita.

b)

Kita harus bertanggungjawab terhadap amanah supaya kita tidak berdosa.

c)

Kita harus berserah dengan nasib kehidupan kita.

15.

Siapakah penulis Drama Hadiah?

a)

Aripin Said

b)

Aripin Saad

c)

Arifin Saad

16.

Mengapakah Hayati pulang ke kampung?

a)

tidak dapat membayar yuran asrama

b)

cuti persekolahan baru bemula

c)

sudah tamat belajar di sekolah

d)

sering dibuli oleh rakan-rakan

17.

Bagaimanakah mereka sekeluarga meneruskan hidup?

a)

menjual nasi lemak dan kuih-muih

b)

Fauziah menoreh getah

c)

Pak Mail menjual hasil tanaman sayuran

d)

pencen Pak Mail yang sedikit

18.

Siapakah Encik Musa dalam drama Hadiah ini?

a)

Seorang ahli politik yang memberi bantuan

b)

Seorang pegawai tentera yang serius dan tegas

c)

Seorang pegawai dari Kementerian Pendidikan

d)

Mewakili Datuk Penghulu menyampaikan sumbangan

19.

Kementerian Pertahanan telah menyumbangkan RM10, 000 kepada keluarga Fauziah kerana Akhbar yang terkorban semasa bertugas di sempadan negara.


Apakah cara yang boleh dilakukan oleh pelajar sekolah untuk menghargai jasa perwira negara?

a)

Menghayati jasa dan pengorbanan mereka

b)

Memberikan pingat atas jasa mereka

c)

Menyumbang wang ringgit kepada mereka

d)

Mengadakan sambutan Hari Pahlawan Negara

20.

“Pak Mail menasihati Fauziah menerima ketentuan Tuhan dengan redha”


Berdasarkan peristiwa di atas, apakah latar masyarakat yang digambarkan penulis dalam drama ini?

a)

Masyarakat kampung

b)

Masyarakat yang berusaha gigih

c)

Masyarakat yang percaya kepada Tuhan

d)

Masyarakat yang sanggup berkorban demi tanah air

21.

Yang ada sedia panji-panji bendera,

Hingga sampai kemuncak menara,

Banyak ada ia bersaudara,

Yang ada pula bersama gara.


Apakah yang dimaksudkan dengan rangkap kedua syair di atas?

a)

Hubungan persaudaraan yang kukuh akan mendatangkan kejayaan walaupun ada kalanya terdapat pelbagai rintangan.

b)

Hubungan manusia dan alam tidak dapat dipisahkan walaupun tinggal di menara yang tinggi.

c)

Pihak berkuasa menjalankan tugas untuk menjaga keselamatan negara.

d)

Hubungan yang akrab antara anggota masyarakat akan dapat menangkis pelbagai anasir jahat.

22.

Apakah tema yang paling sesuai untuk Syair Pohon Buluh?

a)

Kepentingan hidup bersendirian dalam menjalani kehidupan seharian.

b)

Kepentingan menjaga alam sekitar terutamanya pohon buluh.

c)

Kepentingan perpaduan dalam sesebuah negara.

d)

Kepentingan hidup bersatu padu dalam sesebuah keluarga.

23.

Pilih persoalan yang terdapat dalam Syair Pohon Buluh.

a)

Melaksanakan tugas tanpa mengira perbezaan status seseorang.

b)

Perpaduan menjadi teras kejayaan.

c)

Sumber alam yang kian pupus di muka bumi.

d)

Perpaduan kukuh dapat menangkis anasir jahat.

24.

Pihak berkuasa menjalankan tugas untuk menjaga keamanam negara tanpa mengira status seseorang.


Maksud rangkap syair di atas merujuk kepada rangkap syair yang ________________.

a)

Keempat

b)

Ketiga

c)

Kedua

d)

Pertama

25.

Syair Pohon Buluh mempunyai beberapa bentuk dan ciri-ciri iaitu

a)

Bentuk terikat

b)

Mempunyai 4 rangkap

c)

Mempunyai 4 baris dalam setiap rangkap

d)

Mempunyai 4 hingga 6 patah kata dalam setiap baris

e)

Mempunyai 9 hingga 12 suku kata dalam setiap baris

26.

Siapakah watak utama dalam prosa Asal Padi?

a)

Si Bongsu

b)

Si Sulung

c)

Orang kayangan

d)

Burung pipit

27.

Si Bongsu memasukkan segenggam padi ke dalam mulutnya dan melarikan diri namun ditangkap oleh empunya padi.


Berdasarkan pernyataan di atas, apakah persoalan yang terdapat dalam cerita Asal Padi?

a)

Mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain

b)

Kebijaksanaan melakukan sesuatu

c)

Kesungguhan menjaga hak

d)

Keberanian bertindak

28.

Antara berikut, yang manakah bukan nilai yang boleh didapati daripada prosa Asal Padi?

a)

Keberanian

b)

Kebijaksanaan

c)

Kegigihan

d)

Keadilan

29.

Mengapakah orang kayangan menghantar Si Tekuri bersama-sama Si Burung Pipit ke bumi?

a)

Orang kayangan meragui laporan Burung Pipit

b)

Orang kayangan lebih mempercayai Si Tekuri

c)

Orang kayangan meragui Si Tekuri

d)

Si Tekuri berbohong

30.

Antara berikut, yang manakah bukan pengajaran yang boleh didapati dari prosa Asal Padi?

a)

Kita hendaklah gigih berusaha untuk meneruskan kehidupan

b)

Kita hendaklah bersedih selamanya atas nasib malang yang menimpa

c)

Kita hendaklah mempunyai sikap amanah dalam melakukan pekerjaan

d)

Kita hendaklah bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

31.

.... Ia rupanya sudah tahu bahawa apabila anak yatim piatu itu berhasil membawa dan menanam padi itu di bumi, maka akan lenyaplah daya hidup padi itu di kayangan. Demikianlah untung tidak dapat diraih, malang tidak dapat ditolak.....


Berdasarkan petikan di atas, apakah yang dimaksudkan dengan peribahasa bewarna merah di atas?

a)

Keuntungan yang diperoleh hanya seketika sahaja

b)

Nasib baik dan buruk bergantung kepada usaha yang dilakukan

c)

Walaupun pelbagai usaha dilakukan, namun ketentuan Tuhan mengatasi segala-galanya

d)

Malang boleh dielak dan untung boleh diperoleh dengan bekerja keras untuk mencapainya