WorksheetsElektrik dan kemagnetan tingkatan 3
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Tandakan 4 sumber tenaga boleh baharu.
tenaga hidro
petroleum
tenaga solar
tenaga biojisim
tenaga geoterma
Tandakan 4 sumber tenaga tidak boleh baharu.
arang batu
gas asli
biojisim
petroleum
diesel
Air dari empangan memutarkan turbin. putaran turbin menggerakkan penjana untuk menjana tenaga elektrik.
perubahan tenaga yang manakah sesuai untuk penyataan di atas.
tenaga kinetik --> tenaga elektrik
Tenaga keupayaan ---> tenaga kinetik---> tenaga elektrik
tenaga kimia --> tenaga haba--> tenaga kinetik ---> tenaga elektrik
tenaga kinetik ---> tenaga keupayaan ---> tenaga elektrik
Arus teraruh terhasil apabila gegelung dawai memotong ______________.
magnet bar
galvanometer
garis medan magnet
garis medan elektrik
Apakah yang akan berlaku kepada jarum galvanometer apabila magnet bar digerakkan ke dalam gegelung dawai?
jarum galvanometer akan terpesong
jarum galvanometer tidak terpesong
jarum galvanometer bergerak sangat laju
jarum galvanometer bergerak ke kiri sahaja
Yang manakah antara berikut adalah aplikasi prinsip penghasilan arus teraruh dalam kehidupan harian? Tandakan 2 jawapan betul.
motor elektrik
dinamo basikal
stesen jana kuasa
Antara berikut, yang manakah benar tentang arus terus?
Which of the following is true about the direct current?
Dijanakan di stesen janakuasa
Generated in power station
Mengalir dalam dua arah
Flows in two directions
Voltannya boleh diturun dan dinaikkan
Its voltage can be increased and decreased
Dihasilkan oleh sel suria
Produced by a solar cell
Biojisim menghasilkan ________ yang mendidihkan air menghasilkan stim untuk memutarkan turbin
hidrogen
karbon dioksida
metana
pentana
tenaga kinetik ---> tenaga elektrik.
Perubahan tenaga di atas sesuai untuk stesen jana kuasa ______.
hidroelektrik
tenaga angin
tenaga nuklear
tenaga ombak
Cecair semula jadi berwarna kuning kehitaman yang dijumpai di bawah permukaan bumi merujuk kepada
arang batu
gas asli
petroleum
Sumber tenaga bagi penjana terma ialah
bahan api
air
bahan radioaktif
cahaya matahari
O.S.K berfungsi untuk menunjukkan perbezaan __, ___, dan ___ bagi arus terus dan arus ulang alik
bentuk graf
arah arus
dasar masa
perubahan voltan
Nyatakan sama ada arus yang dihasilkan oleh alat dalam rajah.
State the type of current generated by the tool in the diagram.
arus terus / direct current
arus ulang alik / alternating current
Rajah di bawah menunjukkan Michael Faraday. Apakah sumbangan beliau dalam dunia keelektrikan dan kemagnetan?
Menghasilkan medan magnet
Menghasilkan kaedah yang boleh menghasilkan arus elektrik
Mencipta generator di stesen jana kuasa
Menemui medan magnet
Solar panel yang dipasang oleh LSS di Sepang memakan ruang tanah yang sangat besar. Apakah kaedah terbaik yang boleh dilakukan oleh Kerajaan Malaysia bagi mengatasi masalah ini?
Mengurangkan saiz solar panel
Memasang solar panel secara menegak bagi menjimatkan ruang
Memasang solar panel di dalam kawasan perumahan
Memasang solar panel di atas permukaan laut
