wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ SAINS 5.5

Total questions: 22

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Pilih kenyataan penerangan yang SALAH mengenai struktur buah kelapa sawit.

a)

bahagian sabut (mesokarp) yang mengandungi minyak sawit yang paling banyak

b)

bahagian isirung (kernel) yang mengandungi minyak isirung sawit yang paling tidak berkualiti

c)

bahagian tempurung (endokarp) yang tidak mengandungi minyak

2.

Mengapa buah kelapa sawit perlu dipanaskan dalam air mendidih sebelum minyaknya dapat diekstrak di dalam makmal daripada sabut dan isirungnya

a)

Untuk membunuh mikroorganisma yang boleh merosakkan buah kelapa sawit

b)

Untuk menambahkan kandungan minyak

c)

Untuk menurunkan warna buah kelapa sawit

d)

Untuk melembutkan sabut pada buah kelapa sawit

3.

Pernayataan yang manakah TIDAK menerangkan warna minyak yang diekstrakkan daripada sabut dan minyak yang diekstrak daripada isirung kelapa sawit.

a)

Minyak yang diekstrakkan daripada sabut berwarna merah

b)

Minyak yang diekstrakkan daripada isirung berwarna putih atau kuning.

c)

Minyak yang diekstrakkan daripada sabut berwarna coklat

4.

Nyatakan bahagian buah kelapa sawit yang

membekalkan minyak masak?


a)

Sabut (Mesokarp)

b)

Isirung (Kernel)

5.

Pengekstrakan minyak sawit secara industri lazimnya berlaku mengikut urutan proses tertentu.


Pilih penerangan yang SALAH mengenai proses PENSTERILAN.

a)

Buah kelapa sawit bersama tandannya disteril dalam stim yang bertekanan tinggi pada suhu yang tinggi

b)

Haba daripada stim membunuh mikroorganisma seperti bakteria dan fungi yang boleh merosakkan buah kelapa sawit

c)

Stim dapat membantu minyak kelapa sawit untuk menghasilkan warna yang lebih elok

d)

Stim juga melembutkan sabut pada buah kelapa sawit dan memudahkan buah kelapa sawit ditanggalkan daripada tandannya

6.

Mesokarp dipisahkan daripada tempurung.


Proses ini merujuk kepada proses _________________ dalam proses pengekstrakan minyak sawit secara Industri

a)

Pencernaan

b)

Penanggalan

c)

Penulenan

d)

Pensterilan

7.

Selain asid lemak, apakah komponen lain dalam minyak sawit?

a)

Gliserol

b)

Kalogen

c)

Gris

8.

Minyak sawit terdiri daripada asid lemak tepu dan asid lemak tak tepu.


Contoh asid lemak tepu ialah asid palmitik dan asid _________

a)

linoleik

b)

stearik

9.

Minyak sawit terdiri daripada asid lemak tepu dan asid lemak tak tepu.


Contoh asid lemak tak tepu seperti asid _________ dan asid linoleik

a)

oleik

b)

palmitik

10.

Minyak sawit menjadi tengik apabila dibiarkan beberapa minggu atau bulan. Apakah nama proses yang menyebabkan hal ini berlaku?

a)

Pengoksidaan

b)

Pengemulsian

c)

Hidrolisis

11.

Pilih penyataan yang salah mengenai pengoksidaan minyak kelapa sawit.

a)

berlaku apabila molekul minyak sawit bergabung dengan oksigen dalam udara ataupun daripada bahan tindak balas

b)

menghasilkan radikal bebas dan sebatian yang berbahaya kepada kesihatan

c)

minyak sawit bertindak balas dengan air

12.

Apakah bahan tindak balas yang bertindak balas dengan minyak sawit dalam proses

Pengesteran?

a)

Air

b)

Alkohol

c)

Ester

13.

Proses minyak sawit dipecahkan kepada titisan minyak sawit yang lebih kecil bagi meningkatkan jumlah luas permukaan minyak merujuk kepada proses ________________

a)

Pengemulsian

b)

Hidrolisis

c)

Pengesteran

14.

Bagaimanakah peningkatan tambahan jumlah luas permukaan minyak sawit daripada proses pengemulsian dapat mempengaruhi kadar pencernaan minyak sawit dalam sistem pencernaan kita?

a)

Kadar pencernaan menjadi lebih cepat

b)

Kadar pencernaan menjadi lebih lambat

15.

Proses Pengesteran asid lemak dalam minyak sawit yang bertindak balas dengan alkohol dapat menghasilkan ester (metil ester) iaitu biodiesel minyak sawit.

a)

Benar

b)

Palsu

16.

Manakah antara berikut bukan kelebihan minyak sawit

a)

Tiada kolesterol

b)

Mengandungi vitamin A dan E

c)

Mengandungi asid lemak dan beta karotena (antioksida)

d)

Mengandungi vitamin C

e)

Mengandungi lemak tak tepu

17.

Manakah BUKAN bahan antioksidan yang terkandung dalam minyak sawit

a)

karotena

b)

vitamin E

c)

radikal bebas

18.

Air kumbahan kilang minyak sawit (Palm oil mill effluent, POME) adalah hasil daripada proses ___________ semasa pemprosesan minyak daripada buah kelapa sawit.


a)

pendidihan

b)

pensterilan


c)

penanggalan

19.

Krim rambut, barang kosmetik dan minyak pelincir boleh bibuat dengan menggunakan minyak sawit.

a)

Benar

b)

Salah

20.

Air kumbahan kilang minyak sawit (Palm oil mill effluent, POME) boleh dijadi bahan berikut, kecuali..........

a)

baja organik


b)

bahan tenaga biogas

c)

minyak pelincir

21.

Kualiti udara menurun apabila karbon dioksida diserap dan oksigen dibebaskan oleh pokok kelapa sawit semasa menjalankan fotosintesis

a)

Benar

b)

Salah

22.

Manakah antara berikut merupakan konsep yang SALAH mengenai

sifar sisa (zero waste) yang

menukarkan sisa kelapa sawit

kepada pelbagai jenis produk

yang berguna.

a)

Sabut dijadikan permaidani dan tekstil

b)

Tempurung dibakar untuk membakar sampah

c)

Tandan kosong dijadikan kompos

d)

Batang pokok sebagai bahan gantian kayu

e)

POME dijadikan biogas dan baja