wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MORAL TING 4 : PENGURUSAN PERBELANJAAN SECARA BERETIKA

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Maksud perbelanjaan beretika ialah;

a)

Cara wang dibelanjakan dan diuruskan dengan berhemah.

b)

Perancangan pembelian yang bermoral.

c)

Pembelian barangan yang disenaraikan.

d)

Cara jualan murah dipromosikan untuk berjimat.

2.

Berikut merupakan cara pengurusan perbelanjaan yang beretika, kecuali

a)

Membeli barangan keperluan sahaja.

b)

Merancang dan mencatat senarai perbelajaan.

c)

Membeli secara kredit bagi semua barang.

d)

Membeli barangan berjenama ketika jualan murah.

3.

Yang manakah di antara berikut BUKAN kepentingan pengurusan perbelanjaan?

a)

Menjamin masa depan.

b)

Mengelakkan pembaziran.

c)

Mengelakkan disaman.

d)

Sebagai rujukan perbelanjaan di masa hadapan.

4.

Fiona diberikan wang saku sebanyak RM200 untuk perbelanjaan sekolah selama sebulan. Dia selalu menghabiskan wang sakunya untuk membeli barangan mekap secara dalam talian.


Wajarkah tindakan Fiona?

a)

Wajar.

b)

Tidak wajar.

5.

Berikut merupakan kesan yang mungkin dihadapi oleh Fiona akibat gaya perbelanjaan tersebut, kecuali

a)

Fiona tidak dapat membeli kelengkapan pembelajaran.

b)

Fiona akan kelaparan di sekolah kerana tiada wang untuk makan.

c)

Fiona akan didenda oleh guru sekolah.

6.

Anita diterima bekerja di sebuah syarikat dengan gaji sebanyak RM4000 sebulan. Dengan gaji sebanyak itu, Anita membeli pelbagai barangan berjenama yang diimpikannya selama ini. Anita selalu terpaksa 'mengikat perut' sementara menunggu gaji bulan seterusnya.


Apakah kesan tindakan Anita terhadap kehidupannya nanti?

a)

Anita terpaksa berhenti kerja.

b)

Barangan berjenama Anita akan rosak.

c)

Tiada simpanan untuk kegunaan apabila kecemasan.

d)

Menanggung kos perbelanjaan keluarga.

7.

Berikut merupakan perkara yang perlu dirancang sebelum melakukan sesuatu perbelanjaan, kecuali

a)

Membuat peruntukan perbelanjaan.

b)

Menyimpan semua resit perbelanjaan.

c)

Membuat penelitian harga.

d)

Mengenalpasti barangan keperluan atau kehendak.

8.

Kesemua jawapan di bawah merupakan tindakan yang perlu anda lakukan setelah mempunyai pendapatan sendiri, kecuali

a)

Membuat simpanan sebahagian gaji

b)

Memperuntukkan wang untuk membayar cukai.

c)

Membeli barangan keperluan

d)

Membuat jualan langsung

9.

Membuat penelitian harga terlebih dahulu bagi memastikan barang tersebut benar-benar murah dan berkualiti merupakan salah satu cara pengurusan perbelanjaan secara beretika.

a)

Ya

b)

Betul

10.

Sebagai pengguna, berikut merupakan hak-hak yang dimiliki oleh seorang pengguna. Kecuali..

a)

Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna

b)

Hak untuk membuat pilihan

c)

Hak untuk mendapatkan keperluan asas

d)

Hak untuk mendapatkan potongan harga maksimum