wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Maksud ahli sunnah wal jamaah ialah

a)

Kumpulan minoriti umat Islam yang memahami dan berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah

b)

Kumpulan majoriti umat Islam yang memahami dan berpegang kepada al-Quran dan as-sunnah

c)

Sebahagian umat Islam yang memahami dan berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah

d)

Sebahagian umat Islam memahami dan berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah menerusi para sahabat

2.

Berikut adalah nama lain bagi Ahli Sunnah wal Jamaah KECUALI______

a)

Assalafussoleh

b)

Al-Asya'riah

c)

Al-Maturidiyyah

d)

Ahlul Quran

3.

Golongan Ahli Sunnah wal Jamaah dikenali dengan pelbagai nama seperti berikut kecuali

a)

As Salafus Soleh

b)

Al Maturidiah

c)

Al 'Asya'irah

d)

As Sawwadul 'Azam

e)

Ahlul Quran

4.

Berikut merupakan prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah kecuali

a)

Perutusan para nabi dan rasul merupakan rahmat Allah kepada manusia.

b)

Yakin bahawa syurga dan neraka telah wujud sebelum makhluk dijadikan.

c)

Segala perbuatan manusia adalah ciptaan Allah tetapi manusia diberi pilihan untuk melakukannya atau tidak.

d)

Syafaat Nabi Muhammad S.A.W. diberikan kepada umatnya dengan kehendak baginda sendiri.

5.

Takrif ASWJ ialah kumpulan majoriti umat Islam yang memahami dan berpegang pada al-Quran dan al-Sunnah menerusi para (a)   dan tabiin serta tabi' tabi'in dalam prinsip akidah, syariat dan akhlak

6.

Antara prinsip akidah ahl al-Sunnah wal Jamaah:

a)

meyakini perkara-perkara ghaib adalah wujud

b)

syurga dan neraka bersifat sementara

c)

orang yang melakukan dosa besar boleh mendapat syafaat dari Rasulullah SAW

d)

perutusan para nabi dan rasul adalah harus bagi Allah SWT

7.

Prinsip ahli sunnah wal jamaah

Iman ialah (a)   serta keyakinan dalam hati, pengakuan dengan lidah dan beramal dengan perbuatan sebagai bukti kesempurnaan iman.

8.

Kumpulan yang menuntut supaya Saidina Ali Abi Talib dilantik sebagai khalifah selepas kewafatan Rasulullah.

Penyataan ini merujuk kepada_______

a)

Syiah

b)

Khawarij

c)

Muktazilah

d)

Ahlul Hadis

9.

Kumpulan yang berpaling tadah daripada mentaati Saidina Ali bin Abi Talib kerana tidak berpuas hati dengan kepututusan Majlis Tahkim.


Penyataan ini merujuk kepada_____

a)

Syiah

b)

Khawarij

c)

Muktazilah

d)

Ahlul hadis

10.

Kumpulan yang diasaskan oleh wasil bin Ata' pada awal kurun ke 2 Hijrah.


Penyataan ini merujuk kepada______

a)

Syiah

b)

Khawarij

c)

Muktazilah

d)

Ahlul hadis

11.

Menyakini bahawa imam-imam mereka maksum.


Penyataan ini merujuk kepada prinsip_____

a)

Syiah

b)

Khawarij

c)

Muktazilah

d)

Ahlul Hadis

12.

Menafikan Allah SWT memiliki sifat pada zat-Nya.


Penyataan ini merujuk kepada prinsip_______

a)

Syiah

b)

Khawarij

c)

Muktazilah

d)

Ahlul hadis

13.

Kumpulan ini wujud kerana tidak puas hati dengan keputusan Majlis Tahkim

a)

Khawarij

b)

Syiah

c)

Muktazilah

d)

Ahl al-Sunnah wal Jammah

14.

Wasil bin Ata' merupakan pengasas kumpulan ini

a)

Khawarij

b)

Syiah

c)

Muktazilah

d)

Ahl al-Sunnah wal Jamaah

15.

Siapakah tokoh yang disanjung oleh puak Syiah dan Khawarij?

a)

Nabi Muhammad SAW

b)

Saidina Ali bin Abi Talib

c)

Imam Hassan al-Basri

d)

Perawi Sahl bin Hunaif

16.

Kumpulan ini mengatakan bahawa al-Quran adalah makhluk yang bersifat hadis(baharu) sedangkan ASWJ yakin bahawa al-Quran merupakan kalam Allah bersifat qadim (sedia ada)

a)

Khawarij

b)

Syiah

c)

Muktazilah

d)

Atheis

17.

isu pelaku dosa besar, ASWJ meyakini bahawa meraka tetap dikira beriman dan dihukum sebagai fasik sedangkan aliran lain iaitu ...... menganggap pelaku dosa besar sebagai kafir.

a)

Khawarij

b)

Syiah

c)

Muktazilah

d)

al-Maturidiah

18.

Yang manakah merupakan pandangan Syiah Zaidiyah terhadap perlaku dosa besar?

a)

Mereka berada di antara keimanan dan kekufuran

b)

Mereka dianggap kafir

c)

Mereka dianggap tetapi beriman

d)

mereka tetapi beriman tetapi fasik

19.

Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah beriktikad bahawa perbuatan manusia

a)

adalah dari manusia

b)

dicipta Allah dan manusia diberi pilihan atau kehendak untuk melakukannya.

c)

perbuatan manusia dari desakan hawa nafsu

20.

Pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah terhadap keimanan bertambah dan berkurang ialah

a)

iman boleh bertambah bila seseorang taat suruhan Allah dan berkurang iman bila seseorang melakukan maksiat.

b)

iman tidak boleh bertambah dan berkurang tetapi hanya dapat pahala bila melakukan kebaikan dan mendapat dosa bila melakukan kejahatan.

c)

iman tidak boleh bertambah dan berkurang tetapi boleh terbatal iaitu terkeluar daripada Islam.